Behind The Scene!

Showing posts with label Singapura. Show all posts
Showing posts with label Singapura. Show all posts

20090104

SIN-KUL-HAN

Middle Rd., Singapore, January 2nd, 2009 (Fri) -- 6.30am: Bangun, solat dan bersiap untuk sarapan sebelum ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, menghadiri majlis perasmian kempen iklan Zoom!Malaysia di negara republik ini.
Selepas sidang media bergegas ke lokasi kedua Istana Perdana Menteri Mr. Lee Hsien Loong.
Sebaik tamat perbincangan 40 minit bersama anak kepada Lee Kuan Yew itu, kami dibawa ke satu lokasi lain untuk sidang media seterusnya dan kembali ke bilik hotel untuk menyiapkan laporan, live-voice-cast dan feed visual.
Agak sibuk bunyikan? tapi santai saja.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur 9.20pm.
Belumpun sempat pulang ke Kuala Lumpur, CAE telefon minta saya ke Hanoi, Vietnam... huh? terpinga sekejap, tapi saya mesti pulang ke Kuala Lumpur dahulu, selesaikan beberapa kerja, mencari pengganti untuk tugas-tugas menyampai berita di studio sebelum ke Hanoi.
p/s: CAE-Chief Assignment Editor (Ketua Editor Tugasan)

20090102

Sinaran Mentari Pertama 2009 dari Kota Singa


Changi, Singapore, January 1st, 2009 (Thu) -- Saya pasti saat saya tiba di Kota Singa ini, masih ramai di antara kita masih diulik mimpi (itupun kalau hadirnya mimpi) maklumlah ramai yang pulang ke rumah agak lewat menjelang dinihari kerana meraikan Sambutan Tahun Baru -- tidak kira di sambut di Dataran Merdeka, Bukit Bintang atau majlis tertutup yang berbuih.

Saya hanya sempat tidur sejenak, jam 4 pagi sudah bersiap sedia untuk terbang ke Changi kerana mengikuti lawatan kerja Menteri Pelanconga, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Permulaan yang baik untuk tahun ini saya kira, setelah hampir dua tahun saya tidak membuat tugasan di luar negara. (walaupun Singapura tidaklah jauh mana -- tapi tetap guna pasportkan? haha!)


Biasanya kalau buat tugasan di luar negara, jangan mimpi untuk bersantai-santai -- tetapi memandangkan kami tiba dengan penerbangan paling awal, tentu sekali ada banyak masa untuk tidur di bilik (yang mewah itu...) sementara menunggu esoknya untuk memulakan tugasan.

Hari pertama 2009 di negara pulau ini saya habiskan dengan makan (room service sahaja...), tidur, bersiar-siar ke Bugis dan Esplanade -- meskipun Singapura buka asing sangat bagi saya yang berasal dari Johor ini.


Esok merupakan hari yang sibuk bagi kami kumpulan wartawan dari Malaysia khususnya saya, kerana komitmen dengan jadual live-voice-cast sepanjang hari tidak termasuk jadual feed.