Behind The Scene!

20071214

Macam-macam Hal

PETALING JAYA, December 13th, 2007 (Thu) -- Tengah hari, sewaktu memandu ke pejabat, telefon-tangan saya berdering.


Belum sempat saya menyapa helo, si pemanggil terus bercakap tanya henti.


"You! I call you sebab I nak cakap, kalau you jumpa orang MTD, you tanya dia kenapa tak bagi tahu awal-awal highway ke Kuantan takboleh ikut? Ini menyusahkan orang, I ni dah separuh jalan dah, jam sepanjang-panjang jalan, dah berapa jam dah kami kat sini, at least bagitahulah awal-awal masa kita nak bayar tol kat Gombak tu, kita pun boleh fikir nak teruskan perjalanan ke tak, kalau dia bagi tahu siang-siang senang kita cari jalan alternative, kita ni ada banyak urusan, orang lain atas jalan ni semua ada urusan dia orang, mana boleh sesuka hati nak patah balik, sekarang ni bukan tahun 70-an, sekarang tahun 2007, ada walkie-talkie, ada handphone semua, macam tak tahu apa berlaku, jalan ditutup sebab banjir, bagitahulah kita masa nak masuk tol tadi."


"Kak, habis tu yang you call I ni kenapa?"


"You kan reporter, you tulislah orang MTD ni hidup macam zaman 70-an, kita ni dah 2007, kalau you jumpa pegawai MTD atau pengarah-pengarah dia you tanya dia orang kenapa? menyusahkan orang ramai macam ni, kat depan tu banjir kita tak boleh nak jalan, habis nak tunggu berapa jam lagi? nak patah balik pun susah, kalau bagitahu awal-awal masa kat tol Gombak kan senang, kalau malas nak bagitahu pakai mulut, edarkan kertas photostat pun tak apa," marah sangat nampaknya kakak ni.


"Tak apalah Kak, I tengoklah dulu apa yang I boleh buat." Itu saja yang mampu saya kata. Saya matikan panggilan, sambil memandu saya tersenyum!


Saya sendiri tidak tahu apa perasaan saya pada ketika itu selepas kena bebel tanya henti oleh pemanggil tersebut.


Saya tidak ada kena mengena dengan orang-orang MTD, malah arwah bapa saya pun tidak ada sebarang lot saham dalam MTD, seorang kakitangan MTD pun saya tidak kenal.


Hanya signifikannya saya wartawan, patutkah saya dibebel gara-gara dia tersekat dalam kesesakan itu? Adakah itu sebenarnya berita untuk saya laporkan hari ini?


Dalam hati saya kata kepada pemanggil itu...


"Kenapa tak dengar radio berita pertama Malaysia, Radio 24 di frekuansi 93.9fm di Lembah Klang, kerana saya sendiri dengar maklumat mengenai hal tersebut, yang mengatakan beberapa laluan di lebuhraya itu ditutup disebabkan banjir, itulah asyik sangat dengar hiburan di radio, hampir lupa peranan radio menyalurkan maklumat pantas dan semasa."


Itulah tugas sebagai wartawan, macam-macam hal!
Nota: MTD Capital Berhad ialah syarikat konsesi pengendali Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

19 comments:

Anonymous said...

disebabkan banjir..ku terpaksa menunda hari untuk balik ke kampung...

hurm..promote radio 24 nampak..hehe

Kifli Bujang said...

haha tak lama lagi mungkin I akan dipinjamkan ke sana heheh!

Anonymous said...

owh yer ke..patut lah promote radio 24..heheh

Anonymous said...

first thought: rupanya byk org mengharapkan bantuan dari wartawan utk represent diorang. Especially kalau wartawan tu is the same guy that reads the news. Well, pretty understandable i guess. Biasa la, bigger access to media kan.

Second thought:wartawan ni, tempat mengadu and tempat mendengar bebelan lah kot. Especially kalau wartawan tu ialah kawan,sedara-mara, or someone that they know.

Third thought:Walaupun sedang menulis blog,kerja mempromote radio bernama tetap dijalankan. Ni nk pindah bahagian promotion ke ni? :)

Brother Lans said...

Aslkum Kif,Bro Lans dari Putrajaya ni. Dah lama link to your blog but I have been a silent reader and had never left any message,though. Jarang dengar radio lah Bro except while driving...yeah, radios have too much entertainment nowadays :-P Kena 'berletiaq'? Nasib you sabar kalau tiba2 lepas tu dtg bad mood memandu pun sudah kacau:-)Wsalam

Kifli Bujang said...

To MNR:
Itulah I cakap, macam-macam hal jadi wartawan ni, jadi tempat mengadulah dan lepaskan perasaanlah, jadi telefonis juga kekadang tu, sbb ada je yang telefon nak no Dr Sheikhlah, nak no menteri lah! pening juga pakcik nak layan kerenah semua orang.

To Brother Lans:
Pertamanya nak ucapkan selamat datang ke Behind the Scene! walaupun bro mungkin dah lama kat sini heheh, maklumlah silent reader katakan. Blog ini dibina pun atas dorongan teman-teman, sbb ramai yang nak tahu mcm mana sebenarnya tugas wartawan ni, jadi serba sedikit diceritakanlah kat sini. Moga kita sama-sama dapat faedah darinya, cewah!

Avant said...

Iklan:

Dapatkan Produk Pelansingan Terbaru di Pasaran Sekarang! MAHU RAMPING DAN KELIHATAN BERGAYA? TANPA PIL ATAU MINUMAN DIET, TANPA KRIM MELEKIT. ALAMI RAWATAN MEWAH PADA HARGA MURAH. Klik Blog A.vant untuk mengetahui senarai pengedar.

Anonymous said...

wah ada iklan! kelas... hahaha...Hachiuuu...terbersen

Anonymous said...

When can we hear that soothing voice of yours on air :D

Kifli Bujang said...

Untuk makluman cik Anon(ymous), saya belum buat sebarang keputusan lagi, masih diperingkat perbincangan, sbb saya tak mahu ia mengganggu tugas saya yang sedia banyak ni.

Anonymous said...

isk..isk sabar le zul...kerja wartawan ni biasa ler kena bebel ...masalahnya sekarang ramai masyarakat kita tak tau macammana nak salurkan aduan mereka.
radio 24 ni memang amat berguna kerana laporan cuaca dan keadaan jalanraya dia uptodate. aku selalu dengar 2 radio utk tahu keadaan jalan di kl ni radio24 dan klfm.
- sayangnya radio 24 ni di lembah kelang jer ...harap rezeki bernama bertambah dan boleh siar ke seluruh negara.
-aku kat paris itu hari sepanjang masa dengar radio 24....
-apa pun selamat bercuti bagitau akak tu kena la selalu dengar radio dan baca paper utk tau keadaan banjir.itu yang dikatakan merancang sebelum memulakan perjalanan bukan main hentam bawa kereta jer..bila sangkut ....(sendri mau ingat ler)

-selamat tahun baru..balik kluang dak?
-kirim salam kat anak wak sahar di radio24

Kifli Bujang said...

To Bob:
Memang setuju sesangat ler. Nak habaq kat hang, Bernama nak running 24/7 start Feb ni. Kalau dia offer gaji lagi tinggi dari sekarang I stay kalau sama je, kawan cari kerja kat tempat hang lah.

Anonymous said...

ooo..macam tu sekali..kecoh kan akak tu..hehehehee

Anonymous said...

ok ler 24/7 ..kita lawan ANN. kalo nak kerja tempat aku bole...kami ni kan sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berminat asalkan ada kemahuan untuk bekerja..

Anonymous said...

u ni i tgk makin lama , makin cute la. Mengancam, geram tau! Tak nak berlakon ke?

Anonymous said...

Kelas!! ada org offer belakon lagi... sayang.. apa lagi..cuba lah berlakon... u ada talent tu... siler siler siler..an aries being an aries kan... always talented. STEADY!! kalao dah jadi pelakon, jgn lupa saya yer....
~nanazari~

Anonymous said...

Kelas!! ada org offer belakon lagi... sayang.. apa lagi..cuba lah berlakon... u ada talent tu... siler siler siler..an aries being an aries kan... always talented. STEADY!! kalao dah jadi pelakon, jgn lupa saya yer....
~nanazari~

Anonymous said...

ermm...maafkan saya kerana terlambat dan menumpang lalu ...

tapi...bercakap tanya henti ke..bercakap TANPA henti??

:) Liza BAck.

kuin said...

lor rancang lah pjalanan.. nak marah2 plakk.. nak salahkan orang plakk xsukeee