Behind The Scene!

20070724

Kopi Kluang dan Kantin Stesyen


KLUANG, July 21st 2007 (Sat) Pernah beberapa tahun lalu ada yang bertanya mengenai hebatnya kedai kopi di dalam Stesyen Keretapi Kluang kepada saya, namun tidak banyak yang boleh saya perkatakan, kerana memang saya tidak tahu apa-apa berhubung kedai kopi yang kami panggil Kantin Stesyen itu.

Seingat saya, sejak kecil adalah beberapa kali saya ke sana, sama ada minum kopi dengan telur rebus separuh masak atau nasi lemak. Itupun sewaktu umur saya masih budak, antara 4 hingga 7 tahun.


Saya masih ingat, kalau ke sana dengan arwah Abah, dia tentu pesan telur rebus separuh masak letak madu sikit. Saya pula akan minum kopi susu yang dibancuh dalam tin susu pekat dan dihidang dengan tin-tinnya sekali.

Tapi bila zaman kami naik keretapi sudah berlalu, saya sudah tidak dengar apa-apa lagi mengenai Kantin Stesyen itu.

Hinggalah beberapa tahun kebelakangan ini, trend minum kopi di bistro/café ini menjadi-jadi di kota-kota besar dan saya diberitahu Kluang Station antara yang dikomersialkan, barulah saya teringat semula pada kantin yang pernah kami datang dulu.

Hari ini, saya kembali ke Kantin Stesyen – the original Kluang Station, kelihatan amat tradisional dan tidak banyak berubah.

Barangkali yang berubah, tauke-nya, pelanggan yang semakin ramai dan cawan yang digunakan tidak lagi menggunakan cawan batu.

Lebih menarik lagi, apabila saya melangkah masuk pagi ini, di corong pembesar suara sedang mengumumkan ketibaan keretapi dari Gemas ke Singapura – sangat klasik dan mengimbau kenangan.



Saya meluru ke dalam stesyen dan melihat kesibukan penumpang keretapi, ada yang naik dan ada yang turun. Cepat-capat saya gapai kamera dalam beg dan rakam beberapa keping gambar.




Saya pesan kopi ‘o’ dan roti kaya kukus.

Sayangnya saya tidak boleh berlama di situ, ada mesyuarat di Johor Bahru. Sebelum beredar, saya beli sebungkus kopi yang dipek sendiri pekerja mereka.

p/s: Maaf Kak Mas, lupa nak beli kopi Cap Televisyen. Railcoffe untuk Kak Mas.

34 comments:

Remy I. said...

interesting article. terbayang-bayang pulak how the place is like, rasa mcm nak pegi je hahahah....mahal tak kopinya?

Anonymous said...

Kopi Kluang mmg sedap!( proud be a Johorian). Semua orang tau.Even dah dikomersialkan,(outlet di Tesco )tapi taste and environment tak sama. Kantin Stesyen in memory..
Minum lak kopi Kluang masa ujan lebat, duduk lak kat tepi tangga, cicah biskut!! best wooooo......Coffee Bean & Starbuck pun tak leh lawan....

Kifli Bujang said...

Kopi tu murah je, RM1 secawan, roti bakar/stim pun RM1 juga. Tapi bila dah sampai kat Tesco Lembah Klang, tripple-lah harganya.

Untuk BOB jika membaca blog ini: Nanti Che belikan hang Kopi Cap Televisyen nah! Awat yang tak habaq awai-awai hang suka minum kopi tu?

Anonymous said...

KOPI, SINGGIT SECAWAN? I nak order 4 cawan. Baru 4 henget! break even ke tokey kopi tuh? hehhehe

Kifli Bujang said...

Alah kopi kisar sendiri kat belakang rumah, apa ada hal? lagi pun dia kira volume!

Xis said...

Kifli
thanks for dropping by at my blog. Anyway... the first and last time I was at this kopi kluang was in 2004. Stopped at that railway station to take a bus to Mersing before heading to Tioman. So.. you're the newscaster.. Cool!! Take care..

Anonymous said...

salam.

blog hopping ;)

sy tak pernah try kopi kluang but kat tesco ampang ada kopitiam used 'kopi kluang' as the trademark. not sure samada taste dia sama dgn original kopi kluang.

blurlife said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hmm..
byk gak sy dgr psl kantin ni.. rancangan 'Jln2 Cari Mkn' pn ada gsk psl ni.. tringin gak nk p, kbtln adik ipar pn org johor, mungkin dpt kot? hehehe...

Fizz Zaquan said...

kiff...ada segment in Kluang ke? and i tak pernah sampai kat sana lagi..insyallah datang nanti..nak laa pi Kluang tu nak rasa Kopi Kluang tu....ermmm

Kifli Bujang said...

Jemputlah datang, apa salahnya, silakan minum kopi tu, jamahlah kuihnya sekali jangan malu-malu.

Cik Puan Sri Quzz said...

dear kifli,
is that the original kluang station yang sangat overrated tu (overrated ke..i dont know)..a fren told me once, zaman dulu2 nak tapau air, they all letak dalam tin susu tu, is it true?
but i selalu lepak kat kluang station OU, roti bakar dia marvellous...

nice blog u have ...

Anonymous said...

nice place...mesti perasaannya sama macam makan nasi lemak di pagi2 hari di stesen keretapi Arau..and..menikmati matahari naik.. dan duduk menikmati suasana indah kat stesen keratapi Taiping...nyamannya....Amgoth.:-)

Anonymous said...

hay! bring me there of these days lehz... Dulu ada chance pegi Kluang, tapi tak pegi tempat2 macam ni.. :)

xoxo
Nanazari

Anonymous said...

bro... aku akan selalu baca blog ni bila ada di pejabat...tapi musim ni aku kerap keluar..tinggal razi & the gang jer kat ofis.

sejak 2 thn kebelakangan ni aku kerap ke kluang ikut boss balik ke sembrong.

tido di prime city....breakfast kat stesen tiap tiap hari. Malam makan mee goreng kat prime city ..bole tahan juga.

abang zi said...

musimujan ni sedap gak minum kopi lanjan...asli lagi.Jom...

Anonymous said...

bro, kopi cap 434 ke best or kopi cap telibisen best?

Anonymous said...

bro kef!!! thks so much ye...sudah tergian la...lain benor rase dgn kopi kat sini x kat supermart tade jual lansung if not tak mau jugak kacau2 u BUT if Kak Mas tak susah kan kef siape lagi ek kan!!!

Anyway, guys memang lain bebebor rase nye...

And Dona, yezzz rase 434..memang berbeza compare yg Kluang nye...
tak caye tanye bro ajak ( kopi bodoh ) BUT Johore punye kopi memang BESTTTT...

Shamaz..:)

Anonymous said...

kluang station yg asli best dgn kopi, tapi kluang station kat 1U best dgn Cham. so, benarkah kedua2nya sama boss?

Anonymous said...

hurmm..
lepas ni kita minum kopi 'hai peng' plak kat kemaman ek...besh!

fasihah yusof

Kifli Bujang said...

Setakat ini yang saya boleh pastikan, taukeh di Kantin Stesyen, Kota Raya (JB) dan Kluang town adalah taukeh yang sama, tapi kalau yang di Tesco, OU atau tempat lain saya kurang pasti, mungkin sedara mara dia kot!

Iha:
Kopi di Kemamang (Kemaman) pun dengar mcm best je.

Kifli Bujang said...

Dona:
Nanti I belikan you kopi cap televisyen tu ya, rasa dulu.

Anonymous said...

belikan sy kopi cap televisyen sebungkus, bole?

Anonymous said...

kopi kluang tu memang sedap tp kalau ada angin2 kena kencing manis, harap jaukna dari meminumnya. TERSAAAANGAAAT MAANIIISS....
Dona : U are lucky to have Kiff to buy you the kopi cap talibesen tu. I tau u tinggal kat mana. Nanti bila Kiff bg kat I, antar ke rumah u. umah u baru cat kan? U pepagi gi keja nail lrt kan? Skg you bwk beg tangan warna puteh kan? U see, I am your secret admirer!

Kazardijam said...

Kiff - You make sure you buy me also!!!!
Dona : I wonder who is your secret admirer? Rabun Ayam, Pekak Badak atau Mata Kotak?

Anonymous said...

bestnye ada secret admirer.

-dona

Anonymous said...

such a bad admirer. Suka guna ejaan2 style lama pulak tu (leh keje CSI aku ni). Sampai hati dia tak mention beg kesayangan aku Nine West kaler beige tu

-dona lagi

Anonymous said...

yap, kopi kat kemamang memang besh..
nanti kalo datang kemaman, iha bleh tolong blanja kan! :)

Fasihah Yusof
MIIM Student

Kifli Bujang said...

To Anonymous (Secret Admirer konon):
Cis, penat aku tulis blog, DONA yang menjadi perhatian.

To Dona:
I bought you some kopi cap TV, yang dah siap jampi sekali-apek tu cakap package. Secret admirer you lahir zaman jepun kot sbb tu guna ejaan lama.

To Anne:
Time you balik kg. u beli sendiri kopi cap tv tu, jangan nak menyusahkan I, kedai runcit kat Kg. Tengah tu ada jual.

To Kazardijam and Kak Maz:
Kopi dah sampai, maklumlah baru balik dari Kluang.

Anonymous said...

Whatever it is the old taste is still the best. Yang di improvise, utk mengikut citarasa zaman sekarang ie the cafe bistro concept... mahal dan tak best sangat..heheeh...
Kif, tentang blog tu biasalah.. kadang2 penat carik bahan, menda lain yang jadi tarikan hurhurhur...

Nana

Anonymous said...

i have this feeling dona is fun to be with!

Anonymous said...

Dona, nampaknya ur secret admirer you ni dah lebih, fun lah konon. Nak i report kat Datuk Nooryah Anvar tak? ahaks...opsy!

Anonymous said...

should i be scared or flattered or shd i just mess the table of my secret admirer when I go to office tomorrow? Kiff, with my secret admirer around kan, your blog nanti jadi one of those blogs where people read the comment section more than the blog itself la dude! hoh hoh..

Anonymous said...

Ha'ah...stok kopi yg dimaksudkan kat umah tu pun x luak2 BK.