Alor Star, July 15th 2008 (Tue) -- Tengahari itu, selepas selesai membuat liputan perarakan di raja sempena sambutan Jubli Emas, 50 Tahun pemerintah Sultan Kedah, kami semua bersantai di bilik hotel.
Sebenarnya, kerja saya belum bermula kerana slot untuk saya esok, lagi pula saya 'kan baru tiba dari KL. Istana Anak Bukit pun saya belum jengah lagi.
Entah dari mana datang idea ini, saya pun kurang pasti, tapi saya dapat rasakan kalau buat 'facial' di sini mungkin jauh lebih murah berbanding di KL.
Saya terus keluar, cari salon -- maklumlah dah hampir setahun tidak buat facial, mukapun dah menggerutu rasanya.
Sangkaan saya tepat, mata saya tertumpu pada satu iklan di depan sebuah salon di City Plaza, 'Promotion Facial Treatment RM20' biar betul? cubalah.
Siap terlelap lagi, maklumlah letih sangat tidak cukup tidur.
Lepas itu, saya pergi makan tengahari di sebuah restoran.
"Air batu campur," ode saya.
"Apa? mi campuq?" jawab pelayan itu.
"Bukan, air batu campur," kata saya lagi.
"Apa?" dia masih tidak faham.
Saya jeling meja sebelah saya.
"Emmm air batu campur, macam pakcik sebelah ni," sambil menuding ke arah pakcik sebelah saya yang sedang makan ABC.
Foto ehsan photobucket/vkeong
"Ooooo, ais kacang..." jawab pelayan itu sambil tergelak.
Patutlah, sebelah utara rupanya mereka tidak panggil ari batu campur atau ABC tapi lebih dikenali dengan ais kacang. Manalah saya tahu!
Foto ehsan photobucket/hanieliza
p/s: mihun sup utara sedap!