Kuala Lumpur, May 26th, 2008 (Mon) – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, atau lebih dikenali sebagai BERNAMA, merupakan agensi berita kebangsaan yang ditubuhkan pada 20 Mei 1968.
Sempena majlis makan malam ulangtahun ke-40 BERNAMA hari ini yang diadakan di Dewan Perdana Felda, ramai wartawan-wartawan lama yang pernah berkhidmat dengan BERNAMA hadir.
Antara mereka nama-nama besar atau ikon dalam dunia kewartawanan seperti, Tan Sri Mazlan Nordin, Tan Sri Dol Ramli dan ramai lagi termasuk beberapa professor dan tokoh akademik yang memulakan kerjaya sebagai wartawan di BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada majlis itu.
Hadir sama, saya sendiri, inilah masa untuk bersua muka dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa – maklumlah masing-masing sibuk bekerja, duduk sebumbung pun belum tentu boleh jumpa.

Selain hadir sebagai jemputan, saya juga ditugaskan membuat lintas langsung untuk siaran TV.
Sesuai dengan tema blog ini -- cerita-cerita disebalik, maka saksikanlah gambar di bawah ini.
Untuk kelihatan lebih tinggi, sesuai dengan keadaan stage, maka kenalah saya berdiri di atas kotak peralatan kamera itu. (Adakah saya yang tidak cukup tinggi atau pentas itu rendah sangat? :p )
p/s: Gambar kaki itu dirakam secara tidak sengaja oleh seorang jurukamera.