Behind The Scene!

Showing posts with label Airport. Show all posts
Showing posts with label Airport. Show all posts

20090109

Januari Berangin di Hanoi- (Updated)

Noibai Airport, Hanoi (Vietnam), Jan 7th, 2009 (Wed) -- Delegasi media dari Malaysia yang sepatutnya tiba di negara yang luas dengan kawasan delta ini jam 1 tengahari waktu tempatan -- lewat dari jadualnya.
Kami terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, KLIA hampir 2 jam sebelum dibenarkan masuk ke dalam pesawat dan menunggu hampir 30 minit lagi kerana masalah teknikal yang dihadapi pesawat milik Malaysia Airlines itu.



Gambar hiasan


Masalah tidak berhenti di situ, di dalam pesawat alat pendingin hawa tidak berfungsi dengan baik, sepanjang penerbangan 3 jam 20 minit itu saya berpeluh.

Mat saleh di sebelah saya juga sibuk berkipas (seperti pekerja di gerai satay Haji Samuri layaknya.)

Ketika pesawat terbang rendah dan memasuki ruang udara Hanoi, wilayah utara Vietnam itu persepsi saya terus mengatakan Hanoi adalah bandaraya di tengah lembah, penuh lopak dan kering.


Pemandangan dari atas cukup jelas membayangkan perkara-perkara yang saya sebutkan itu.

Sebaik pesawat berhenti di apron, saya dapat lihat petugas-petugas memunggah bagasi sudah bersedia -- masing-masing memakai baju tebal, kelihatan seperti baju musim sejuk dan bersalji.

Dalam hati, macamlah sejuk sangat -- it's only Vietnam, getus saya.

Bila saya keluar baru saya rasakan angin kering yang bertiup itu memang sangat sejuk, sekitar 10 darjah salsius.

Kalau mahu dibandingkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Noibai ini barangkali ia sedikit lebih baik daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

"Daifnya," kata saya kepada teman wartawan lain.




Inilah yang saya suka tentang tugas saya, dapat lihat tempat orang -- betapa teruk, betapa buruk, betapa daif itu bukan soalnya, tapi saya dapat melalui dan merasainya, itu perinsip yang saya faham, lebih-lebih lagi saya seorang Aries -- suka berjalan dan sukakan cabaran.

20080717

Dugaan!

Sepang, July 15th, 2008 (Tue) -- Belumpun sempat masuk waktu subuh, saya sudah meredah lebuhraya ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) -- destinasi Alor Star.

Saya perlu berada di sana seawal mungkin, haruslah terbang dengan pesawat paling awal, 7.15 pagi untuk acara penuh istiadat perarakan diRaja Tuanku Sultan Kedah yang dijadual bermula jam 8.30 pagi.

Sebaik tiba di KLIA, hati saya tak sedap, maklumlah e-tiket dan nombor tempahan pun tiada -- membuatkan saya meluru ke pejabat tiket , bertanyakan status tiket saya itu.

Apa yang dibimbangkan terjadi, nama saya tiada dalam senarai penumpang. Jenuh juga kakitangan syarikat penerbangan itu mencarinya.

Saya yang cepat naik angin ini terus menghubungi orang yang bertanggungjawab membuat tempahan tiket saya semalam, saya jeling jam, baru pukul 6 pagi, nasiblah kena ganggun pagi-pagi begini.

Masalahnya butir penerbangan ada di pejabat, jadi dia tidak dapat sahkan dengan saya mengenai tempahan tiket itu, saya ambil keputusan beli tiket baru. Jangan buang masa -- yang penting saya perlu berada di Alor Star.


"kenapalah suka sangat menyusahkan orang!" bebel saya dalam hati.