Behind The Scene!

20070719

Berpeluh Dalam Hujan


PUNCAK ALAM (Shah Alam), July 18th 2007 (Wed) – Basah lokos[1] akibat peluh kerana menapak dari kaki bukit hingga ke puncak. Lima minit kemudian semua wartawan yang berada di puncak bukit itu lencun, kerana hujan lebat.

Fuh! Cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi.

Sebenarnya saya tidak sangka hari ini, Hakim, Datuk Mohamad Zaki Md. Yassin yang mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mahu melihat lokasi pembunuhan tersebut.
Saya bergegas terus ke lokasi yang dimaksukan. Ironinya, pada hari ini saya berpakaian lebih kemas dari biasa kerana saya ada mesyuarat dengan persatuan pada sebelah petang.
Sebaik tiba di kaki bukit tersebut, kereta comel saya yang sentiasa bersih itu sudah termasuk ke dalam selut, nasib baik ia mudah dikeluarkan meskipun banyak lumpur terpalit di badan kereta.
Kerana sayang dan kesiankan si comel itu, saya mengambil keputusan berjalan kaki sahaja ke puncak bukit, lokasi dimana Altantuya dikatakan diletupkan.

Bagaikan satu pesta di atas puncak bukit yang agak tersorok itu. Berpuluh-puluh wartawan, jurugambar dan jurukamera sudah bersedia sejak pukul 1 tengahari lagi untuk merakamkan peristiwa itu.

Belum pun sempat peluh kering, hujan turun mencurah-curah. Kelam-kabut kami mencari tempat berlindung. Celah belukar – bawah pokok jadi pilihan saya.

Menyedari itu bukan keputusan bijak, kami pakat-pakat berlari mendapatkan kenderaan masing-masing yang diletakan jauh di kaki bukit tersebut.

Habis, kasut dan seluar berselut.

Kerana tiada pilihan lain, saya kemudiannya paksa kereta saya yang comel itu mendaki puncak bukit.
Hakim, barisan Timbalan Pendakwa Raya, peguam bela, dan ketiga-tiga tertuduh yang didakwa, tiba pada pukul 3.10 petang.
Hujan yang mencurah-curah itu tidak menghalang kami dari menjalankan tugas.

p/s: habis assignment itu, saya rasa diri ini comot sangat, jadi jangan haraplah saya pergi mesyuarat persatuan.

[1] Lokos – basah kuyup, dripping wet

16 comments:

Remy I. said...

lokos - that's a new word for me. thanks for expanding my vocabulary. so tak pegi meeting? isyk..isyk..siyk...

Kifli Bujang said...

Orang Johor je kot guna perkataan LOKOS tu hehe!

Anonymous said...

:)

basah lokos....hehehhe
i pun selalu guna perkataan tu..walaupun i org utara..

Kazardijam said...

Lokos tu juga digunakan oleh orang Melaka. Bila guna perkataan basah, mesti ada perkataan lokos.Baru nampak dram sket. baru kena ujan sekali, dah complain. Ada org kerja,hari2 kena ujan tau.

Kifli Bujang said...

Itu bomoh hujan namanya! I ikan duyung versi jantan, kalau kena air nanti tumbuh sisik.

Anonymous said...

I pity ur comel!!! Just look at the mud stuck to it. I reckon u've got to really scrub ur car after that rite...hee...

Anonymous said...

basah lokos...yes i pun selalu jugak guna vocal tu..! bahasa johor tu kan international jugak kan ( betul kan keff )!!!
anyway, kan keff if dah memang hansome n maccho..if dah basah lokos luncun pun no hal la maintain..
bila nak gie dating ni???

shamaz

Anonymous said...

a tu bro ...kerja dlm hujan....

lain kali jgn lari ...mandi hujan tu, sambil lari, guling-guling macam masa kecik-kecik dulu.

dulu sure kena cubit dgn mak ....bila dah besor ni sapa nak marah ..habis kuat depa kata kita gila...lantak leer,janji kita puas.

Anonymous said...

alaa kesian! basah luar dalam.

Lokos tu pronounciation dia macam Low-cost ke law-cost?

Kifli Bujang said...

To Shamaz: Bahasa Johor WORLD! InsyaAllah dalam entry akan datang saya akan memperkenalkan lebih banyak bahasa Johor yang orang luat tidak tahu heheh! Over kenegerian hehe!

Kifli Bujang said...

To Dona: Sebutannya ikut selera masing-masing heheh, kalau hari ini rasa mcm nak guna low key so gunalah low-coast (bukan cost) tapi kalau nak dikenakan tindakan undang-undang so gunakan lah law-coast heheh! boleeeey gitu? Kim salam dengan Kazardijam yang over itu!

Kifli Bujang said...

Bob, kalau I main hujang and main guling-guling sure, tak ada news dah lagi nanti heheh! Kirim salam dengan kengkawan di ETV

Anonymous said...

entah apa lagi yang basah tu...

Anonymous said...

entah apa lagi yang basah tu...

blurlife said...
This comment has been removed by the author.
Fizz Zaquan said...

ermm~! mencabar laa beb~!