Behind The Scene!

20070605

Altantuya oh! Altantuya

SHAH ALAM, June 4th, 2007 (Monday) – Sejak seminggu lalu segala persiapan dibuat. Semua pita yang berkaitan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu sudah saya asingkan. Semua fakta dan dokumen yang berkaitan kes itu juga sudah saya kumpul. Malah, saya sendiri amat teruja apabila ditugaskan mengetuai liputan perbicaraan kes berprofil tinggi itu.

Indeed, Altantuya is my ‘baby’ – Sejak penemuan cebisan mayat mangsa di Puncak Alam, Oktober tahun lalu, sayalah antara wartawan yang ditugaskan mengikuti dan melaporkan perkembangan kes itu.

Mengimbau kembali sewaktu kes itu baru terbongkar, sayalah antara wartawan yang berpusu-pusu di Pejabat Konsul Kehormat Mongolia di Damansara untuk bertemu bapa kepada wanita malang itu.

Malah, kami wartawan-wartawan meja jenayah ini jugalah yang berkelah di dalam hutan – tempat di mana mayat Altantuya diletupkan, berkejar ke balai polis dan hospital, semata-mata untuk mendapatkan update dan keterangan daripada pihak berkuasa.

Selepas melalui semua ini, masakan saya tidak teruja hari ini, untuk mengikuti perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam?

Bangun seawal jam 6 pagi. Sesudah subuh saya bergegas bersiap ke mahkamah. Setibanya saya di sana jam 7.30 pagi, kelihatan perkarangan mahkamah masing lengang, namun suasana tidak sama di tingkat 4 kompleks mahkamah itu.



Rupa-rupanya kamar Mahkamah Tinggi Jenayah (3), sudah penuh sesak. Selain ahli keluarga tertuduh, wartawan tempatan dan asing bagai berpesta.


Saya dimaklumkan, ada di antara mereka sudah berada di mahkamah seawal jam 6 pagi lagi, semata-mata mahu merebut tempat duduk di geleri awam yang hanya boleh memuatkan sekitar 50 orang sahaja.

Saya memaksa diri menyelit dicelah-celah orang ramai di dalam kamar mahkamah yang sudah sedia penuh itu.

Yang berdiri sama ramai dengan yang duduk.

Tidak peduli. Saya tetap mahu berada di dalam bilik perbicaraan itu kerana mahu mendengar sendiri prosidingnya.

Kalau terpaksa berdiri lima jam pun saya sanggup semata-mata mahu mendengar sendiri, apa yang bakal dijawab saksi-saksi kes itu.

Namun, pasti anda semua sudah sedia maklum, perbicaraan kes itu ditangguhkan ke 18 Jun depan kerana pasukan pendakwa raya tidak bersedia.


Macam-macam gelagat dan kerenah para wartawan yang boleh anda lihat – masing-masing mahu memberikan liputan terbaik dan maklumat terperinci mengenai hal itu. Berikut antara beberapa candid yang sempat saya rakam.

Masing-masing nak cepat hantar story

Antara wakil media asing yang turut membuat liputan