Behind The Scene!

20080717

Dugaan!

Sepang, July 15th, 2008 (Tue) -- Belumpun sempat masuk waktu subuh, saya sudah meredah lebuhraya ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) -- destinasi Alor Star.

Saya perlu berada di sana seawal mungkin, haruslah terbang dengan pesawat paling awal, 7.15 pagi untuk acara penuh istiadat perarakan diRaja Tuanku Sultan Kedah yang dijadual bermula jam 8.30 pagi.

Sebaik tiba di KLIA, hati saya tak sedap, maklumlah e-tiket dan nombor tempahan pun tiada -- membuatkan saya meluru ke pejabat tiket , bertanyakan status tiket saya itu.

Apa yang dibimbangkan terjadi, nama saya tiada dalam senarai penumpang. Jenuh juga kakitangan syarikat penerbangan itu mencarinya.

Saya yang cepat naik angin ini terus menghubungi orang yang bertanggungjawab membuat tempahan tiket saya semalam, saya jeling jam, baru pukul 6 pagi, nasiblah kena ganggun pagi-pagi begini.

Masalahnya butir penerbangan ada di pejabat, jadi dia tidak dapat sahkan dengan saya mengenai tempahan tiket itu, saya ambil keputusan beli tiket baru. Jangan buang masa -- yang penting saya perlu berada di Alor Star.


"kenapalah suka sangat menyusahkan orang!" bebel saya dalam hati.

7 comments:

Anonymous said...

i can imagine yr face when u really mad!.. mcm siapa heh? hmmmm mak dara!

Anonymous said...

EXTREMELY impatient??? ahaks~

AJai Zaidie said...

Hai beb...relaxlah...

Kifli Bujang said...

To PMM:
Sikit lebih kuranglah mcm Mak Dara tu! hikhik

To Makcik Kg Tgh:
Well, you know me!hehe

To Smart-cute:
Gua cool giler beb, kalau gua mengamuk nanti harus gua bakar budak HR and Finance kat office gua tu! Tak reti bookin flight! orang suruh lain, lain dia buat!

Anonymous said...

haha. marah2 pun still bertugas. respect!

Anonymous said...

can imagine u and ur marah...and ur masam... and ur "bitchiness" when u are mad huney. kekekeke

~nanazari~

Ted Baker said...

Dah claim blum harga ticket tu? Hehe.