Behind The Scene!

20070922

Sekitar Pengkebumian Nurin Jazlin Jazimin

Wangsa Maju, September 21st, 2007 (FRI) -- Selepas sebulan hilang, Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati. Dia korban penderaan seksual.

Sepanjang hari saya membuat liputan kes ini, melalui proses menuntut jenazah di HKL, membawanya ke Madrasah Assa'Adah, Seksyen Satu, dekat sini dan akhirnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, Kuala Lumpur.

Berikut, beberapa gambar yang dirakam sepanjang peristiwa sedih ini.
Jenazah Nurin Jazlin Jazimin di bawa ke Madrasah Assa'Adah Wangsa Maju, untuk disembahyangkan dan memberi peluang kepada orang ramai menziarah jenazah untuk kali terakhir.
SEDIH -- Hati ibu bapa mana yang tidak sedih melihat anak diperlukankan sebegitu.
RAMAI -- Orang ramai termasuk rakan-rakan sekolah Allahyarhamah memenuhi ruang madrasah untuk menziarah.
PILU -- Jazimin Abdul Jalil tidak dapat menahan sebak ketika melihat anaknya dibawa ke madrasah untuk disembahyangkan.
Jazimin sempat menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah, termasuk untuk Allahyarhamah Nurin
BERDUA -- Kakak dan adik kepada Allahyarhamah
Kubur tempat bersemadinya Allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin yang menjadi korban manusia berperangai binatang.
SAYU -- Kakak Sulong kepada Nurin yang lebih dikenali sebagai Kak Ngah, melihat kubur adiknya dari jauh.

6 comments:

Anonymous said...

inalillahi wa inna ilaihi rajiuun..Alfatehah..sungguh menghayatkan hati. Sorry, nie bukan buatan org yg berperangai macam binatang tetapi lebih hina lebih terkutuk lebih tercela lebih lebih celaka daripada binatang. Semoga si pelaku di laknati Allah hingga ke akhirat.

Anonymous said...

mari la kita semua menyedekahkan al-fatehah untuk allahyarhamah nurin. semuga allah mencucuri rahmat ke atas roh sikecil ini. tragik tetapi saya tidak mahu berkata panjang kita semua sudah tahu apa yang berlaku. cuma saya hairan di negara yang sudah merdeka 50 tahun ini, kita berjaya juga mempunyai "manusia" spt ini. saya tidak dapat bayangkan apa pula yang kita ada lagi 25 - 50 tahun lagi kemerdekaan.....

Anonymous said...

Sedih2, Ada rupanya serial killer yang tah hapa-hapa tah kat Malaysia ni. Hopefully parents will start paying close attention to their kids, especially supaya anak tak hilang and kes2 yang sama tak berulang.

Anonymous said...

peristiwa ini sungguh menyedihkan...ia tidak seharusnya terjadi kepada kanak2 yang tidak berdosa....

-iha..

Anonymous said...

Al-Fatehah...
Semoga yang berperangai mcam binatang jahanam menerima hukuman dunia akhirat...amin....

Liza:)

Xis said...

Kifli
I was in tear when I heard the news on tv saying that the girl was actually Nurin... Al-fatihah..