Behind The Scene!

20081227

Sabar Ajelah!

Kuala Lumpur, December 27th, 2008 (Sat) -- Hari ini saya bercadang untuk melangsaikan kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan memandangkan saya mengambil 'time-off' sepanjang hari semalam.

Masuk ke pejabat jam 10.30 pagi, bersiap sedia ke studio untuk berita 11 pagi, menyiapkan skrip untuk rancangan bicarawara 1Konsumer, membuat kerja-kerja editorial dan pre-produksi.

Ketika sibuk menyiapkan semua tugasan itu, kami diberitahu yang Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'affar, mangkat.

Bergegas kami siapkan 'breaking news' segmen.

Saya terpaksa tinggalkan dulu kerja-kerja yang sedang saya buat untuk 1Konsumer, beri tumpuan untuk menyiapkan balasungkawa Tuanku Ja'affar, suara saya digunakan untuk balasungkawa tersebut. (kenalah buat suara sedih sikit)

Arahan terbaru kami terima, semua peneraju berita dimestikan memakai baju hitam dan bersongkok berlilit reben putih bagi lelaki dan bertudung putih bagi perempuan.

Ini masalah besar, bukan nak burukkan organisasi sendiri, tapi maaf cakap kami memang sengkek, dalam wardrobe hanya ada seunit songkok, kot hitam dan tie hitam pun tak ada, jauh sekali nak cari tudung.

Mahu tak mahu, saya terpaksa on-air dengan pakaian berkabung seperti itu -- jalan selamat untuk waktu ini saya arahkan pembantu wardrobe lilitkan songkok itu dengan kertas putih dan stapler-kan ia, haha kelakarkan? sementara mereka pergi mencari pakaian dan aksesori yang lebih sesuai.



20081218

Dulu, Kini dan Selamanya!


Kuala Lumpur, December 15th, 2008 (Mon) -- Bagi generasi baru baragkali tidak begitu mengingati wajah tokoh yang bergambar bersama saya ini, namun bagi mereka yang membesar dengan tv hitam-putih yang siarannya hanya bermula jam 4 petang pasti masih boleh mengingati beliau.

Beliau ialah Hajah Salasiah Zakaria pembaca berita RTM sekitar tahun-tahun 80-an (seingat saya) beliau paling polular ketika itu.

Ketika saya mula-mula menyertai bilik berita RTM pada 2000, saya agak kaget melihat wajah-wajah yang saya pernah kenal hanya melalui kaca tv sewaktu kecil.

Sesuatu yang tidak pernah disangka, iaitu bekerja satu pejabat dengan mereka.

Selain Kak Sal (panggilan untuk Hajah Salasiah Zakaria), saya juga sempat bertugas bersama Kamarudin Ahmad dan Harjit Singh Hullon, malah meja saya bersebelahan dengan Harjit.

Tadi, saya singgah ke bilik berita RTM --jumpa rakan-rakan lama, termasuk Kak Sal, sempat bertukar-tukar cerita dan perkembangan semasa, Kak Sal masih sama, mesra seperti dulu -- banyak ilmu kewartawanan boleh diperlolehi dari Kak Sal.

20081217

Hari Ini Dalam Sejarah

Kuala Lumpur, December 16th, 2008 (Tue) -- Banyak benda berlaku hari ini yang mencipta sejarah tersendiri dalam hidup saya;

a) Sudah puas mengacarakan rancangan remaja sejak umur 19 tahun, kemudian beralih ke program yang lebih dewasa hinggalah sekarang membaca berita -- namun, hari ini dalam sejarah saya mengendalikan sebuah rancangan penyampaian anugerah (berbentuk hiburan tv), fuh! rasa janggal pun ada! tapi I alhamdulillah semua lancar.

b) Pertama kali saya memberanikan diri memakai pakaian yang sangat terang lagi menyilaukan mata -- anda perlu memakai cermin mata gelap untuk melihat gambar di bawah ini.


c) Sebelum ini, belum pernah ada artis atau mana-mana orang yang ingin meminjam baru yang sedang saya pakai, semata-mata untuk bergambar.


Noh (Hujan): Bro, cool-lah (baju)


Saya: Hanya orang yang berani je sanggup pakai.


Noh: Pinjam kejap, nak cuba... ambil gambar...!


Noh: Mana dapat baju ni?


Saya: Lord's Taylor taja gua sekarang (spontan berbahasa slanga anak muda 'rock')


Noh: Gua pun tengah cari sponsor, ada nombor?


p/s: mohon perhatian, saya bukan Rainger!-- tapi, show they all best beb!

20081213

Patik Hamba Tua (Kutuk)!

Klang, December 11th, 2008 (Tue) -- Ada yang kata bahasa Melayu ini kaya, namun tidak kurang juga yang menyatakan bahasa Melayu ini mandul dan lemah.

Meskipun begitu, bahasa Melayu ada banyak larasnya, ada laras ekonomi, laras undang-undang, laras perubatan, laras istana(diRaja) dan sebagainya.

Antara perkataan-perkataan yang sering kita dengar untuk laras istana seperti, patik, beta, bersemayam, beradu, bertitah dan sebagainya, namun, hari ini saya belajar istilah baru yang memang tidak pernah saya dengar sebelum ini -- iaitu "patik hamba tua".

Perlukah kita menyebut kata sifat seperti tua, muda, kacak, jelita dan sebagainya?

Senyum sinis saya mendengar kata-kata itu diungkap oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu membacakan ucapan sembah tahniah dan taat setia sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang Ke-63 Sultan Sharafuddin Idris Shah.






Seperti biasa, saya dan krew membuat liputan langsung untuk acara penuh istiadat itu.

20081211

Oh My Lord!

Kuala Lumpur, December 10th, 2008 (Wed) -- Menyedari yang media mampu memainkan peranan penting dalam pemasaran sesuatu jenama -- maka kami dipilih untuk melaksanakan tugas itu.


Situasi menang-menang, terima kasih Lord's Taylor kerana menaja wardrobe kami.

Amacam? ok tak outfit ni?

20081206

Bicarawara=talkshow!


Kuala Lumpur, Dec 6th, 2008 (Sat) -- Sudah agak lama saya tidak kendalikan rancangan bicarawara (talkshow) sendiri, kali pertama saya mempunyai talkshow sendiri sekitar tahun 1997, rancangan Prisma terbitan RTM, pada waktu itu saya menggantikan Rosyam Nor dan Marlia Musa.

Itu antara rancangan yang paling saya suka, kerana penerbitnya memberi sepenuh kebebasan untuk saya kendalikan rancangan itu, daripada pemilihan topik hingga mengundang ahli panel dan ia satu-satunya talkshow remaja pada waktu itu.

Terakhir kali saya mengendalikan rancangan talkshow ialah pada November 2002, rancangan 30 Minit juga terbitan RTM dikendalikan bersama Norsyikin Abdul Rahman. Rancangan ini lebih ilmiah dan memfokuskan kepada isu semasa dalam dan luar negara.






Terbaru saya diberi tanggunjawab mengendalikan sebuah rancangan kepenggunaan berbentuk talkshow terbitan Bernama-TV, meskipun dipanggil untuk mengendalikan rancangan itu untuk sementara -- menggantikan peneraju asalnya yang pergi menunaikan ibadah haji, namun saya tetap teruja.

Rancangan 1Konsumer di saluran Astro502, disiarkan secara langsung setiap Ahad, 9 malam.
Setidak-tidaknya boleh kembali mengasah skill yang sudah lama tidak digunakan hahaha!

p/s: gambar pada tahun 2002, masa tu muda lagi, masih kurus heheh!