Behind The Scene!

20070530

Photo Journalism

PETALING JAYA, April 7th, 2007Kewartawanan foto atau photo journalism adalah sebahagian daripada dunia kewartawanan. Macam orang kata – picture tells. Daripada gambar yang kita lihat ia dapat menceritakan atau menggambarkan situasi dan peristiwa yang berlaku.

The combination of photographs and text to tell a better story then either text or photographs could tell alone formed the beginnings of today’s concept of photojournalism.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang menjadi wartawan.


































Meskipun saya bukan seorang jurugambar, tapi saya meminati bidang fotografi, barangkali terpengaruh dengan gambar-gambar menarik yang sering tersiar di dada akhbar.

Menjadi satu kebanggaan apabila gambar yang kita ambil disiarkan. Lebih bangga kalau gambar itu terpilih untuk memenangi mana-mana pertandingan kewartawanan foto yang dianjurkan beberapa pihak, sama ada dalam atau luar negara.

Anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan foto ialah Pulitzer Prize.

Bagaimanapun, saya sudah cukup bangga apabila baru-baru ini gambar yang saya ambil dipamerkan pada Pameran All Photographers Now! di Switzerland.

Ini e-mel dari mereka.


Dear Photographer Zulkifli Bujang,


Your image was shown in the Musee de l'Elysee's exhibit ‘We are all photographers now!’ in the last few days. Enclosed you will find an installation view of your image that shows it in the wall.

The visitors to the exhibit are fascinated by all the different photographs that are being shown from participants like you from all over the world. Thank you again for participating and please feel free to upload more images to the site allphotographersnow.ch.

We also sincerely hope you will visit the museum. The dates of the exhibition ‘All photographers now!’ are from February 8th, 2007 to May 20th, 2007.

From the team at the Musee de l'Elysee

Bawah: Gambar sebuah keluarga yang sedang berehat sambil merenung masa depan di tepi Pantai Commoro di Dili, Timor Leste, ketika negara miskin itu sedang dalam kancah perang saudara dan kemelot politik Jun 2006.

Kes Dadah Adik Timbalan Menteri


KUALA LUMPUR, May 29th, 2007 (Tuesday) – Hangat mengenai cerita adik Timbalan Menteri yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT, Kota Kinabalu.

Sudah beberapa hari saya mahupun wartawan jenayah dari organisasi media lain mahukan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah sasaran kami untuk mendapatkan bahan berita tersebut.

Namun, sudah dua hari – pertanyaan kami kepada Tan Sri Musa mengenai hal itu dijawab dengan nada serupa.

Masih lagi dalam siasatan.” Sedikit meninggi.

Itulah yang saya katakan cabaran dalam dunia kewartawanan ini. Kami sentiasa dahagakan perkembangan kes – lebih-lebih lagi yang membabitkan high-profile case. Dalam masa sama kami terpaksa akur dengan tugas polis, mereka sebenarnya bimbang bahan berita yang kami siarkan nanti menjejaskan penyiasatan mereka.

Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberi, lantas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pula menjadi buruan kami.

Akhirnya, berjaya juga kami mendapatkan sedikit news value kepada perkembangan kes itu untuk disairkan.




Sudah saya katakan, untuk mendapatkan bahan berita kadang-kadang amat sukar, tapi anda hanya perlu membayar RM1.50 untuk membacanya atau tunggu saja depan kaca televisyen – sambil minum hot chocolate (my favorite).

20070528

Mati Dilanggar Komuter

SUNGAI BULOH, May 25th, 2007 (Friday)140km/j. Itu angka yang ditunjukan jarum speedo meter pada dashboard kereta yang dipandu jurukamera RTM, Shamsul. Dia memang selalu pandu laju, malah dengar ceritanya sudah banyak kali kereta yang dipandu Shamsul terlibat dengan kemalangan.

Tapi itu bukan isu yang nak dikongsi di sini.

Selain saya dan Shamsul, seorang lagi ialah wartawan RTM, Poknik. Kami bertiga dalam kereta merentasi Lebuhraya Guthrie.

Destinasi kami ialah, jejantas baru menghubungkan Damansara Damai dari Jalan Kepong-Sungai Buloh.

Kami dapat maklumat yang menyatakan ada orang mati di tepi landasan keretapi di situ menyebabkan kami bergegas ke sana.

Sampai di tempat kejadian, di bawah terik matahari sekujur tubuh terbaring bersebelahan landasan. Hanya ditutupi helaian surat khabar.


Kamilah kumpulan wartawan yang paling awal tiba di tempat kejadian. Sebuah kereta peronda polis juga baru sahaja tiba pada waktu itu.

Shamsul terus menjalankan tugasnya mengambil gambar mangsa.


Mangsa seorang warga emas berusia 57 tahun, berbangsa Cina. Hasil maklumat saksi di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba melintasi landasan tanpa menyedari yang komuter dari arah Kepong ke Sungai Buloh semakin hampir.

Selepas dilanggar mangsa tercampak beberapa meter.

Kejadian itu menarik perhatian ramai orang, hingga menyebabkan kesesakkan lalulintas.



Kalau saya jadi mereka, lebih baik saya meneruskan perjalanan daripada berpanas sekadar nak menyaksikan perkara yang tiada kaitan dengan kita. Ini disebabkan tugas maka terpaksalah saya turut berpanas di situ.

Yang peliknya ada juga pemandu yang sanggup memberhentikan kenderaannya sekadar nak menyaksikan kejadian yang pada kami sebagai wartawan, ia tidak besar manapun.

Sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan, apa yang kita hadap hari-hari tidak banyak memberi erti berbanding bagi orang yang jarang-jarang jumpa dan fitrah manusia sentiasa curios.

Lebih kelakarnya lagi, ada pula yang bertanya itu dan ini lebih dari wartawan.(11.36pm)

Liputan Kes Mahkamah

SHAH ALAM, May 25th, 2007 (Friday)Tugasan saya hari ini ialah membuat liputan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, berhubung kes pembunuhan warga Mongolia – Altantuya Shaariibuu.

Bukan perbicaraan pun, sekadar mendengar permohonan dari barisan pembelaan untuk mendapatkan akses kepada keterangan saksi polis bagi persediaan pihak pembelaan berhujah dalam perbicaraan nanti.

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak membuat liputan kes mahkamah, kali terakhir, di mahkamah sama beberapa bulan lalu untuk sebutan kes pembunuhan Altantuya juga.

Tidak seperti wartawan dari akhbar, mereka memang dikhususkan menulis kes-kes mahkamah, berbanding saya dari media elektronik yang hanya ke mahkamah untuk membuat liputan kes-kes yang dirasakan menarik sahaja.

Justeru, tentu anda boleh bayangkan betapa tidak cekapnya saya dengan terma-terma dan proses-proses yang berlansung dalam kamar mahkamah itu.

Lalu ini yang berlaku ketika Hakim sedang mendengar hujah dari peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin;


Perbualan SMS manual ini dilakukan bertiga antara saya, wartawan sebuah akhbar tabloid dan seorang lagi wartawan media elektronik.

Bukan niat untuk menghina mahkamah tapi sekadar berbual-bual kosong atau dalam kata kasarnya mengumpat sementara menunggu peguam menggulung hujah.(02.26am)

20070527

"Saya Wartawan" - Zulkifli Bujang

PETALING JAYA, May 27th 2007Bila sebut “Saya bekerja sebagai WARTAWAN.” Ramai yang akan melopongkan mulut, sama ada menyebut “Wah!” atau “Wow!” – barang kali berbangga kerana dapat bertukar salam dengan salah seorang pengamal media seperti saya yang sering melaporkan berita-berita semasa di televisyen.

Tidak kurang juga ada yang akan mencebikkan bibir, tersenyum sinis seolah-olah memperlekeh tugas yang saya jawat sejak 1996 lagi.

Walau apapun tanggapan anda terhadap kerjaya sebagai wartawan, saya percaya ia antara kerjaya pilihan. Penuh dengan cabaran, dugaan dan peluang.

Cabaran – Terpaksa bekejar dengan deadline. Terpaksa memenuhi kehendak Editor (yang kehendaknya kadang-kadang agak macam-macam) Apa yang dikehendaki harus dipenuhi.

Dugaan – Ada masanya orang yang hendak ditemubual banyak kerenah. Itu takboleh, ini takboleh. Ada tempat yang dilarang sama sekali mengambil gambar. Ada pula yang akan memaki-hamun wartawan ketika menjalankan tugas tidak tentu pasal.

Peluang – Bab ini yang paling saya suka, dapat melakukan sesuatu yang orang biasa tidak boleh lakukan. Dapat berada di tempat yang orang biasa tidak boleh ke sana. Dapat berjumpa menteri tanpa melalui pegawai khas mereka. Dapat bersama dengan artis no.1 negara mahupun luar negara di backstage. Yang lebih penting dapat terbang ke banyak negara.



* * *
Ramai juga yang bertanya, kenapa blog ini diberi judul ‘Behine the Scene'?

Jawapannya ringkas! Blog ini dibina sekadar untuk berkongsi maklumat, apa sebenarnya yang saya lihat, apa yang saya dengar dan apa yang saya alami.

Mereka bertanya lagi, tidak takutkah saya, sebagai wartawan jika apa yang saya tulis nanti boleh mempengharuhi pandangan umum?

Pada saya ia sekadar tulisan peribadi saya dan tidak bermaksud mengganggu mana-mana pihak.

Selamat membaca! (10.51pm)

20070520

At Last!

Petaling Jaya, May 20th, 2007 (Sunday) -- At last! First time ever, I've just created a blog for myself-- Behind The Scene! I'll let you know why i choose this as the tittle, later - on my next post!(4.26am)