HANOI (Vietnam), Jan 7th, 2009 (Wed) -- Destinasi pertama kami ketika di sini ialah Warong Sri Belango -- milik seorang rakyat Malaysia yang menyediakan masakan halal Melayu di bawah program 'Malaysian Kitchen'.
Restoran itu terletak di Ong Ich Khiem, Dien Bien, Ba Dinh.
Perut memang sudah kenyang sebenarnya, maklumlah saya antara orang yang sukakan in-flight food, tapi bila tengok asam pedas Melaka, emmm apa lagi... terbuka selera.
Kemudian, kami ke Deawoo Hotel -- daftar masuk, dan bersiap untuk keluar makan malam pula. (Ya Allah, baru je lepas makan, nak kena makan lagi ke?)
5.30 petang sudah masuk waktu maghrib, lepas maghrib kami ke sebuah restoran milik seorang lagi rakyat Malaysia.
Ketika kami sampai ke Restoran Nisa, kami disambut mesra oleh pemiliknya Ben Taat, 62 tahun.
Saya berbual panjang dengan Uncel Ben, orangnya peramah dan tidak kedekut cerita, saya sungguh mengkagumi orang-orangnya yang berani berhijrah seperti Uncle Ben.
(One day, I will write more story bout Uncle Ben, here!)
Kari kepala ikan, sambal belacan, daging goreng bercili, itu semua antara hidangan kami malam itu.
Bukan tak mahu cuba makanan tempatan, tapi seperti yang diberitahu hanya dua restoran halal yang ada di seluruh Bandaraya Hanoi.
Ada beberapa lagi restoran turut mengakui mereka halal, tetapi sukar disahkan mengenai kaedah penyembelihan mereka.
Di luar restoran, cuaca sangat sejuk.
Lepas makan kami pakat pergi beli-belah.
Esok barulah bermula tugas secara rasminya di sini-- membuat liputan Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan ASEAN.
p/s: Sambil menyelam kita minum air, gluk-gluk-gluk, burp aarrrr!
22 comments:
Ini yang malas kalo pi outstation.. Mmg makan sajorkk keje.. I pun sama.. kalo outstation.. asik mkn jerk... Lg ler pulak org sponser.. mkn tak hengattt ler... Huhu... Pastu blk KL.. menyesal... haha...
enjoy ur work there!~
spelling uncle n not uncel.. sila semak. btw asam pedas melaka? sedap ke?? atau saja nak 'angkat angkat' orang melaka?
---siapa heh???---
asam pedas melaka is confirmed the best. no doubt about it. sapa2 yang tak percaya kena "berurusan" dgn I!
"org melaka yang bertahta di pawana"
To Nurul,
Tulah pasal kalau outstation memang makan je lah kerjanya...tu sbb bila balik outstation badan mcm kena pam.
Walaupun kat Hanoi hanya ada 2 je restoran halal tapi tetap...hari-hari makan kat situ, sticky rice lagi...
To Che Anon (Siapa heh?),
I saja nak spell mcm tu, nak tgk u all ni prihatin ke tidak? haha...actually asam pedas Melaka memang tak sedap sangat...ala-ala kadar je...sedap lagi asam pedas Johor (kuah pekat..)
To Che Anon orang Melaka yang jadi pawang di Pawana,
I doubt asam pedas Melaka sedap...dalam my write-up ni saja nak up sikit, -- tapi mak you masak memang sedap...bila nak ajak balik Melaka lagi nih?
To Nurul,
Apa dah Sawadikap pulak...dalam bahasa Veit Nam kita sebut Xin Chau (Salam sejahtera).
Sutera Vietnam banyak...I siap pasang agen lagi..so kalau nak kasi taulah coz tokeh kedai tu nak balik KL next month boleh kirim, kat sana baru USD20++ kat Malaysia depa jual 150 ringgit.
ni banyak nya cerita pasal makan kan..asam pedas melaka tak rasa lagi..kat mana yer?
Owhh... Asam pedas melaka yg best kat Restoran 35 kat Bdr Melaka... Area bank2 yg byk tu.. Dkt ngan Mahkota Parade.. Dpn Menara Taming Sari.. Berhampiran dgn Eye On Melaka.. Kalo tak pasti... tanya I blk... Hiks...
hmmm apa punya lidah lah yg depa semua ada....sedap ke asam pedas melaka tu??? tanya diri tu sekali lagi sedap ke asam pedas melaka?? sedap lagi asam pedas johor...betul tak Kiff???? jawapan dari Kiff mesti sama dengan jawapan i. But actually asam pedas johor pun tak sedap. hehehe
---siapa heh???---
Masa I mkn tu sedap... tp tak tau ler lidah org lain... tgk ler kemeriahan I mkn kat restoran tu...Walaubagaimanapun.. yg mak I masak gaks yg sodap!
http://ernaernest2484.blogspot.com/2008_10_01_archive.html
kim salam kat pak ben. Penah pegi restoran dia gak. Baik giler dia nie. siap bawak round2 lagi.
To All,
Jangan gaduh-jangan gaduh..meh sini I jadi judge...pemenangnya jatuh kepada Asam Pedas Johor yang mak i masak...sekian terima kasih.
To Pak Aji Chai Chee,(siapa heh?)
I memang sangat setuju dengan u..asam pedas Johor sedap lagi dari Melaka punya.
To Nurul,
wah promote nampak...
To Aida,
Oh ye ke...memang baik kan Pak Ben tu...Dia siap suruh i kerja dengan dia lagi,hahhah.
Kiff,
Sape gado2 nie... isk u nie... Kami semua harmoni jerk nie... Saje jerk wah heboh kat blog u... hehehe...
Dulu time saya pegi sana pun, dia suruh saya keja ngan dia jgak. Very funny. Anak dia comel giler...rasa cam nak cubit2 je.
Time saya n my bro kat sana, dia siap bawak pi ofis n kenalkan ngan staf dia, then bawak saya pegi kedai kasut yang murah giler. Pdahal sblum tu tak kenal pun dia.
yup..saya pun satu line kja ngan you. kat radio gomen.
To Nurul,
OK OK takpe ..kalau harmoni ok bagus. I sukakan keharmonian dalam berumah tangga ooopsy terlebih sudah!
To Aida,
ooo u kat RTM ke? Inilah berita dari RADIO MALAYA bersama Mariamah Tijo (ek ada lagi ke?).
dia dah pencen lama dah...3 taun lpas rasanye.
To Aida,
Oh dah pencen hehhe, Mariamah Tijo tu emak kepada seorang celebriti TV3 kan? betul ke?
Sepatutnya I pun pergi Sabah hari tu ikut army, Puan Fazelatte ajak, kalau tak sure I jumpa you kan!
hamboi2....
sesedap rasa aje korang ni mengutuk asam pedas melaka ek...?
tak umpamakan langsung org melaka yg tgh dok baca blog ni...(wpun dh lama jadi org sgor, tp darah kepahlawanan hang jebat, tetap mengalir tau..)
-shida-
To Shida,
Kita bercakap atas dasar kebenaran Cik Shida ooooii, Shah rukhan je yang suka kot asam pedas Melaka.
was reported in tamil murasu in india that shah rukh khan kena cirit beret aft makan asam pedas melaka....he commented pingat yg org melaka kasi tak berbaloi....tak caya tanya pawang pawana indra kesuma
--siapa heh??---
was reported in tamil murasu in india that shah rukh khan kena cirit beret aft makan asam pedas melaka....he commented pingat yg org melaka kasi tak berbaloi....tak caya tanya pawang pawana indra kesuma
--siapa heh??---
To Siapa heh?,
Ye ke? betul ke? I pun tak tahu cerita tu...
Kifli...did you get anything for Hajah Salasiah Zakaria or other staff in your Department, maybe a fridge magnet from Hanoi? Hehehe
Post a Comment