Behind The Scene!

20070527

"Saya Wartawan" - Zulkifli Bujang

PETALING JAYA, May 27th 2007Bila sebut “Saya bekerja sebagai WARTAWAN.” Ramai yang akan melopongkan mulut, sama ada menyebut “Wah!” atau “Wow!” – barang kali berbangga kerana dapat bertukar salam dengan salah seorang pengamal media seperti saya yang sering melaporkan berita-berita semasa di televisyen.

Tidak kurang juga ada yang akan mencebikkan bibir, tersenyum sinis seolah-olah memperlekeh tugas yang saya jawat sejak 1996 lagi.

Walau apapun tanggapan anda terhadap kerjaya sebagai wartawan, saya percaya ia antara kerjaya pilihan. Penuh dengan cabaran, dugaan dan peluang.

Cabaran – Terpaksa bekejar dengan deadline. Terpaksa memenuhi kehendak Editor (yang kehendaknya kadang-kadang agak macam-macam) Apa yang dikehendaki harus dipenuhi.

Dugaan – Ada masanya orang yang hendak ditemubual banyak kerenah. Itu takboleh, ini takboleh. Ada tempat yang dilarang sama sekali mengambil gambar. Ada pula yang akan memaki-hamun wartawan ketika menjalankan tugas tidak tentu pasal.

Peluang – Bab ini yang paling saya suka, dapat melakukan sesuatu yang orang biasa tidak boleh lakukan. Dapat berada di tempat yang orang biasa tidak boleh ke sana. Dapat berjumpa menteri tanpa melalui pegawai khas mereka. Dapat bersama dengan artis no.1 negara mahupun luar negara di backstage. Yang lebih penting dapat terbang ke banyak negara.



* * *
Ramai juga yang bertanya, kenapa blog ini diberi judul ‘Behine the Scene'?

Jawapannya ringkas! Blog ini dibina sekadar untuk berkongsi maklumat, apa sebenarnya yang saya lihat, apa yang saya dengar dan apa yang saya alami.

Mereka bertanya lagi, tidak takutkah saya, sebagai wartawan jika apa yang saya tulis nanti boleh mempengharuhi pandangan umum?

Pada saya ia sekadar tulisan peribadi saya dan tidak bermaksud mengganggu mana-mana pihak.

Selamat membaca! (10.51pm)

7 comments:

Anonymous said...

huhuh..selamat menceburi dunia blog..erm rajin-rajin lah tulis berita yerk! x yah i nak susah-susah pergi beli paper..ahahahaha..GAMBATE!!!

Anonymous said...

hurm, sebenarnya iha amat berbangga n tabik dengan semua wartawan dan juga tenaga kerja untuk media cetak ataupun eletronik....

biarlah apa yang orang akan katakan,yang penting usaha dan kerja yang kita lakukan memberikan kepuasan kepada diri kita dan juga faedah.

Dan sebab itulah, diriku juga memilih kerjaya ini kelak...

Fasihah Yusof

Bismillah said...

congrats, congrats, congrats, what can i say more. very impressive blog, seronok baca citer2 behind the scene. but make it more wow lar baru real..

oklah wish u all the best...

Syaf said...

So you are the newsreader! Thanks for visiting my blog! I'll be reading your blog as often as I can.

AJai Zaidie said...

Hai Beb...

Masa zaman sekolah dulu ader teringin nak jadi wartawan, tapi bila di fikir fikir semula takut tak terjamin pulak masa depan. Erm..mungkin pengalaman u dlaam blog ni nanti boleh menanam balik keinginan nak jadi wartawan kot..anyway welcome to the club!. Happy blogging...

NN said...

Salam Kifli

thanks for dropping by at my blog..
in case you have forgotten, you just tagged me at my Phuket Part 2 n Part 3 entries..

:)

keep on writing..
i will come again..

a bit bizi lately..
thanks again..

have a nice stay..
Salam..

Anonymous said...

Biasalah kifli..
kalau tak ada banyak dugaan, kita takkan dapat tahu sejauh mana kentalnya diri kita kan..
Asalkan u berada di landasan yang betul..Insyaallah apa yang u akan buat diberkati Allah SWT..:)
All the best for u..