Behind The Scene!

20070829

SILAP! -- Jangan Biarkan Lebah Itu Sengat Kita

KUALA LUMPUR, August 29th, 2007 (Wed)Setiap manusia melakukan kesilapan, dan selagi kita bernama manusia, selagi itu kita akan tetap melakukan kesilapan.

Namun, jangan sampai kita melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali.
Kata orang, kita belajar dari setiap kesilapan yang kita lakukan.
Tapi bagaimana pula halnya dengan orang yang tidak pernah serik dengan kesilapan yang dilakukan?

Sepanjang bertugas sebagai wartawan, saya berjumpa dengan bermacam-macam jenis orang.

Ada berbagai-bagai jenis wajah mereka yang sering berurusan dengan pihak polis, mahkamah dan pihak berkuasa lain.

Kalau saya perhatikan di mahkamah, wajah-wajah Orang Kena Tuduh (OKT) -- ada yang tutup muka, ada yang senyum mengadap kamera, tidak kurang pula wajah tanpa perasaan.
Yang tutup muka barang kali malu atas perbuatan yang pernah mereka lakukan, meski hukuman belum dijatuhkan.

Yang tersenyum-senyum depan kamera pula barangkali nak cari publisiti murah, atau cara mereka menenangkan fikiran yang sedang berhadapan dengan pertuduhan.

Manakala, bagi OKT yang tiada ekspresi wajah pula, mungkin sedang berlagak biasa dan mengawal diri seperti tiada apa-apa berlaku.
Walauapapun reaksi wajah mereka, adakah secalit rasa penyesalan?
Kadang-kadang kesalahan itu dilakukan kerana terdesak, didesak atau juga itulah pertama kali dia mencuba-cuba melakukan perbuatan salah itu, tup-tup kena cekup.
Jadi, sebelum kita membuat sebarang keputusan fikirlah sedalam-dalamnya.
P/S: Teringat kata-kata Ustaz saya, jangan biarkan lebah yang sama menyengat kita di tempat yang sama untuk kali kedua.
Bersambung…

4 comments:

Anonymous said...

mcam mana pulak hal nya dengan orang kena tuduh (OTK) yang tak bersalah....mesti lain la riak muka dia..nak senyum tak kena, nk tgok kamera tk kena, nk tutup muka tk kena..so..mcm mana tu..ada tak sesapa penah terfikir mcm mana..
kiffli: sebenarnye...ape yg u nk cuba nyatakan di sini.mmmmm musykil.
Once bitten twice shy..

iha : thanks so so so much ya iha.nice meeting u walaupun sat je.

liza :)

Kifli Bujang said...

Kadang-kadang kita perlukan bahan bacaan yang sukar difahami dan mempunyai maksud tersirat yang lebih mendalam, barulah minda kita bergerak dan berfikiran lebih luas.

Anonymous said...

kiffli:
minda saya bergerak2 dari semalam.
dan semakin luas.bergerak2..lagi mikir..lg mcm2 timbul mm..ada jgk la yg difahami..dr maksud2 tersirat tu..tp dr sudut pandangan sendiri dan untuk diri sendiri la.. bagus jugak ek! once bitten twice shy..

liza :)

Anonymous said...

Kak Liza: No problem lah kak liza...maybe next time kita boleh lepak...Urwelkem... :)

Iha...