Klang, December 11th, 2008 (Tue) -- Ada yang kata bahasa Melayu ini kaya, namun tidak kurang juga yang menyatakan bahasa Melayu ini mandul dan lemah.
Meskipun begitu, bahasa Melayu ada banyak larasnya, ada laras ekonomi, laras undang-undang, laras perubatan, laras istana(diRaja) dan sebagainya.
Antara perkataan-perkataan yang sering kita dengar untuk laras istana seperti, patik, beta, bersemayam, beradu, bertitah dan sebagainya, namun, hari ini saya belajar istilah baru yang memang tidak pernah saya dengar sebelum ini -- iaitu "patik hamba tua".
Perlukah kita menyebut kata sifat seperti tua, muda, kacak, jelita dan sebagainya?
Senyum sinis saya mendengar kata-kata itu diungkap oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu membacakan ucapan sembah tahniah dan taat setia sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan yang Ke-63 Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Seperti biasa, saya dan krew membuat liputan langsung untuk acara penuh istiadat itu.
9 comments:
angkara siapakah yg mencoretkan teks ucapan yg sebegitu rupa iye..? Beta sungguh terharu dgn mamanda menteri negeri selangor ini yg sungguh merendah diri orangnya.
-YAM tengku puteri shida ibni almarhum...
To (A)YAM Tengku Puteri Shida,
I pun tak sure lah siapakah penulis teks ucapan itu...dia tak gunap pulak ek 'pacal yang hina' haha
8 april depan blh la cover keputeraan sultan johor pulak...ada berani? -su
To Sue,
Oh Paksedara I tu...dia tak suka coverage sbb istana dia kecil sangat tak muat nak letak kamera.
abes, kalau orang muda, ungkap patik hamba separa tua...atau patik hamba sedang2...
To Cik Suri,
I rasa sewajarnya digunakan "patik hampa muda belia dan masih lagi hangsome..."
Very rich and interesting articles, good BLOG!
high time to get rid of all these words from malay dictionary..dah tak releven lagi!
Read your article, if I just would say: very good, it is somewhat insufficient, but I am
still tempted to say: really good!
Personalized http://www.jsfishnet.com
Post a Comment