Kuala Lumpur, Dec 6th, 2008 (Sat) -- Sudah agak lama saya tidak kendalikan rancangan bicarawara (talkshow) sendiri, kali pertama saya mempunyai talkshow sendiri sekitar tahun 1997, rancangan Prisma terbitan RTM, pada waktu itu saya menggantikan Rosyam Nor dan Marlia Musa.
Itu antara rancangan yang paling saya suka, kerana penerbitnya memberi sepenuh kebebasan untuk saya kendalikan rancangan itu, daripada pemilihan topik hingga mengundang ahli panel dan ia satu-satunya talkshow remaja pada waktu itu.
Terakhir kali saya mengendalikan rancangan talkshow ialah pada November 2002, rancangan 30 Minit juga terbitan RTM dikendalikan bersama Norsyikin Abdul Rahman. Rancangan ini lebih ilmiah dan memfokuskan kepada isu semasa dalam dan luar negara.
Terbaru saya diberi tanggunjawab mengendalikan sebuah rancangan kepenggunaan berbentuk talkshow terbitan Bernama-TV, meskipun dipanggil untuk mengendalikan rancangan itu untuk sementara -- menggantikan peneraju asalnya yang pergi menunaikan ibadah haji, namun saya tetap teruja.
Rancangan 1Konsumer di saluran Astro502, disiarkan secara langsung setiap Ahad, 9 malam.
Setidak-tidaknya boleh kembali mengasah skill yang sudah lama tidak digunakan hahaha!
p/s: gambar pada tahun 2002, masa tu muda lagi, masih kurus heheh!
18 comments:
To Helmi Razali,
Salam Aidiladha, too bad our web-tv mcm tak friendly sangat if not sure u can watch online...
lama dah u dlm bidang ni ek...? 1997 tu rasanyer, i lom lahir lagi kot...? hehehe....
1konsumer mmg best..penggua bole berhubung terus dgn ahli2 panel...mmg wajar diadakan ranc sebegitu...
To Cik Anon,
Emm tak lah lama sangat...actually i started 1996-- so total baru 12 tahun, berbanding orang lain lagi lama...
en.kifli,
beta yg naif ni,ingin bertanya,
apa maksud 'PRISMA'...?
-shida-
i tak kesah you baca berita ke, you host talk show ke, you jual insuran ke, waimah you jual goreng pisang kat bawah pokok pun i still stand by you as a friend. tak glamor pun ok janji sincere....
pawang yang tak ada pelanggan...
To pawang yg xde pelanggan
Klu i dtg berubat dgn u, bole guna medical card tak...? :D
-shida-
shida,
tak leh lah.pengeras tu dalam zaman dulu2 lg org guna 'tunai' la. nanti tak serasi pulak jampi serapah tu.kalau tak ada tunai, barang kemas pun boleh.busuk2 pun bawak lah pulut kuning ke, kari ayam ke.....
nak guna medical card kena gi jumpa doktoh yang pakai teropong telinga tu yea........
pawang dah bernyawa semula.
To Shida,
Ayo-yo..Prisma pun tak tahu...prisma tu adalah satu bongkah kaca yang bila kita lalukan cahaya kat benda tu i akan menghasilkan pecahan 7 warna-mcm pelangi? Ia juga merupakan nama program talk-show tv yang popular sekitar 1990an haha.
p/s: kes u biasanya kena guna bomoh atau pawang...takleh jumpa doktor sure tak settle punya hahah.
To Pawang,
I pun tak pernah kisah pun popular ke tidak yang penting kita jujur pada kerja kita.
p/s: itu pun ada gak orang nak sponsor.
To kifli,
ha'ahlah baru teringat apa 'prisma' tu,thanx anyway...
p/s...ewah2...mengata dulang paku serpih nampak....
To pawang yg dah bernyawa semula..
Amboi...demanding sungguh pawang ni,so, now, u dh ada 2 pelanggan ,apa kata u test jampi u tu kt en kifli ni dulu, klu mujarab, baru jampikan kt i lak yek...:)klu berkesan, bkn setakat pulut kuning, pulut panggang pun i bole sediakan...
-shida-
To Shida,
Kenapa laks nak test kat i dulu? ciss i belum memerlukan perawatan lagi hahaha
To kifli,
ooo...really...? no wonderlah, bila i pandu keta oren, i rasa berani aje memotong kenderaaan lain dan dgn beraninyer langgar lampu merah...hehehe
-shida-
To kifli,
kenapa nak test kt u dulu...? jawapannyer...
'lu pikirlah sendiri'...
yess!!! yesss!!!yessss!! kena balik..hahaha
-shida-
To kifli,
kenapa nak test kt u dulu...? jawapannyer...
'lu pikirlah sendiri'...
yess!!! yesss!!!yessss!! kena balik..hahaha
-shida-
To kifli,
kenapa nak test kt u dulu...? jawapannyer...
'lu pikirlah sendiri'...
yess!!! yesss!!!yessss!! kena balik..hahaha
-shida-
lol,so nice
I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!
If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!
decorative fishing net
Salam,
saya pernah jadi tetamu rancangan prisma untuk remaja, tajuk: "katakan tidak!/ How to say no", masa tu saya dan rakan saya en rahim menjadi trainer LPPKN untuk program permata kasih. Host yang lagi sorang selain daripada u, chinese girl, dia pernah jadi guru sandaran kat sekolah i ngajar di KL sekitar 2001/2....
Post a Comment