Behind The Scene!

20080415

Pencarian Selepas 10 Tahun!

Kuala Lumpur, April 13th, 2008 (Sun) -- Sudah terlalu lama saya tidak berjumpa dengan sahabat baik saya yang seorang ini. Memang sudah lama sangat kami tidak duduk dan bersembang bersama.

Jadi, hari ini, masing-masing mencari peluang dan ruang untuk menghabiskan masa bersama walaupun sekadar untuk beberapa jam.
KLCC menjadi pilihan, (lokasi ini pilihan saya, dia hanya mengikut) -- Katanya mahu duduk di tempat sunyi dan tidak ramai orang, justeru kami menghabiskan waktu di Palace of Chakri.
"Aku serious nak berhenti kerja, dah bosan buat benda sama, boleh predict apa yang akan berlaku, bila raya kena cover story hari raya, raya Cina pun macam itu, keputusan SPM keluar pun kita buat coverage, cover story pilihanraya, dah 10 tahun kerja, semua kerja tu senang, dah jadi sangat senang," bebel sahabat saya yang bekerja dengan Berita Harian itu.
"Habis tu kau nak apa? kan hari-hari kita jumpa benda baru, memang kita cover story pelajar cemerlang SPM setiap tahun, tapi kan orangnya berbeza-beza, pendekatan story pun lain," jawab saya cuba tenteramkan dia.
"Semua angles dah buat, dah penatlah," katanya.
Terdiam sekejap.
Memang saya sendiripun pernah terfikir yang kerja wartawan ini memenatkan, tapi saya masih merasakan ia antara 'interesting job'.
Saya sendiri pernah mengalamai saat-saat itu -- kita merasakan sudah melalui banyak peristiwa dan melakukan bermacam perkara, tapi kita masih merasakan diri kita tidak ke mana.
Barangkali, itu yang sedang dialami sahabat saya ini.
Dalam organisasi media, kenaikan pangkat sangat perlahan, untuk menjadi wartawan senior sahaja sudah memakan masa hampir 15 tahun.
Hanya kesabaran dalam bidang yang diceburi dan gaji menyebabkan saya dan sahabat saya itu masih bertahan.

20080407

3 Hari Cukup Rehat

PETALING JAYA, April 7th, 2008 (Mon) -- Hari ini masuk hari ke tiga saya terperap di rumah. Kurang sihat, tak sedap badan, sakit tekak, batuk dan selsema.
Inilah akibatnya kalau asyik kerja-kerja-kerja. Sungguh! rasanya sudah masuk lebih dua bulan saya belum berpeluang untuk betul-betul berehat di rumah.
Kalau dilihat pada kad perakam waktu di pejabat, memang sah saya datang bekerja setiap hari.
Allah kan Maha Mendengar! Dia dengar saya komplen setiap hari yang saya tidak cukup rehat, jadi Dia beri saya waktu untuk berehat secukupnya. Terima kasih Allah.
Rasanya tiga hari sudah mencukupi, saya sudah mula rindukan pejabat dan rutin di tempat kerja.