Behind The Scene!

20071202

Disember yang Berangin

Petaling Jaya, December 2nd, 2007 (SUN)-- Pejam-celik, pejam-celik kita susahpun masuk ke bulan terakhir dalam kalender masihi 2007.

Seperti tiap-tiap tahun sebelumnya, setiap kali Disember saya pasti sibuk dengan tugasan khas, mengumpul semua berita-berita jenayah yang berlaku sepanjang tahun untuk paparan dalam satu rancangan khas.
Antara berita yang bermain difikiran saya kini, tentunya kejadian menggemparkan negara yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak perempuan, sembilan tahun, Nurin Jazlin Jazimin -- dibunuh kejam dengan kesan penderaan seksual.

Nurin Jazlin Jazimin, 9 tahun



Selain itu, perhimpunan haram BERSIH yang dicetuskan sesetengah pihak di ibu negara dan diikuti satu lagi perhimpuan HINDRAF.

Tidak ketinggalan, kejadian kemalangan sebuah bas ekpsress dekat Bukit Gantang, Perak yang meragut nyawa paling ramai serta kejadian menyayat hati menimpa satu keluarga di Kluang, Johor apabila rumah mereka terbakar dan mengorbankan 5 sekeluarga.

Kemalangan bas terburuk mengorbankan 20 penumpang.

Keratan berita tragedi kebakaran yang mengorbankan 5 sekeluarga -- ibu, bapa dan tiga anak.

Semua ini, antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara kita sepanjang tahun 2007.

p/s: Gambar dalam artikel ini dimuat-turun dari internet.

10 comments:

Anonymous said...

A silent prayer I bid to those victims. Semoga apa yg terjadi kepada mereka,memberi hikmah kepada kita yg masih bernafas.

Anonymous said...

yeee...pejam celik dah pun hujung tahun...makin tua aku setahun lagi. kami pon tgh sibuk kumpul bahan setahun dan perancangan thn depan. hang tu bila niee aku nak rasa nasi minyak kluang....asyik kedarah kopi kat stesen jeee hitam kulit aku nie

Anonymous said...

Hi Kifli Bujang. Al Fatihah kepada mereka yang telah pulang ke Rahmatullah.

I stumbled upon your blog while surfing and noted your post on Nurin. Did you know a group of bloggers have got together to form the Citizens for Nurin Alert? We are calling for the setting up of NURIN Alert, a fast system to search for missing children that involves better coordination of police, media and the community. Read about NURIN Alert in the latest issue of TELL magazine.

When we reflect the past year, we must try to makes some sense out of the tragedies. We should alos try our best to learn the lessons from them. From Nurin we learnt that we need to help families whose children are abducted. We must not let Nurin die in vain.

Salams.

Xis said...

Kifli
Jazlin's case is one of the most tragic incidents happened here in Malaysia.. I can never forget that.. alfatihah to her...

Kifli Bujang said...

To MNR:
Itulah gunanya sorotan, untuk kita mengingat kembali apa yang berlaku sepanjang tahun, setidak-tidaknya memberi ingatan kepada kita dan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.

To Bob:
Aik TV hang pun ada gak sorotan ke? hehe
O nak nasi minyak Kluang ek? nantilah aku cari resepinya heheh!

To Tembam:
First of all, welcome to Behind the Scene!

As the year comes to an end, and that's what we always do, muhasabah diri everything that we have been through and try our best to become a better person every year.

To Xis:
I have seen things I never thought to see in this life, and I wish as ever to share them with everyone, though I afraid the stories are likely to give neither of us much pleasure.

Azz Azfar said...

herm..yeah....semoga berjaya menyiapkan segala perancangan yang telah disusun rapi...

عيديد said...

Mmg banyak peristiwa yg berlaku ditanah air kita. Entah tahun depan siapa tahu mungkin nasib kita. June lepas teringan peristiwa sepupu saya yg maut dlm kemalangan di genting.

Kifli Bujang said...

To Azz Azfar:
Thanks, moga di pihak anda semua berjalan lancar juga!

To Aidid:
Oh Innallillah...kita doakan yang terbaik untuk semua ok!

Anonymous said...

Al-fatihah pada mangsa pembunuhan dan mangsa kemalangan.......

Muhafis said...

sgt sedih.. sbb abg kepada adik2 mangsa kebakaran adalah kwn saya semasa di mrsm pontian.. seorang yg x pernah menceritakan segala masalahnye..