Behind The Scene!

20081108

Standby Anchor...! and Cue!

Kuala Lumpur, November 8th, 2008 (Sat) -- Ramai orang bertanya saya, macam mana pembaca-pembaca berita boleh membaca dengan lancar tanpa melihat kertas? Adakah mereka menghafal semua berita-berita tersebut? Atau adakah kaedah lain?
Untuk segala pertanyaan seperti itu, saya sertakan gambar dibawah.




Untuk makluman, kertas atau 'hard copy' juga adalah penting sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin kepada sistem 'tele-prompter' tersebut.


Perkataan-perkataan pada 'tele-prompter' itu dikawal oleh penyampai sendiri dengan menggunakan padel -- seakan padel minyak kereta.


Padel kawalan itu hanya ada satu sahaja, jadi sekiranya ada dua penyampai mereka perlu berkongsi padel atau seorang penyampai yang sudah biasa dan memahami rentak bacaan rakannya mengambil tanggungjawab mengawal padel tersebut bagi keseluruhan program.


Faham-faham sajalah kalau sudah benda berkongsi, pasti ada harinya yang akan berlaku salah faham... sama macam dengan orang bermadu (aik! maaf sudah keluar topik).


Kembali kepada cerita padel; ada berlaku beberapa peristiwa, seperti rakan penyampai terlupa nak tekan padel bila tiba giliran rakannya membaca, berlaku juga apabila dia tertekan terlalu laju hinggakan rakannya yang sedang membaca itu hilang fokus, haha itu semua pengalaman, hanya pengalaman membezakan penyampai-penyampai baru dan lama.


Hanya penyampai yang berpengalaman mampu menghadapi sebarang kemungkinan dengan wajah yang 'cool' dan 'slumber' -- tentu sekali penonton tidak tahu bertapa gejolaknya rasa di dalam hati. :)

24 comments:

Adiha Production said...

Salam...akhirnya baru lah u update blog u ek! heheh, bagus lah...u tunjukkan situasi sebenar di bilik berita...sebenarnya, walaupun i ni pelajar penyiaran...tapi i tak pernah tengok equipment2 tersebut... (maklumlah..kolej tak mampun menyediakan keperluan2 tersebut...opss, terlepas pulak)..

Anyway, thanks sangat sebab bagi peluang kat i n pembaca blog yang lain tahu bagaimana ia bersiaran... :)

Fizz Zaquan said...

Salam. U pernah kongsi cerita nie tentang disebalik tabir bilik berita ini..teringat lagi cerita yang dikongsi ari tuh...

Anonymous said...

i ada 2 komen
1.abg pawana yang 1 kenal lama tu tak biasa mengata org la. biasanya dia bagi tau fakta2 mengenai personaliti yang tertentu yang berunsurkan atau ala2 BERNAMA nye tag line benar dan baru (macam tu la sket lebih kurang.....
2.pasal this blog, kan berbaloi u g usrah hari tu. pahala tuhan bagi, makan aizah bagi, glamour jemaah2 tu bagi sampai ustaz tu pun kagum dgn mekap u......kah kah kah

abg pawana punye sepupu....

Kifli Bujang said...

To Iha,
Dah namanya Behind the Scene! so cerita-cerita disebalik tabir akan dibawakan.

To Luaq,
You kira untung dapat early-edition news heheh!

To Abang Pawana punya sepupu,
Hamboi-hamboi sempat mengata lagi.

Anonymous said...

pakai pedal baca berita...hmm padanlah dia pandu kereta pelan ja! mungkin salah satu sebab abg pawana comment tempohari!
---pmm---

Anonymous said...

buat rugi beli keta mahal2 tapi bwk slow2.....
dari kl ke melaka pun dekat2 3 jam. macam zaman naik bas dari melaka g kl. ikut jalan alor gajah-tampin-rembau-senawang-seremban-mantin-semenyih-kajang-cheras-puduraya....
tiga kali tido, tiga kali bangun tak sampai2. ka ka ka

sepupu abg pawana punye jiran.

Kifli Bujang said...

To PMM,
Bab-bab pandu pelan ni sensitif ek..ini semua anasir jahat yang cuba nak sabotaj i heheh..(tolong hentikan fitnah ini semua)

To Sepupu Abg Pawana Punya Jiran,
Pandu Cermat Jiwa Selamat, Ingatlah Orang yang Tersayang, dan Anda mampu mengubahnya! -- Kereta mahal ke bagus ke yang penting jadilah pemandu berhemah untuk negara heheh.

mrCharmed said...

lama nye mamat ni tak update blog dia..
bz sokmo...
ish ish ish...
lenkali..update la selalu
kan ramai fans yang tunggu ni haaaa

Anonymous said...

kl gi s'pura...berapa jam agak2 nya ya?????? hmmm
--pmm--

Anonymous said...

kalau gi melaka 3.5 jam, g singapore kurang2 pun 9-10 jam....tu tak termasuk berenti tido, basoh muka, buang air dan perkara2 yang sewaktu dgn nyer lah...

dua pupu abg pawana.

Kifli Bujang said...

To MrCharmed,
Bukan tak mau update hari2 tapi takut u all ketinggalan.. tak sempat nak baca hehehe

To PMM and Dua pupu Abg Pawana (adik beradik dengan kupu-kupu),
U all ni tak habis2 nak mengutuk aku ek...korang tak tahu yang Alex Yoong tu I yang latih tau....

AJai Zaidie said...

nak jadi pembaca beritalah, tapi tak cukup ilmu macamana yer??

Kifli Bujang said...

To Smart Cute,
Kalau ilmu belum cukup..kenalah tambah ilmu dulu heheh..kalau tak jadi pembaca suratkhabar je lah heheh. Jangan marah gurau je.

Anonymous said...

sinis nya!
--pmm--

Kifli Bujang said...

To PMM,
Sinis ke bunyinya eheheh sorry lah tak sengaja hehe..You nak gi Haj ek? tak cerita pun! i doakan semua berjalan lancar.

Anonymous said...

insya allah..kalau dikabulkan hajat tu.. i tak habag kat depa ka? so sorry la... tu pasai i tak mai kat kl. sibuk persiapan.
--pmm-

Ajwin Ajeera said...

En.Kifli,
mcm mana nak jadi pembaca berita.?
berminat la..

Kifli Bujang said...

To Ajwin,
Aik tetiba nak jadi pembaca berita pulak? kata nak jadi Pengkritik Hotel? heheh

Ajwin Ajeera said...

haha
awk baca ek.?
tak.sebenarnya nak jadi pengkritik hotel/pembaca berita/pramugari
haa.salah satu tu.?
haha
gedik lebih.

Ahmad said...

ni la keje aku sepatutnya..

tp aku continue study amek master degree..

tkpela...

Kifli Bujang said...

To Ajwin,
Banyak betul cita-cita, teringat pulak cita-cita I masa zaman sekolah dulu,
mesti Askar, Polis, Ahli Bomba ...hahaha tup tup hari ni jadi semua!

To Das Dis Dus (lepas ni panggil 3D boleh),
Master Enggeneering pun masih boleh jadi newscaster tau!

Ajwin Ajeera said...

haha.
tp betulla..
tiga-tiga ni ambition awin dari zaman childhood lg..
sbb dr kecik diajar tgk berita..
so,beranganla nk jd newscaster..
huhu

Anonymous said...

alahaii.. first time i tsampai kat sini kiflie.gk u kat . i ingat lagik dulu2 i suke tgk u kat an 4rmt.. rancangan pe ek? lupa lah prisma ke pe?? sori kalau silap.. masa tu i tingkatan 4, 5 kot..

em.. syok gat abca blogg u ni.. akceli dah tahu sikit pasal cara u baca berita u.. cuma pasal pedal minyak tu jer xtahu...

tingin nak jadi cam u..cam norasyikin. bla bla.. alahaii.. tinggal angan2 jer lah..

xmungkin jadi kenyataan :(
anyway, gud luck.. i akan jadi pbaca setia blogg u ni heheh wek wek wek :P
any

Anonymous said...

Bergandingan dgn siapa ye masa ni