KUALA LUMPUR, December 31th, 2007 (Mon) -- Hari terakhir dalam kalender 2007, melengkapkan 365 hari yang sudah dilalui.
Sesungguhnya 2007 yang berlalu ini meninggalkan terlalu banyak kisah suka dan duka bagi diri setiap manusia. Ada yang bertukar kerja, dinaikkan pangkat, berjaya memiliki rumah sendiri, memiliki kereta baru, menamatkan zaman bujang dan sebagainya.
Tidak kurang juga ada kisah-kisah duka yang tersirat seperti, putus cinta, perpisahan, kehilangan dan kesedihan, namun itu semua rencah dalam kehidupan kita.
Bagi diri saya sendiri, 2007 adalah tahun mencapai tahap keselesaan dalam kerjaya.
Malah, itu yang selalu diharapkan, namun itu juga yang ditakutkan, kerana keselesaan hanya membuat kita jumud -- tidak berkembang dan tiada lagi kemajuan.
Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, saya sering saja ambil cuti apabila menjelangnya malam tahun baru -- banyak alasannya, tidak mahu bersesak-sesak dijalanan, tidak mahu terjebak dalam sebarang acara keraian dan yang lebih penting tidak mahu ditugaskan ke lokasi-lokasi sambutan seperti di Dataran Merdeka atau KLCC.
Bagaimanapun, tahun ini saya tidak sempat ambil cuti, maka kenalah bekerja. Namun begitu saya tidaklah ditugaskan membuat liputan acara-acara sambutan (ramai wartawan-wartawan baru yang boleh dipecacaikan haha!).
Justeru apabila seorang teman dari Menara Kuala Lumpur (MKL) mengundang saya ke menara telekomunikasi itu saya terus setuju, sekurang-kurangnya dapat melihat suasana sambutan di sekitar KL dari tempat tinggi.
Tapi, malangnya saya terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sekitar KL.
Tiba di MKL sudah hampir 12.20 tengah malam. Nampaknya melepas nak tengok suasana sambutan dan persembahan bunga api dari atas.
Alang-alang sudah sampai di MKL, saya tetap naik ke atas dan lihat-lihat.
Hebat juga sambutan di MKL ini -- berparti 'di udara'.
13 comments:
happy new year bro!!
all the best in 2008...=)
wah...berparti di udara..best nyer!
To Bro Syaf:
Happy New Year to you too bro!
To Azz:
Orang tua mcm I mana boleh parti.
selamat tahun baru en kiff..
semoga tahun ini memberikan kebahagian dalam hidup setiap individu.. insyallah!
Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Ya Allah, Ya Rabbi,
Perkayakanlah Zulkifli bin Bujang & setiap pembaca baik blognya ini dengan keimanan & keilmuan, hiasilah hati kami dgn kesabaran, muliakanlah wajah kami dgn ketaqwaan & perindahkanlah fizikal kami dgn kesihatan, serta terimalah amal ibadah kami kerana hanya Engkau Zat Penguasa. Moga setiap yg dihajati semua, segala azam buat Tahun Baru akan dimakbulkan olehNya. Happy New Yr 2008 guys! May u & family start afresh with bountiful wealth, health, success, fortune, blessings, prosperity, joy, happiness & d best of luck in all that we do! Ameen, ameen, Ya Rabbil Aalamin
P/S - Guys, since it is my 1st post to this blog, bear with the lengthy wish aight, Cheers! :D
To Iha and Iman:
Ameen!
MKL meriah.. memang meriah. Best jer tgk.
Happy New Year 2008 Kifli, May u it brings u joy and hapiness through out the year ahead..
I always avoid tempat crowded mcm tu.. Takut! LOL... I prefer duduk rumah and tgk dari TV or else duduk di hotel/building where I can see the fireworks clearly..
Salam.
Tak terlambat mengucapkan tahun baru.Terima kasih juga sama-sama meriahkan walimatu urus anak abang.
Cuma yg x sempat sesi merenjis.Agaknya takut berjangkit.tk..tk
Salam All,
To MNR:
Meriah kat KL manakan sama dengan meriahnya di Kota London.
To Irwan:
Yah same to you...moga sentiasa diberkati dan lebih cemerlang dalam 2008 ini. Sama-sama doa ok.
To Abang Aji:
Wah sejak bila ada blog ni? anyway its a pleasure for me dapat datang majlis kenduri tempoh hari. I boleh renjis diri sendiri hehe!
Hi Kifli..
Wish you all the best for this year. Seronoknyer berparty di udara. Asyik berparty jer, bila nak kawin pulak ni? Siapa kata dah kawin tak boleh popular lagi
Hahahah To Aidid:
Ayat tak ingat!..I ni party tupperware je lah haha.
Carikan satu awek Dubai, please!
Kifli boleh Arnie copy gambar yang dipaparkan dalam blog nieee.
Post a Comment