Behind The Scene!

20070824

Wartawan Jenayah di Majlis Pra-dengar Album

KUALA LUMPUR, August 23rd 2007, – Melaksanakan segala macam tugasan atau assignment merupakan satu kepuasan sebagai seorang yang bergelar wartawan. Dari perihal politik hingga masalah ekonomi negara, dari kejadian jenayah hingga dunia hiburan. Semuanya perlu dibuat liputan.

Saya masih ingat, sepanjang kerjaya saya sebagai wartawan saya hanya pernah ditempatkan dibeberapa meja sahaja secara tetap.

Semasa bertugas di TV kerajaan, saya mengetuai Meja Alam Sekitar dan Kerajaan Tempatan, sebelum itu saya pernah ditugaskan di Meja Khas bagi menghasilkan berbagai macam laporan khas dan analisis berita.

Ketika berkhidmat di stesyen radio swasta pertama negara – Best104 di Johor Bahru, saya ditugaskan di bahagian Berita Semasa.

Tugas sekarang di sebuah agensi berita ternama ialah mengetuai Meja Jenayah dan Keselamatan.

Bila difikir-fikirkan semula, sepanjang 11 tahun bertugas sebagai wartawan, saya belum pernah ditempatkan di Meja Hiburan atau Meja Sukan.

Waktu mula-mula bekerja dulu adalah sekali dua membuat liputan berita hiburan dan sukan, -- bukan tak pernah langsung, cuma tidak pernah ditempatkan secara tetap.

Lagipun, kalau diarah bertugas di kedua-dua meja itu, tentu sekali saya tolak (itu pun kalau boleh ditolak) kerana tidak minat. Tapi saya percaya pada diri dan bersikap lebih professional kalau sudah tugas, saya akan tetap laksanakan.

Memandangkan saya tidak pernah membuat liputan press conference (PC) atau sidang media artis dan pra-dengar albumnya, maka hari ini, saya buat keputusan untuk mengikut seorang wartawan hiburan di tempat saya bertugas dan bersama-sama ke majlis PC dan pra-dengar album Anuar Zain di ibu negara.

Ada juga beberapa teman wartawan dari organisasi lain yang terpinga-pinga bila melihat kelibat saya.

“Eh, ada isu jenayah ke kat sini?” kata Farihad dari Berita Harian.

“Kau kena tukar meja hiburan ke?” tanya Tengku Suzana pula dari Kosmo!.

Semua pertanyaan itu saya jawab secara berseloroh.

“Ya, aku ada soalan maut untuk Anuar Zain, haha.”

11 comments:

Anonymous said...

sekadar mendengar dan mencuba takde salahnye...

:> Liza

Anonymous said...

hmmm nampak2 leh duduk sama rata, sama meja dgn Nik kita...syabas anak johor tak gentar dek ujian dan cabaran...dan mengemukakan soalan maut! maut ya?

Anonymous said...

my advise is if you have a choice not to be involved in the world of hedonism, by all means, choose it. i know you well unless you have "change in taste" like one of my dear friend....don't listen to my keling kia sinapore cousin tu.

Anonymous said...

hurm, kan best kalo satu hari nanti gue dapat cover story pasal AZ...

>> apalah soalan maut yang hendak dikemukan tu ek??


Iha...

Anonymous said...

dok pikiaq ttg soalan maut nie.. reporter nie mcm malaikat mungkar nakir jugak heh!

siapa kata keling hah??? aku anak melayu tau! tak caya tanya kiff dia dah selak aku nyer tau!

Kifli Bujang said...

To P*** and Anonymous
Dah lah face to face nak gaduh je, kat myblog pun you all nak gaduh gak? pelik aku dengan sepasang cousin yang berlainan warganegara ni. Patutlah tak duduk satu negeri kalau tak mesti perang.

p/s bila masa pulak I selak you punya, bukan you kasi tgk ker (for 18SX reading material)

To Liza,
Yes kita cuba je apa yang boleh

To Iha,
Rugi you ikut I gi court, next time cari entertainment reporter, bukan crime/court reporter heheh.

Anonymous said...

Kifli : Lor, macam tak suka je kitaorang ikut u haritu.. :(
hurm, takda yang rugi nyer..sekurang-kurangnya iha dapat merasai masuk mahkamah selain mengutip pengalaman yang baru...hahah...iha punyer assignment tak boleh buat pasal hiburan..lecture hanya bg buat yang penting2 jer...


Iha...

Anonymous said...

tu pasal ada hikmahnya aku tak duduk senegeri dgn dia si keling luncai tu...

Syaf said...

hahahaha...nice story. When I did my internship with Xfresh, I went to an album launch as well. I wonder where the artist is now. Anyways, writers/reporters are always treated nicely by the PR peeps. Oh, I love the food. It was done at Planet Hollywood so the food was fabulous.......

Kifli Bujang said...

To Syaf,
Thanks for visiting my blog.
Yup, I love the food in Planet Hollywood too, yum yummy!
Well, PR has to do their work as well as the journalist.

Anonymous said...

awal yang baik