Behind The Scene!

20080228

Advertorial - BRTV 502


Kuala Lumpur, February 28th, 2008 (Thu) -- Berita Bernama yang disiarkan selama 30 minit di empat saluran utama Astro iaitu Ria, Prima, AEC dan Vaanavil ditamatkan penerbitannya bermula pagi ini.


Berita, maklumat terkini dan info semasa dialihkan siarannya di saluran baru - saluran berita sepenuhnya, Baru & Benar, Right & Now, BRTV @ Astro 502.


24 jam sehari, berita dan maklumat tanpa henti.


Introducing Bernama TV (BRTV), the latest 24-hour News Channel on Astro Channel 502 beginning 28 February 2008.

No more waiting for 8.00pm or hourly updates, you can now enjoy local news 24 hours a day with Bernama TV’s exclusive coverage. Get news bulletins in your language - Bahasa Malaysia, Chinese, Tamil and English via Berita@Bernama, Xin Wen@Bernama, Seithigal@Bernama and News@Bernama.
The current BERNAMA news bulletins on ASTRO RIA, PRIMA, AEC and Vaanavil will be relocated to BRTV on Astro (Channel 502).

20080226

Wakey-wakey, it's 4am!


Petaling Jaya, February 26th, 2008 (Tue) -- Esok pagi, hari kedua saya kena bangun 4 pagi untuk bekerja. Sudah seminggu kami memulakan 3 shif. Ini semua gara-gara saluran berita 24 jam sehari yang bakal kami lancarkan pada 28 Feb ini di saluran 502 Astro.


Sudah lama saya tidak bangun seawal itu untuk bekerja, tapi saya amat positif, ala bisa tegal biasa.


Kalau sudah kerja shif seperti ini, rasa macam pekerja kilang pun ada ;).. tak pun macam orang nak pergi menoreh getah hahah!


Oklah tak mahu tulis panjang-panjang sebab kena tidur awal, takut nanti tak jaga pula.

20080220

Angka & Fakta (Hutang)


Angka & Fakta


Jumlah hutang isi rumah di Malaysia


Sehingga September 2007 bernilai RM351 bilion

7% atau RM24.57 Non-Performing Loans (NPL)


Pecahan:


Hutang Perumahan - RM171.5 bilion

Hutang Kenderaan - RM101 bilion

Hutang Kegunaan Peribadi - RM26 bilion

Hutang Kad Kredit - RM21.6 bilion

Hutang Lain-lain - RM30.9 bilion

Angka & Fakta (AKPK)


Angka & Fakta


Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan April 2006 - Agensi di bawah Bank Negara Malaysia.


Dari April 2006 - 31 Januari 2008

36,119 orang mendapatkan bantuan AKPK.


9,993 individu berjaya diselesaikan masalahnya.


26, 126 individu sedang mendapatkan khidmat nasihat.

Angka & Fakta


Mulia sekarang, Behind The Scene! akan memperkenalkan satu slot yang dipanggil Angka & Fakta. Sebarang maklumat mengenai statistik yang diketahui atau yang baru diperolehi akan segera dimuatkan dalam slot ini.

20080219

Bila Nurul Izzah Bertanding

Kuala Lumpur, February 18th, 2008 (Mon) -- Saya menghadiri satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat, di Jalan Raja Laut, dekat sini.

Seperti biasa, saya akan menjadi orang terakhir tiba.

Sebaik duduk, saya terpandang kelibat seseorang memegang begitu banyak risalah di tangannya, dalam hati berkata,

"Lawa juga awek ni!"

Saya cuit dia untuk meminta sehelai dari risalah yang dipegangnya itu.

Saat dia berpaling ke arah saya, baru saya sedar dia ialah Nurul Izzah Anwar.

Tumpuan saya pada sidang media selepas itu sedikit terganggu dek memerhatikan Nurul Izzah.


Wajah yang pernah saya kenal hampir 11 tahun lalu, masih ayu dan tenang seperti dulu.

Nurul Izzah katanya akan bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 ini dan bakal bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai yang sudah tiga penggal di pegang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

20080218

Dari Meja Jenayah ke Meja Politik

Kuala Lumpur, February 18th, 2008 (Mon) -- Sejak hari penetapan tarikh pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lepas, makin hebat orang bercakap pasal politik.

Di kedai kopi jangan cerita, semua orang tiba-tiba bertukar profesion mahu jadi 'penganalisis politik'.

Tetapi bagi saya sebagai wartawan -- menjadi cukup tidak selesa apabila ditugaskan membuat liputan senario politik, sama tidak selesanya saya bila disuruh membuat liputan tentang artis.

Bagaimanapun, saya tetap akur dengan tugas saya, dan kerana itu juga untuk beberapa ketika ini saya terpaksa meninggalkan meja jenayah saya dan mengangkat kerusi beralih ke meja politik (sekadar membantu untuk seketika.)

Hari ini, saya ke Ibupejabat PAS Pusat, di Jalan Raja Laut dekat sini.

Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan bergabung tenaga menghasilkan sebuah dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia.


Ia bukanlah satu manifesto politik parti tersebut seperti yang diberitahu Ketua Pemuda PAS Pusat, Sallehuddin Ayob tetapi sekadar harapan kepada golongan muda, jika mereka berkuasa.

Antaranya memberi pendidikan percuma kepada semua golongan dari pra-sekolah hingga ke peringkat ijazah pertama.

20080214

Marilah Mari, Pergi Mengundi, Jangan Lupa Kewajipan Pada Negara

Putrajaya, February 14th, 2008 (Thu) -- Barangkali ramai diantara kita masih ingat dengan lagu yang biasanya berkumandang setiap kali waktu pilihanraya.
Saya juga sudah mula kedengaran lagu ini disiolkan rakan-rakan wartawan sewaktu membuat liputan pengumuman tarikh pilihanraya pagi tadi.
Ini tandanya demam pilihanraya sudah bermula.
"Marilah mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan pada negara..."
Bagaimanapun, tentu ramai juga diantara kita hanya tahu menyanyikan lagu itu, tetapi masih belum mendaftar.
Maaf, tempoh mendaftar sudah tamat.
p/s: Saya sendiri sudah 2 kali mengundi, pilihanraya kali ini akan menjadi yang ke-3.

Si Jay Seven



Kuala Lumpur, February 14th, 2008 (Thu) -- Pernah menonton filem ini? Baru-baru ini saya berkesempatan menonton filem yang diklasifikasikan sebagai filem komedi ini.
Jangan terperanjat kalau saya katakan, inilah filem yang buat saya sebak hingga mengalirkan air mata di panggung. ;-(

20080212

Sedih

Petaling Jaya, February 11th, 2008 (Mon) -- Hari ini saya rasa kurang gembira (nak kata sedih sangat tu tidaklah!) selepas membaca dua berita.

Pertama, apabila membaca mengenai Namdeamun atau Gerbang Agung Selatan yang terletak di tengah Bandaraya Seoul, musnah dijilat api, awal pagi ini.

Sumber: BBC

Genap dua minggu lalu, saya ke Namdeamun, menghayati senibinanya, bergambar dan pernah satu ketika saya menjadikan Namdeamun itu sebagai penanda bagi menentukan hala tuju saya semasa bersiar-siar di kota itu seorang diri lewat tengah malam.

Ketika bergambar di hadapan Namdaemun


Gerbang kota berusia lebih 600 tahun itu kelihatan begitu indah dan agam pada sebelah malam.

Ia dianggap sebagai khazanah negara oleh penduduk Korea Selatan dan simbol kebanggaan negara itu.

Gerbang yang dibina pada 1398 itu merupakan pintu pagar utama untuk mengawal kemasukan ke Seoul yang dikelilingi tembok ketika menjadi ibu negara sejak lebih 600 tahun lalu.

Ia turut menjadi pusat kebudayaan dan tarikan pelancong.

Berita kedua yang menyumbang kepada rasa kurang gembira saya ialah mengenai serangan bom ke atas kediaman Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta.

Jose Ramos-Horta

Ketika bertugas di negara termuda di dunia itu beberapa tahun lalu, saya dan beberapa rakan lagi antara wartawan luar yang paling rapat dengan pemimpin yang pernah memenangi Hadiah Nobel Keamanan tersebut.


Penulis bersama Jose Ramos-Horta

Akibat serangan itu, beliau cedera parah di perut dan dada terkena peluru.

Penulis di hadapan pejabat Jose Ramos Horta

Agensi berita AFP yang memetik pengurus besar hospital tentera Australia, Dr. Len Notaras sebagai berkata, kecederaan Ramos-Horta tidak mengancam nyawanya tetapi “kecederaannya amat serius”.

Serangan ke atas Ramos-Horta berlaku kira-kira pukul 7 pagi waktu tempatan apabila dua buah kereta dipandu melepasi rumah Presiden itu di luar Dili.

Presiden Timor Leste itu berada di halaman rumah ketika kejadian dan cuba memasuki rumahnya apabila mendengar tembakan tetapi gagal.

Serangan itu turut mengorbankan ketua pemberontak, Mejor Alfredo Reinado, yang mengetuai serangan itu.

Ketika menemubual Mejor Alfredo Reinado di tempat persembunyiannya

Sebagai wartawan asing ketika bertugas di sana, kami menjadi orang yang paling natural dan perlu berbaik-baik dengan kedua-dua pihak bertelagah. Dalam kata lain, saya juga kenal dengan ketua pemberontak tersebut.

Saya masih ingat, kesempatan yang ada ketika di sana saya gunakan untuk menjejaki Alfredo yang ketika itu sedang bersembunyi di dalam hutan yang jauhnya kira-kira 150 kilometer dari Dili dan mengambil masa 4 jam memandu serta meredah hutan mencari tempat persembunyi bekas tentera negara Timor itu.

Mejor Alfredo Reinado dalam kenangan

Dan, hari ini dia menjadi korban dalam kemelot di negaranya itu.

20080211

SPIN

Kuala Lumpur, February 11th, 2008 (Mon) -- Perkataan itu semakin popular di kalangan kami. Sebelum ini saya tidak pernah ambil pusing dengan soal 'spin'. Kumpulan Spin... saya pernah dengarlah.
Apa yang menariknya pasal 'spin'?
Dalam mesyuarat editorial baru-baru ini, bos saya kata,
"Mulai hari ini, kita kena buat story spin, sebab kita akan running 24-7 lepas ini, kalau tak spin susahlah,"
"Nak spin macam mana?" ada yang bertanya.
"Satu assignment yang kita pergi, kita tulis story dari semua sudut, aspek, kita ulas cerita itu habis-habisan," kata bos saya.
"Ooo..," semua terlongo. Maksudnya kena tulis lebih banyak daripada biasalah ini. Kena gali sesuatu berita itu cukup-cukup.
Dan, ironinya hari ini saya kena buat satu berita yang memerlukan saya 'spin'. Cerita mengenai program pengendalian dan penggunaan senjata Colt M-16 oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), jadi saya kena kaji dari semua suduh.
Hahah! pening juga bila kena 'spin'kan?

20080209

Hilang Dalam Lubang


Salam,

Dear Friends,

Terlebih dahulu mohon maaf, kerana agak lama tidak menulis sesuatu di sini, sedikit sibuk sebenarnya dengan tugas hakiki, tugas luar dan pengurusan hidup. Banyak perkara-perkara di luar jangkaan berlaku.

Seperti perjalanan saya ke Korea baru-baru ini dan proses penggabungan syarikat tempat saya berkerja dengan sebuah entiti luar -- semuanya diluar jangkaan.

Saya mulakan dengan cerita bagaimana tiba-tiba saya boleh terbang ke Korea.

Satu hari seorang teman yang bekerja dengan Kerajaan Korea Selatan hubungi saya, mungkin ada di kalangan teman-teman yang sudah faham saya ini memang manusia yang jenis malas nak layan panggilan orang lebih-lebih lagi waktu saya sedang sibuk mengejar 'deadline'.

Jadi, ketika teman itu hubungi saya, saya buat layan tak layan, iyakan saja apa yang dia kata, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Seminggu selepas itu, dia hubungi saya lagi dan bertanya setuju ke tidak? Saya tanya dia setuju apa?

"...Kan hari itu I dah cakap kat you, nak ajak pergi Korea, main ski..."

Korea? Ski? Winter Sonata? baru itu saya dengar... dan ketika itu juga mata terkebil-kebil, jantung berdegup-degup.

"Oklah, I tanya bos I, boleh cuti ke tak," meluru terus saya ke meja bos saya dan berbisik pada dia.



"Pergilah bercuti, tapi tulislah apa-apa yang patut dari sana," kata bos saya yang memang terkenal baik hati itu.

Kalau sudah jadi wartawan itu, pergi mana-manapun tetap wartawan. Jadi, terbanglah saya ke Korea, bercuti sambil bekerja.




Perkara kedua, mengenai hal penggabungan syarikat yang turut melibatkan semua orang. Boleh dikatakan semua orang panik.

Bila sudah bergabung, cara kerja berbeza, gaya penulisan berbeza, pengurusan bertukar, malah kami dikehendaki bersiaran 24jam sehari.

Bagi saya, itu semua tiada masalah, bukan saya tidak pernah bekerja 24 jam, kerja di mana-manapun sama, cuma yang membimbangkan saya politik di tempat kerja -- ini perkara yang paling saya tidak gemar dan antara faktor utama saya tidak bertukar-tukar kerja.

Sekian dulu perkembangan yang dapat saya tulis.

Jumpa lagi nanti,

Wassalam.


Yang benar,

Kifli Bujang.



p/s: Nantikan kemunculan satu saluran berita terbaru di Malaysia, 24 jam sehari.