Behind The Scene!

20080218

Dari Meja Jenayah ke Meja Politik

Kuala Lumpur, February 18th, 2008 (Mon) -- Sejak hari penetapan tarikh pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lepas, makin hebat orang bercakap pasal politik.

Di kedai kopi jangan cerita, semua orang tiba-tiba bertukar profesion mahu jadi 'penganalisis politik'.

Tetapi bagi saya sebagai wartawan -- menjadi cukup tidak selesa apabila ditugaskan membuat liputan senario politik, sama tidak selesanya saya bila disuruh membuat liputan tentang artis.

Bagaimanapun, saya tetap akur dengan tugas saya, dan kerana itu juga untuk beberapa ketika ini saya terpaksa meninggalkan meja jenayah saya dan mengangkat kerusi beralih ke meja politik (sekadar membantu untuk seketika.)

Hari ini, saya ke Ibupejabat PAS Pusat, di Jalan Raja Laut dekat sini.

Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan bergabung tenaga menghasilkan sebuah dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia.


Ia bukanlah satu manifesto politik parti tersebut seperti yang diberitahu Ketua Pemuda PAS Pusat, Sallehuddin Ayob tetapi sekadar harapan kepada golongan muda, jika mereka berkuasa.

Antaranya memberi pendidikan percuma kepada semua golongan dari pra-sekolah hingga ke peringkat ijazah pertama.

3 comments:

Anonymous said...

Moga negara kita dipimpin berlandaskan Islam dgn penuh keadilan, Ameen :D

Anonymous said...

dh sesuai dgn umur ko utk buat politik. takkan ler nk berkejar buat crime sampai tua..kui kui kui

Anonymous said...

politik mematangkan diri...