Behind The Scene!

20090109

Januari Berangin di Hanoi- (Updated)

Noibai Airport, Hanoi (Vietnam), Jan 7th, 2009 (Wed) -- Delegasi media dari Malaysia yang sepatutnya tiba di negara yang luas dengan kawasan delta ini jam 1 tengahari waktu tempatan -- lewat dari jadualnya.
Kami terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, KLIA hampir 2 jam sebelum dibenarkan masuk ke dalam pesawat dan menunggu hampir 30 minit lagi kerana masalah teknikal yang dihadapi pesawat milik Malaysia Airlines itu.



Gambar hiasan


Masalah tidak berhenti di situ, di dalam pesawat alat pendingin hawa tidak berfungsi dengan baik, sepanjang penerbangan 3 jam 20 minit itu saya berpeluh.

Mat saleh di sebelah saya juga sibuk berkipas (seperti pekerja di gerai satay Haji Samuri layaknya.)

Ketika pesawat terbang rendah dan memasuki ruang udara Hanoi, wilayah utara Vietnam itu persepsi saya terus mengatakan Hanoi adalah bandaraya di tengah lembah, penuh lopak dan kering.


Pemandangan dari atas cukup jelas membayangkan perkara-perkara yang saya sebutkan itu.

Sebaik pesawat berhenti di apron, saya dapat lihat petugas-petugas memunggah bagasi sudah bersedia -- masing-masing memakai baju tebal, kelihatan seperti baju musim sejuk dan bersalji.

Dalam hati, macamlah sejuk sangat -- it's only Vietnam, getus saya.

Bila saya keluar baru saya rasakan angin kering yang bertiup itu memang sangat sejuk, sekitar 10 darjah salsius.

Kalau mahu dibandingkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Noibai ini barangkali ia sedikit lebih baik daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

"Daifnya," kata saya kepada teman wartawan lain.




Inilah yang saya suka tentang tugas saya, dapat lihat tempat orang -- betapa teruk, betapa buruk, betapa daif itu bukan soalnya, tapi saya dapat melalui dan merasainya, itu perinsip yang saya faham, lebih-lebih lagi saya seorang Aries -- suka berjalan dan sukakan cabaran.

6 comments:

Anonymous said...

u ada share ngan satay hj samuri ke? byk lagi gerai lain tp u pilih dia gak. pd i dah tak sedap lg pasal dah "too commercialise".
kalau tak silap, sekarang nie tak ada musim guna kipas yang tok nenek dia guna dulu (kipas daun kering tu).

-pawang nak gi spore-

Fizz Zaquan said...

Salam, so now u still kat Hanoi ke?

Kifli Bujang said...

To Pawang,
Kiranya matsalleh tu practise cara tradisional...Haji Samuri pun dah dapat Datuk ok! don't play play.
Selamat ke Spore.

To Luaq,
Yes I'm still here.

mrCharmed said...

tak ajak pn pegi kannn...

Kifli Bujang said...

To MrCharmed,
Orang gi kerja lah...

NuRuLeRnAdEwI said...

Wahhh.... Dah sampai Hanoi...
Sawadikapp....Ehh mcm silap laks...
Yer... Benar... Org2 Aries mmg suka berjalan dan sukakan cabaran.. Mcm I ler.. Suka yg amat utk berjalan2..
Kirim belikan sutera vietnam satu!!~~ hiks...