Behind The Scene!

20090116

Feature: Hanoi City within the River


Hanoi (Vietnam), January 8th, 2009 -- "Jangan bandingkan Kuala Lumpur dengan Hanoi, dan bandaraya ini sebenarnya ketinggalan 30 tahun di belakang Kuala Lumpur," ingatan Jason kepada kami sebaik kami duduk dalam bas pelancong itu.

Jason -- seorang pemandu pelancong berbangsa Cina dari Malaysia.

Dia agak banyak cakap, bercerita tentang sejarah Vietnam, bagaimana Hanoi mendapat namanya, tentang cerita dongeng dan sebagainya -- ( dah memang tugas dia kan...) sedangkan tumpuan kami lebih untuk melihat persekitaran sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel itu.

Kebanyakkan daripada kami baru pertama kali menjejakkan kaki di bekas negara komunis itu, justeru kami agak teruja untuk melihat lebih dekat kehidupan mereka di sini.

Beberapa meter keluar dari lapangan terbang, rasa bangga menyelinap dalam diri kerana terpandangkan stesyen Petronas, meski tiada sebarang hubungan antara saya dengan Petronas, namun setidak-tidaknya aura patriotisme itu masih ada dalam diri.

Kata Jason, Hanoi bandar selamat, tidak ada pencopet atau peragut, kita boleh bersiar-siar di bandarnya hingga tengah malam, tiada siapa yang akan peduli.

Dalam keadaan cuaca yang sejuk sekitar 10 darjah selsius, tentu sekali saya cukup selesa untuk bersiar-siar di kota ini, tapi sayang sekali habuknya menafikan niat itu.

Hanoi, bukan seperti Ho Chi Minh -- Hanoi ada empat musim, malah di sebuah bandar di utara Hanoi bersempadan dengan China ada salji yang turun.

Dari Hanoi ke bandaraya Ho Chi Minh, mengambil masa 2 jam penerbangan, dan 10 jam dengan keretapi untuk ke bandar sempadan dengan wilayah Funan dan Kunming di China.

Terlintas di fikiran saya, tentu sekali saya mahu terus saja ke China dengan keretapi malam yang dimaksudkan tapi bukan dalam trip kali ini. Ia harus dirancang rapi untuk pengembaraan saya pada masa akan datang.

Hanoi mendapat jolokan City within The River -- dan Sungai Merah merentasi sepanjang tanah delta itu dengan membawa banyak kisah dan sejarah tempatannya.

Sungai Merah menjadi nadi utama di Vietnam Utara


Seperti masyakarat Budha lain, warga Vietnam yang mempunyai 54 kumpulan etnik turut sibuk membuat persiapan untuk merayakan tahun barunya tidak lama lagi -- yang dipanggil 'Tet'.

Hanoi, memang terkenal untuk destinasi membeli-belah bagi barangan dan jenama tertentu yang dijual murah di sini, seperti sutera Vietnam, beg galas jenama Deuter (under licensed) dan barangan krafnya. Destinasi membeli-belah utama di Old Quater.


Di Hanoi sahaja terdapat 5 juta penduduknya dan itu menurut sumber hanya jumlah rasmi yang didaftarkan oleh pihak kerajaan, ini kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri Nguyen Tan Dung menghadkan rakyatnya hanya mempunyai seorang anak sahaja.

Dipercayai ramai daripada rakyat Vietnam merahsiakan jumlah anak meraka semata-mata mengelak dari diambil tindakan kerana melanggar peraturan itu.

Daripada 5 juta rakyat Vietnam di Hanoi yang mempunyai populasi keseluruhannya 86 juta orang, 3 juta motosikal di daftarkan di bandaraya itu.

3 juta motosikal memenuhi bandaraya Hanoi
Justeru, tidak hairan hanya deruman enjin motosikal akan anda dengar sepanjang berada di Vietnam dan simpang-siurnya motosikal itu ke destinasi masing-masing pastikan terbawa-bawa dalam tidur.

Tip dari Jason, kalau mahu melintas jalan di Hanoi, jangan teragak-agak, melangkah dengan perlahan, kerana penunggang motosikal di sini akan mengelak anda dan mereka akan panik jika anda berlari atau teragak-agak melintas.

18 comments:

NuRuLeRnAdEwI said...

Tunjuk ler sutera vietnam yg u beli tu... kata ada psg agent...

Anonymous said...

patriotisme bukan petrotisme. sila selak oooppss semak ejaan....
---siapa heh??---

Kifli Bujang said...

To Nurul,
Ha'ah lupa pulak nak masukkan gambar sutera tu...on nanti kalau ada masa i updatelah ek...

To Che Anon (cuba teka siapa dia?),
I memang suka dengan you, prihatin. Reader yang mcm ini yang kita cari...mata sgt sharp (bukan Toshiba ok).

Anonymous said...

good...byk info...ada point for assgmnet i nih..thanks...
maknanya...klu dah rahsiakan jumlah anak, ramailah penduduk vietnam jd org asing di bumi sendiri kan...? apa tindakan yg diambil oleh pihak pemerintah jika larangan mempunyai lebih dari sorang anak di ingkari...?


-shida-

Kifli Bujang said...

To Helmi,
Ini jelah peluang untuk berjalan, kalau nak suruh datang sendiri mungkin tak sampai lagi kot, nasib baiklah ada assignment ke sana.

To Shida,
Jika mereka yang didapati mempunyai lebih anak itu bekerja dengan kerajaan, tindakkan dipecat dari tugas akan dilakukan, kalau yang kena kerajaan mungkin kena bayar extra kot.
Yang kat negara kita pulak nak suruh beranak ramai.

Anonymous said...

Kif;
Sangat berinformasi lah u punya rencana ni..sedap jer baca.. at least saya tahu keadaan kat hanoi, vietnam tu melalui pengalaman u sendiri..good job kif!

Anonymous said...

patut lama makcik tak nampak kat kl nih, ke Hanoi rupa2nya...lepas ni ke mana pula? KLuang?

NuRuLeRnAdEwI said...

Kiff,
I nak assign U as my ID.. bole ker? nnt I msg u kat YM erk..

Kifli Bujang said...

To Matt,
Actually banyak lagi info i nak share tapi malas lah nak type panjang2 heheh (takdapat bayaran heheh matilah aku mata duitan)

To Makcik,
Kluang? apa tu? kat mana tuh tempat yang nama Kluang tu? sorry tak familiar lah hahah! (matilah orang Kluang bunuh aku...tak ingat kg.halaman)

To Nurul,
Boleh je...khidmat nasihat free...just YM.

Brother Lans said...

Kif aslkum.Nice catatan perjalanan you.Brother Lans pun sekarang di Bremen Germany buat attachment PhD.Sini sejuk tapi takpe it's something different.Tak boleh complaint lebih2 weather ke ape ke bcos they're all Allah creations,if not for us for the benefit of others. Enjoy & Take Care Bro.Wassalam

NuRuLeRnAdEwI said...

Iskk..Mana ler kain sutera yg I tunggu2 tu... Kiff, bila nak tunjuk??

JHaZ KiTaRo said...

entri yg menarik!! anyway, salam ziarah dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog.. :)

Kifli Bujang said...

Salam,
To Bro Lan,
Wah sekarang ni kat Bremen..bestnya...berapa tahun kat sana?sampai habis PhD. ke? Selamat maju jaya di sana...kirim2lah khabar selalu.heheh

To Nurul,
Ala kain dah habis di jual di Johor lah...takde belance pun haha..kalau u nak I boleh pesan dengan diorang kat sana...

To JHaZKiTaro,
Wah dari Dublin, Ireland...terima kasih kerana berkunjung...

NuRuLeRnAdEwI said...

Kiff,
as per mentioned... Nnt I YM u colour apa I nak k...

Anonymous said...

u meniaga kain ke skrg? wah sume pon u nak meniaga ini? makcik nak tanya,ada permit kerr?

andy telasai said...

alo ;) xie xie ni comment wo de blog..haha...ok..if there's god willing...impossible is nothing to meet you. say hi to ur bernama reporter name alfonso..his my besties. hehe

Unknown said...

You know what? My trip to Hanoi is just in 9 days from now. I'm going with Hajah Salasiah Zakaria's youngest son and two other friends. Can't wait! Hehehe

amn said...

Hai Zul,

Salam, teraksiden masuk sini.. Nice blog.

Wah... Hanoi nampak begitu menarik dalam blog you.

BTW, i work here... Sudah 1 tahun. Sekarang Hanoi tengah Summer.. cuaca sangat panas. Suhunya hampir mencecah 40 darjah celcius. I miss Winter!