Behind The Scene!

20070528

Mati Dilanggar Komuter

SUNGAI BULOH, May 25th, 2007 (Friday)140km/j. Itu angka yang ditunjukan jarum speedo meter pada dashboard kereta yang dipandu jurukamera RTM, Shamsul. Dia memang selalu pandu laju, malah dengar ceritanya sudah banyak kali kereta yang dipandu Shamsul terlibat dengan kemalangan.

Tapi itu bukan isu yang nak dikongsi di sini.

Selain saya dan Shamsul, seorang lagi ialah wartawan RTM, Poknik. Kami bertiga dalam kereta merentasi Lebuhraya Guthrie.

Destinasi kami ialah, jejantas baru menghubungkan Damansara Damai dari Jalan Kepong-Sungai Buloh.

Kami dapat maklumat yang menyatakan ada orang mati di tepi landasan keretapi di situ menyebabkan kami bergegas ke sana.

Sampai di tempat kejadian, di bawah terik matahari sekujur tubuh terbaring bersebelahan landasan. Hanya ditutupi helaian surat khabar.


Kamilah kumpulan wartawan yang paling awal tiba di tempat kejadian. Sebuah kereta peronda polis juga baru sahaja tiba pada waktu itu.

Shamsul terus menjalankan tugasnya mengambil gambar mangsa.


Mangsa seorang warga emas berusia 57 tahun, berbangsa Cina. Hasil maklumat saksi di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba melintasi landasan tanpa menyedari yang komuter dari arah Kepong ke Sungai Buloh semakin hampir.

Selepas dilanggar mangsa tercampak beberapa meter.

Kejadian itu menarik perhatian ramai orang, hingga menyebabkan kesesakkan lalulintas.



Kalau saya jadi mereka, lebih baik saya meneruskan perjalanan daripada berpanas sekadar nak menyaksikan perkara yang tiada kaitan dengan kita. Ini disebabkan tugas maka terpaksalah saya turut berpanas di situ.

Yang peliknya ada juga pemandu yang sanggup memberhentikan kenderaannya sekadar nak menyaksikan kejadian yang pada kami sebagai wartawan, ia tidak besar manapun.

Sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan, apa yang kita hadap hari-hari tidak banyak memberi erti berbanding bagi orang yang jarang-jarang jumpa dan fitrah manusia sentiasa curios.

Lebih kelakarnya lagi, ada pula yang bertanya itu dan ini lebih dari wartawan.(11.36pm)

3 comments:

mrCharmed said...

biasalah orang Malaysia...agak jakun sedikit. perkara yg tak perlu di ambil peduli, meriah dorang nak tahu. tapi kalau perkara yg perlu di ambil peduli...buat tak tau je.

Anonymous said...

adehh..
kan best klau ader gambo mayat..
bawu reall..;)

Anonymous said...

Kehadiran mereka di kswn kemalangan mungkin disebabkan ingin mengetahui siapakah mangsa yang terbabit. Adakah saudara mereka atau ahli keluarga terdekat.
Atau mungkin mereka ingin mengetahui bagaimanakah caranya PB menjalankan kerja mereka dgn lebih dekat. Mungkin penulis sudah biasa dengan keadaan ini dan merasakan tindakan org ramai ini memang menyusahkan PB/ wartawan dan org awam yang lain. Ini hanyalah penilaian saya hasil dari 'interview' dgn org awam yang lain.