Behind The Scene!

20070929

"Nurin Buat Saya Tidur Tak Lena"

KUALA LUMPUR, September 29th, 2007 (Sat) -- Hampir seminggu tidur saya tidak berapa lena. Selagi suspek pembunuhan Nurin tidak ditahan selagi itulah sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Takut kena skop dengan media lain.

Gara-gara terlalu teruja untuk mendahului maklumat dari media lain, ada pihak yang sudah tersalah lapor hingga membangkitkan rasa marah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Macam itulah tugas, ada di kalangan wartawan yang terlalu taksub nak dapatkan bahan berita eksklusif atau dalam istilah media 'skop' hingga menyusahkan orang lain.

Sekarang ini tumpuan saya ialah kes pembunuhan Nurin. Kalau tengah malam semalam operasi polis memberkas 4 lelaki dan seorang wanita di Seksyen 7, Shah Alam yang dikaitkan dengan kes tersebut, pagi ini sekali lagi saya dikejutkan dengan maklumat satu lagi tangkapan -- seorang wanita di Nilai yang dipercayai bersubahat menyembunyikan kanak-kanak malang itu.

Bingkas saya bangun subuh-subuh ini untuk mengatur strategi liputan. Sesudah mengatur perancangan liputan dengan jurukamera, saya pun rebah semula di katil dan sambung tidur. Letih sangat -- macam saya kata tidurpun tak lena gara-gara Nurin.

Harap-harap jurukamera saya tidak kena skop dengan media lain.

9 comments:

Anonymous said...

hurm, nak dapatkan maklumat pon kena ada strategi ek?! Bagus gak ek kerja sebagai wartawan nie.... :)

Anonymous said...

nasib u baik lah, pasal i memang betol2 kenal you la kan, kan, kan....tak mcm pembaca dan pemuja you yang lain.....

kazardijam

Kifli Bujang said...

To Anonymous:
Semua kerja yang kita nak buat kena ada strategi. Infact kerja sebagai 'toll gate girl/boy' pun kena ada strategi hehe!

To Kazardijam:
Betul ke you kenal I? mcm tak caya je heheh!

Anonymous said...

now you make me confuse la. are you the one or it is someone else.......tata....

kazardijam

Anonymous said...

siapa yg tak kenal si kifli?? anak si jetu ...tu..tu

عيديد said...

Jurukamera you kena skoop takper jgn you kena cekop sudah.. hati2 tau

Anonymous said...

Slm,
haha,although it's overwhelmingly tiring, tapi as long as u enjoy what u're doing. It should be great la kan. Okay what,biar penat asalkan bekerja,dari relax tapi menganggur. Btw,why not u anggap your work as some sortta pertolongan yg dihulurkan utk arwah Nurin,yer la,bulan ramadhan kan...Kalau ikhlas,pahala berganda laa..wslm

Kifli Bujang said...

To PMM:
Aik you pun kenal i juga ker? wah rasa mcm fofular lah pulak. hehehe!

To Aidid:
Siapa berani cekup I?

To MNR:
Sorry dude for not be able to reply your messages, since banyak kerja nak tangkap penjenayah ni, I kan crime buster! hehe

Anonymous said...

Thanks for writing this.