PETALING JAYA, April 7th, 2008 (Mon) -- Hari ini masuk hari ke tiga saya terperap di rumah. Kurang sihat, tak sedap badan, sakit tekak, batuk dan selsema.
Inilah akibatnya kalau asyik kerja-kerja-kerja. Sungguh! rasanya sudah masuk lebih dua bulan saya belum berpeluang untuk betul-betul berehat di rumah.
Kalau dilihat pada kad perakam waktu di pejabat, memang sah saya datang bekerja setiap hari.
Allah kan Maha Mendengar! Dia dengar saya komplen setiap hari yang saya tidak cukup rehat, jadi Dia beri saya waktu untuk berehat secukupnya. Terima kasih Allah.
Rasanya tiga hari sudah mencukupi, saya sudah mula rindukan pejabat dan rutin di tempat kerja.
11 comments:
semoga cepat sembih -su jb-
silap..semoga cepat sembuh -su jb-
just realized that I hadn't seen you for a while, and it's a real pleasant surprise to see you in Bernama TV, and you are doing great! Would really like to contact you but can't find your email anywhere. Anyway, contact me at fudi2020@gmail.com
To Sue:
Hi Sue, tak sangka Sue pun baca my-blog yang takde apa2 ni?
To Fudi:
Hi! anyway you can reach me at zulkiflibujang@yahoo.com
Hai beb,
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Mengasihi. Semoga kita mendapat keberkatan dari Nya - Amin.
To Smart Cute:
Thanks! Terima kasih kerana melawat dan terima kasih atas doa iklhas itu.
Get well soon! It's good to know that you're appreciating the underlying hikmah of your fever. :)
hehe...ok apa blog ko ni...dh lama dh aku baca sejak bob tv pendidikan perkenalkan...-su jb-
saya blog hopping dari blog si Saiful Ambar yg sama2 menuntut di UiTM, kemudian ternampak nama Ahmad Zaki Yamani yang sama2 berpersatuan dgn saya di UiTM jugak, terbaca pula komen saudara yg merupakan rakan sebilik beliau. Tinggal di Kolej Delima Siswa atau Perindu? nampaknya kita study di sekitar tahun yg sama ek?
ex-Presiden Kolej Delima Siswa 1996-1998
To MNR:
Thanks, i'm ok now!
To Sue:
Bob canang ke pasal blog aku yang terseberapa ni? isk-isk. Btw takziah untuk BOB TVP Kiara atas kembalinya isteri tersayang ke-rahmatullah, baru-baru ini. Moga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman, ameen!
To Rush Murad:
Salam, thanks sbb singgah my blog yang syok-sendiri ini.
Dah lama saya cari Shaiful Ambar, cuba call dia tapi dah tak aktif, Zaki pun contact via email je.
Sdr Rush saya tak berapa perasan, tapi saya dulu Presiden PROKHIP di Delima, pernah nak bertanding Majlis Perwakilan Kolej Delima dalam tahun 1997-98 tapi malang ada perkara yang tidak sealiran pada waktu itu :)
Sdr mesti kenal Hasnor, Puchong and the geng?
dah sihat?
Post a Comment