Pantai Chenang, Langkawi, May 2008 -- Kali terakhir saya explore pulau penuh lagenda ini pada 2003 kerana pada waktu itu saya bertugas dengan sebuah stesyen TV kerajaan.
Seluruh pelusuk Langkawi saya jelajah, cari bahan berita dan menulis dokumentari mengenai kerja-kerja pembinaan kereta kabel di sini.
Selapas 5 tahun saya tinggalkan pulau asal Mahsuri, saya kembali dan susuri semula semua laluan yang pernah saya pergi dulu.
Banyak yang sudah berubah! -- ada yang sudah berubah ke arah lebih baik, namun saya dapat lihat lebih banyak kesuraman di sini.
Memang, Langkawi kini ada jeti baru lebih selesa (ada Starbuck lagi), ada kereta kabel, dah ada panggung wayang juga, dan jalanraya lebih luas, lebih lurus menghubungkan Kuah dan Padang Mat Sirat (yang disifatkan orang tempatan sebagai Lebuhraya)...,
Tapi, apa yang saya lihat di Pantai Chenang makin suram, chalet, hotel dan resort macam tidak terjaga (barangkali kurang dana akibat kurang pengunjung), Pekan Kuah seolah tiada tarikan, Porto Malai bagaikan rumah berhantu di funfair pada tahun-tahun lewat 80-an.
Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
Panggung wayang yang sunyi tanpa pengunjung
Jeti Kuah yang baru
Bot ke Langkawi
Lokasi filem Hollywood Anna and The King, ia wajar dipelihara sebagai sebahagian lokasi pelancongan, premis tradisional ini dibina sebagai Istana Raja Thailand (Chow Yun Fatt) dalam filem tersebut. Namun, apa yang tinggal hanya 'istana' kosong, ditinggalkan usang, semak dan dibarikan reput.
Sejak Tun Dr. Mahathir 'meninggalkan' kerajaan dan Langkawi yang sentiasa menjadi buah hati kepada Dr. Mahathir turut tertinggal.
Wakil-wakil media arus perdana yang sebelum ini mempunyai pejabatnya di Langkawi turut ditutup kerana kita percaya Langkawi tiada 'news value' lagi.
Ke mana hala tuju Langkawi selepas ini? masih belum selesaikah sumpahan Mahsuri?
Sebaik kerajaan PAS mengambil alih pemerintahan Kedah, jolokan Langkawi Pulau Lagenda ditukar ke Langkawi Permata Kedah.
Lebih banyak pilihan perjalanan untuk ke Langkawi selain Penerbangan Malaysia dan AirAsia, kini Firefly juga terbang ke sana.
7 comments:
hello..just thought of leaving a comment here. Just read your blog. Very informative about the life of a newsreader. Keep it up. Hope you can blog more.
wow..the last time i went to langkawi was like 1o years ago, i guess. huhu...at that time nmpk langkawi mcm ramai lah jugak pelancong yg dtg. guess as time goes by langkawi is not relevant anymore to become a tourist's spot of atraction. maybe th gov should do something. or is it we as malaysians shoud do something by visiting there??
To Helmi Razali,
As usual - everytime beli cokelat je...Kalau makcik2 mungkin masih suka kot Langkawi boleh beli periuk and pinggan mangkuk (hayun).
To Chocoballs,
You are most welcome Balls (in short for Chocoballs heheh)... Thanks for being so supportive..
To Am,
10 years? wow that's real long... things 've changed. Pelancong mat saleh ada lah ..tapi yang jenis lepak kat Datai or Andaman (those high end resort kot) compared Phuket or Bali or infact Pattaya tourist ada banyak activities...macam2 boleh buat... tell me Langkawi nak buat apa? Island hopping? menarik sangat ke? water sport? apa ada? sigh.
kan i dah cerita habis2 kat u keadaan dan situasi di langkawi sewaktu percutian i ngan my family jun last year. i remember told you that i regretted having to spent nearly 6K for that lousy holiday tu.menyesal gler tp nasi dah jd bubur. ingatkan nak patriotik la tapi rasanya that kind of money kalau bwk g overseas lagi berbaloi. so i promise no more domestic holiday. tak murah malah lebih mahal tapi menyakitkan jiwa raga dan poket juga......
-kupu kupu di bawah mentari-
To Kupu-kupu Di Bawah Mentari (merah di ufuk timur),
Memanglah Langkawi takde apa yang menarik, tapi kalau u nak rehat dan saja-saja untuk tenangkan fikiran ok je..short escape lah.
salam, dah lama kak teh tak ke Langkawi. Rasa teringin pulak nak ke sana. Tapi Januari nanti, anak2 akan bercuti di sana. Bolehlah tengok gambar.
Thank for the visit to my blog.
To Kak Teh,
My pleasure to have you here, oh nak datang Langkawi? sekarang dah takde direct flight dari London, kalau tak dulu boleh terbang terus dari sana, anyway welcome home kalau u balik this year.
Post a Comment