Behind The Scene!

20071205

Eksklusif Dari Kandang Tertuduh



SHAH ALAM, December 4th, 2007 (Tue) -- Bangun tidur seperti biasa. Rutin sebaik bangun tidur -- buka komputer riba dan 'online'.

Sindrom malas pergi kerja sering saja dirasai sejak kebelakangan ini. Tapi memandangkan hari ini perbicaraan kes bunuh Altantuya di Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan Pakar Forensik Ballistik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) timbul pula minat untuk mengikutinya.

Atas: Altantuya Shaariibuu Bawah: Lokasi dikatakan tempat mangsa diletupkan di satu kawasan bukit di Puncak Alam, Shah Alam.


Bukan kerana terpaksa atas urusan tugas tetapi rasa ingin tahu menggagahkan saya ke Shah Alam.
Memberi keterangan ialah, bekas Ketua Seksyen Penyiasatan Bom dan Letupan, Makmal Forensik Polis Kuala Lumpur, DSP Mohammad Koey Abdullah.


Beliau merupakan pasukan forensik yang mula-mula tiba di tempat kejadian letupan di Puncak Alam, 6 November 2006.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Noorin Badaruddin di mana agak-agaknya bom ditempatkan pada medium (mangsa/Altantuya) semasa ia meletus? -- soalan yang amat saya nanti-nantikan.

Ketika DSP Mohammad Koey menjawab soalan itu, saya tidak pandang ke arah beliau, tapi perhatian saya memfokus kepada tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri yang duduk diam di kandang tertuduh.
Saya mahu lihat reaksi dia ketika saksi itu menjawab soalan DPP.

Saat DSP Mohammad Koey memberitahu yang bom itu mungkin diletakkan di muka, badan dan kaki mangsa, Azilah terus berpaling ke arah saya dan tersenyum.
Saya yang duduk di galeri awam sedikit tersentak, membalas senyumannya dan terus berpura-pura menulis.
"Kenapa mamat ni senyum kat aku pula," rungut saya pada rakan wartawan di sebelah.

Dipercayai tulang belakang mangsa yang ditemui di tempat pengemboman.


Sewaktu mahkamah 'stand down' (berhenti rehat) saya menghampiri Azilah. Itulah kali pertama saya mendekatinya dan mula berbual.

Agak panjang perbualan kami.

Dia bercerita tentang perkembangan ekonomi. Ya saya ulangi perkembangan ekonomi negara. Katanya, zaman pemerintahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi barang semua naik harga ini disebabkan gaji kakitangan kerajaan naik, tapi tambahnya, zaman Tun Dr. Mahathir pentadbirannya lebih bagus, berikutan gaji kakitangan awam tidak naik, maka harga barangan di pasaran boleh dikawal.

Itu pendapat yang dilontarkan seorang bernama Azilah yang sedang menghadapi tuduhan membunuh.

Perbualan kami meleret hingga ke perihal harga rokok. Katanya dia berjaya berhenti merokok sejak 2002 kerana harga rokok makin meningkat. Klimiks kepada tabiat merokoknya ialah ketika menjadi Pegawai Penyiasat (IO) dulu.

Dia juga tanpa segan berkongsi cerita tentang tabiat minumnya, menurutnya sebelum kena tangkap tahun lalu, dia masih mempunyai beberapa kad ahli istimewa bagi beberapa kelab terkemuka di sekitar Kuala Lumpur.

Saya sendiri kurang pasti kenapa perlu dia bercerita tentang hal itu kepada saya.

Dia juga berkata kepada saya, kalau dia keluar tentu orang semua takut dengannya.

Dengan nada bergurau saya kata kepadanya, kalau asyik tutup muka, macam mana orang nak kenal, orang pun tidak tahu yang mana satu Azilah.


Cif Inspektor Azilah Hadri yang sentiasa menutup keseluruhan mukanya ketika dibawa ke mahakamah.

Dia senyum.

"Sebenarnya kami ada gambar you, apa kata kalau kami siarkan gambar waktu you tengah kerja dulu," saya cuba menyakatnya.

"Tolonglah, jangan buat macam tu!" dia merayu pada saya. Katanya semua gambar peribadinya di Friendster juga sudah dihapuskan.

Perbualan kami tergantung di situ, loceng dibunyikan, hakim masuk untuk meneruskan prosiding.

7 comments:

Anonymous said...

Menarik... He seems calm. But is it ethical to share that on ur blog? Mungkin ya, sebab he should have known that he was talking to a reporter, and mungkin tidak, sebab membuka aib.Especially pasal tabiat 'minum' nya. No comment. :)

Anonymous said...

Sindrom malas pergi kerja sering saja dirasai sejak kebelakangan ini. <<< aikk, tiru statement makcik ke? sib baik u lahir thn gajah, bukan tahun ular! kalu tak harus mengular jek ini katanya

Anonymous said...

SALAM...
ABG KIFF..
IHA TERTARIKLAH DENGAN NEW POST U!....

HURM...MALAS NAK G KERJA? HUHU, SEKURANG2NYA U ADE GAK KERJA YANG NAK DIBUAT...HUHU..YANG IHA NI CUTI SAMPAI KE BULAN DUA HAH..DAH TAK TAHU NAK BUAT APER!

Anonymous said...

Interesting post. Interesting shots. Frankly speaking, tak pernah nampak gambar tulang belakang tu di publish dalam paper. Or could it be that i'm simply the ignorant one? he he.

Kifli Bujang said...

To Cik Anonymous:
I agree with you, he's supposed to know that he was talkin to a reporter, unless he told me earlier whatever said was off- record. Btw as a reporter sometimes we face conflicts, between what people would want to read and what people should know which sometimes 'mengaibkan' as what u mentioned.

To Makcik Glam dari Kg Tengah:
Ular ke Gajah ke, yang penting kerja siap makcik.

(Tak banjir ke kg. you):

To Iha:
Cuti jangan sampai otak pun beku ok.

To MNR:
Itu gambar yang released dalam mahkamah recently.

Anonymous said...

sindrom malas nak pegi kerja ke abg kifli..tapi tak pe kerja abang kifli best sikit..tapi nak tanye kenapa lama kes altantuya nie...memang besar kes ni..macam kes mona fendi yg dulu je...

Anonymous said...

aku tak sabar nk tau perkembangan kes adun tenggaroh -su-