Alor Star, July 15th 2008 (Tue) -- Tengahari itu, selepas selesai membuat liputan perarakan di raja sempena sambutan Jubli Emas, 50 Tahun pemerintah Sultan Kedah, kami semua bersantai di bilik hotel.
Sebenarnya, kerja saya belum bermula kerana slot untuk saya esok, lagi pula saya 'kan baru tiba dari KL. Istana Anak Bukit pun saya belum jengah lagi.
Entah dari mana datang idea ini, saya pun kurang pasti, tapi saya dapat rasakan kalau buat 'facial' di sini mungkin jauh lebih murah berbanding di KL.
Saya terus keluar, cari salon -- maklumlah dah hampir setahun tidak buat facial, mukapun dah menggerutu rasanya.
Sangkaan saya tepat, mata saya tertumpu pada satu iklan di depan sebuah salon di City Plaza, 'Promotion Facial Treatment RM20' biar betul? cubalah.
Siap terlelap lagi, maklumlah letih sangat tidak cukup tidur.
Lepas itu, saya pergi makan tengahari di sebuah restoran.
"Air batu campur," ode saya.
"Apa? mi campuq?" jawab pelayan itu.
"Bukan, air batu campur," kata saya lagi.
"Apa?" dia masih tidak faham.
Saya jeling meja sebelah saya.
"Emmm air batu campur, macam pakcik sebelah ni," sambil menuding ke arah pakcik sebelah saya yang sedang makan ABC.
Foto ehsan photobucket/vkeong
"Ooooo, ais kacang..." jawab pelayan itu sambil tergelak.
Patutlah, sebelah utara rupanya mereka tidak panggil ari batu campur atau ABC tapi lebih dikenali dengan ais kacang. Manalah saya tahu!
Foto ehsan photobucket/hanieliza
p/s: mihun sup utara sedap!
12 comments:
oh sup utara mmg bes! almaklum 4tahun duk kedah kan...wah mkcik terus rindu nk mkn sup! u kene blaja camne nk buat cili merah dia tu lah!ni asik la mkn sup ngan sambal kicap! huhu
mana sedap banding dgn mee kolok??? from:jasmin
hmm..reporter diraja sangat..-su
To Makcik:
Jangan asyik nak suruh pakcik belajar masak itu ini, awak tu yang kena masakkan asam pedas untuk pakcik ni ha...jangan nak ngelat!
To Jasmin:
Mee Kolok hari tu sedap gak...tapi macam makan Magie pun ada.
To Su:
Memang sangat! hehehe!
ais kacang.. oh, tahu tahu. tapi tak pernah plak terfikir yg orang utara tak faham abc. best betul rakyat malaysia ni. sgt diverse.
bukan ke nasi ambang dah bole demolished that asam pedas? kalu dlm project punye term, asam pedas tu tade dlm scope of work lah! nnti margin lari
WOIII HANG MAKAN AIS KACANG NOOOO PAS TU KEDARAH BIHUN SOP .....HANG TAK INGAT KAT AKU PON.......'jaga hang lain kali hang sampai aloq staq kepala hang aku putaq'(masam masam manis)
kekekeke...
amboi... p makan ais kacang.. terma ais kacang tu macam sg lah plak... i tot seluruh m'sia term it air batu campuq... anyway..it looks so..coolingggggggg... lelagi kalao kena kat badan I yang panas ni sekarang!
~nanazari~
salamz....
br0 ari ker air???
hehehehe....
check balik ayat tue....
heuheuheu.....
Kiff
sahabatku...... god!! it's been so long since I came here.. how are you? Did you get my text message last friday? Anyway... let's hang out again..
Tersinggah tadi....have anice day..kerja elok2 k. Mana lah tau jodoh hang kerabat kan? masin mulut
salam keifli bujang.....
hahahahaha,
mmg orhg sini [kedah ]panggil ais kacang,
x panggil ABC....
heheheheheheh......
rawatan muka dan badan kat sini pun mmg murah berbanding ngn harga di kl....
wanie tahulah sbb wanie kan buka butik kat sini;)
Post a Comment