Behind The Scene!

20110626

Should I rebrand or revamp this blog?

Sudah 2 tahun saya tidak mengemaskini laman blog ini. Meski kini saya sangat sibuk, namun rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu di sini. Emmm tapi apa ya?

20090211

Kamu-Think!


"Saya telah dicampakkan dengan kuat ke atas lantai simen dan mereka telah menekan belakang leher saya dengan lutut mereka sehinggalah saya merasa kesakitan yang amat sangat. Bahagian kiri pipi saya juga telah ditekan ke atas lantai simen yang kotor. Saya kemudiannya telah ditarik ke atas dan ditolak dengan kasar ke dewan solat sambil tangan bergari. Tulang rusuk kanan saya telah ditolak dengan kuat ke atas lantai sehingga saya berasa sukar untuk bernafas dan ketika itu juga pipi saya berada di atas lantai. Kemudian, saya telah diarahkan untuk bangun dari gari ditukar daripada belakang ke hadapan. Saya telah diarah untuk duduk bersilang kaki menghadap dinding dan kepala saya telah dihantukkan ke dinding."


--Kenyataan Mat Sah Mohammed Satray (Tahanan ISA sejak April 2002)

Pernyataan itu saya petik dari sebuah buku kecil yang diterbitkan Islamic Human Rights Commissin, saya jumpa di atas meja di pejabat yang sarat dengan fail dan buku itu.

Sudah lama buku itu berada dalam simpanan saya, namun baru pagi ini saya berpeluang menyelaknya.

Buku yang menceritakan tentang kehidupan seorang tahanan ISA kerana dianggap terlibat dengan pergerakkan Jemaah Islamiah (JI) dan bagaimana seksaan fizikal yang dilakukan kepadanya oleh pegawai penjara.

Ramai antara kita tidak pernah ke penjara, apatah lagi ke pusat tahanan ISA di Kamunting, Perak, ini gambaran di dalam Pusat Tahanan ISA Kamunting seperti yang diceritakan oleh isteri Mat Sah Mohammed Satry, Norlaila Othman dan peguamnya serta Human Rights Watch )HRW);

Tidak ada mana-mana kumpulan hak asasi manusia di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa dibenarkan melawat tempat tahanan, namun mengikut laporan HRW, tahanan biasanya ditempatkan di bangunan blok asrama yang mempunyai bilik yang dikelilingi oleh kawasan berumput.

Mereka hanya dibenarkan untuk bergerak di kawasan yang ditetapkan sahaja.

Tahanan yang disabitkan dengan kesalahan yang sama, ditempatkan dalam blok yang sama.

Mat Sah ditempatkan bersama 6-7 orang tahanan lain untuk tempoh empat tahun (sehingga tempoh laporan ini dikeluarkan pada 2007). Setiap tahanan diberi satu katil kayu serta bantal dan sebuah tilam setebal satu inci.

Tidak ada tingkap atau pun lampu di dalam blok dan pintu dikunci daripada luar.

Pada 2003, tahanan mendapat kemudahan yang amat terbatas seperti suratkhabar dan buku.

Mereka dibenar untuk berjumpa anggota keluarga seminggu sekali untuk tempoh 30 minit dengan tidak melebihi 2 pelawat pada satu masa.

Pelawat hanya dibenarkan berhubung dengan tahanan melalui jaring-jaring besi panghadang dan hanya dibenarkan membawa buah-buahan dan buku sahaja.

Suhakam telah membuat bantahan kepada pihak penjara dan rundingan dibuat agar peraturan penjara dilonggarkan.
Tahanan juga membuat tekanan sama kepada pihak penjara.

Pada pertengahan 2004, peraturan yang dikenakan telah diberi sedikit kelonggaran.

Masa pembukaan sel di blok tahanan dilanjutkan dari jam 7 petang hingga 10 malam.

Jaring-jaring besi yang menghadang anggota keluarga sewaktu berjumpa tahanan telah ditarik balik dan anggota keluarga pula dibenarkan membawa makanan kepada tahanan pada hari-hari istimewa.

Tahanan juga dibenarkan membuat kerja-kerja kraftangan dengan menggunakan peralatan yang dibenarkan oleh pihak penjara seperti membuat kotak tisu, pensel dan barang-barang perhiasan yang kemudiannya dijual oleh anggota keluarga tahanan kepada orang ramai.

Walau bagaimanapun, kelonggaran ini hanya untuk sementara waktu sahaja, selepas perlantikan baru Pengarah Penjara di Pusat Tahanan Kamunting, peraturan kembali diketatkan.

bersambung...

20090210

Kuala Lumpur, January 10th, 2009 (TUE) -- Nampaknya pihak media akan sibuk lagi ke Perak-lah jawabnya untuk satu lagi pilihanraya kecil di Bukit Gantang.

Penat pilihanraya di Kuala Terengganu dulu pun masih belum pulih lagi.

Gambar oleh Zulfakhri

20090205

Perak Lagi!

Kuala Lumpur, January 5th, 2009 (Thu) -- Kemelut politik di Perak. Khabar angin sejak beberapa minggu lalu yang bertiup kencang mengenai lompat parti dan kehilangan anggota Exco, kini menjadi isu besar dan tajuk utama akhbar.
Semalam, team outside-broadcast kami termasuk saya bergegas ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, dalam hujan kami pasang peralatan untuk siaran langsung sidang media, hari ini ketika sedang sibuk di studio, arahan terbaru memerlukan saya membuat siarang langsung keadaan semasa di Perak.
Petang ini juga saya mesti berada Ipoh.
Hari sebelumnya (Jan 3th) saya berada di Kuala Kangsar untuk lintas langsung sempena Pemerintahan 25 tahun Sultan Perak, Sultan Azlan Shah -- nampaknya kenalah ke Perak lagi, (beg hari tu pun belum unpack lagi hehe!)

20090201

Majlis Anugerah Angkasapuri

Kuala Lumpur, December 16th, 2008 (Tue) -- Sewaktu mengacarakan Majlis Anugerah Angkasapuri 2007 bersama personaliti RTM Hani Hamid (anak Datuk Yusni Hamid).











20090116

Feature: Hanoi City within the River


Hanoi (Vietnam), January 8th, 2009 -- "Jangan bandingkan Kuala Lumpur dengan Hanoi, dan bandaraya ini sebenarnya ketinggalan 30 tahun di belakang Kuala Lumpur," ingatan Jason kepada kami sebaik kami duduk dalam bas pelancong itu.

Jason -- seorang pemandu pelancong berbangsa Cina dari Malaysia.

Dia agak banyak cakap, bercerita tentang sejarah Vietnam, bagaimana Hanoi mendapat namanya, tentang cerita dongeng dan sebagainya -- ( dah memang tugas dia kan...) sedangkan tumpuan kami lebih untuk melihat persekitaran sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke hotel itu.

Kebanyakkan daripada kami baru pertama kali menjejakkan kaki di bekas negara komunis itu, justeru kami agak teruja untuk melihat lebih dekat kehidupan mereka di sini.

Beberapa meter keluar dari lapangan terbang, rasa bangga menyelinap dalam diri kerana terpandangkan stesyen Petronas, meski tiada sebarang hubungan antara saya dengan Petronas, namun setidak-tidaknya aura patriotisme itu masih ada dalam diri.

Kata Jason, Hanoi bandar selamat, tidak ada pencopet atau peragut, kita boleh bersiar-siar di bandarnya hingga tengah malam, tiada siapa yang akan peduli.

Dalam keadaan cuaca yang sejuk sekitar 10 darjah selsius, tentu sekali saya cukup selesa untuk bersiar-siar di kota ini, tapi sayang sekali habuknya menafikan niat itu.

Hanoi, bukan seperti Ho Chi Minh -- Hanoi ada empat musim, malah di sebuah bandar di utara Hanoi bersempadan dengan China ada salji yang turun.

Dari Hanoi ke bandaraya Ho Chi Minh, mengambil masa 2 jam penerbangan, dan 10 jam dengan keretapi untuk ke bandar sempadan dengan wilayah Funan dan Kunming di China.

Terlintas di fikiran saya, tentu sekali saya mahu terus saja ke China dengan keretapi malam yang dimaksudkan tapi bukan dalam trip kali ini. Ia harus dirancang rapi untuk pengembaraan saya pada masa akan datang.

Hanoi mendapat jolokan City within The River -- dan Sungai Merah merentasi sepanjang tanah delta itu dengan membawa banyak kisah dan sejarah tempatannya.

Sungai Merah menjadi nadi utama di Vietnam Utara


Seperti masyakarat Budha lain, warga Vietnam yang mempunyai 54 kumpulan etnik turut sibuk membuat persiapan untuk merayakan tahun barunya tidak lama lagi -- yang dipanggil 'Tet'.

Hanoi, memang terkenal untuk destinasi membeli-belah bagi barangan dan jenama tertentu yang dijual murah di sini, seperti sutera Vietnam, beg galas jenama Deuter (under licensed) dan barangan krafnya. Destinasi membeli-belah utama di Old Quater.


Di Hanoi sahaja terdapat 5 juta penduduknya dan itu menurut sumber hanya jumlah rasmi yang didaftarkan oleh pihak kerajaan, ini kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri Nguyen Tan Dung menghadkan rakyatnya hanya mempunyai seorang anak sahaja.

Dipercayai ramai daripada rakyat Vietnam merahsiakan jumlah anak meraka semata-mata mengelak dari diambil tindakan kerana melanggar peraturan itu.

Daripada 5 juta rakyat Vietnam di Hanoi yang mempunyai populasi keseluruhannya 86 juta orang, 3 juta motosikal di daftarkan di bandaraya itu.

3 juta motosikal memenuhi bandaraya Hanoi
Justeru, tidak hairan hanya deruman enjin motosikal akan anda dengar sepanjang berada di Vietnam dan simpang-siurnya motosikal itu ke destinasi masing-masing pastikan terbawa-bawa dalam tidur.

Tip dari Jason, kalau mahu melintas jalan di Hanoi, jangan teragak-agak, melangkah dengan perlahan, kerana penunggang motosikal di sini akan mengelak anda dan mereka akan panik jika anda berlari atau teragak-agak melintas.

20090112

Uncle Ben dan Sambal Belacan

HANOI (Vietnam), Jan 7th, 2009 (Wed) -- Destinasi pertama kami ketika di sini ialah Warong Sri Belango -- milik seorang rakyat Malaysia yang menyediakan masakan halal Melayu di bawah program 'Malaysian Kitchen'.


Restoran itu terletak di Ong Ich Khiem, Dien Bien, Ba Dinh.

Perut memang sudah kenyang sebenarnya, maklumlah saya antara orang yang sukakan in-flight food, tapi bila tengok asam pedas Melaka, emmm apa lagi... terbuka selera.

Kemudian, kami ke Deawoo Hotel -- daftar masuk, dan bersiap untuk keluar makan malam pula. (Ya Allah, baru je lepas makan, nak kena makan lagi ke?)


5.30 petang sudah masuk waktu maghrib, lepas maghrib kami ke sebuah restoran milik seorang lagi rakyat Malaysia.

Ketika kami sampai ke Restoran Nisa, kami disambut mesra oleh pemiliknya Ben Taat, 62 tahun.


Saya berbual panjang dengan Uncel Ben, orangnya peramah dan tidak kedekut cerita, saya sungguh mengkagumi orang-orangnya yang berani berhijrah seperti Uncle Ben.
(One day, I will write more story bout Uncle Ben, here!)

Kari kepala ikan, sambal belacan, daging goreng bercili, itu semua antara hidangan kami malam itu.

Bukan tak mahu cuba makanan tempatan, tapi seperti yang diberitahu hanya dua restoran halal yang ada di seluruh Bandaraya Hanoi.

Ada beberapa lagi restoran turut mengakui mereka halal, tetapi sukar disahkan mengenai kaedah penyembelihan mereka.

Di luar restoran, cuaca sangat sejuk.

Lepas makan kami pakat pergi beli-belah.


Esok barulah bermula tugas secara rasminya di sini-- membuat liputan Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan ASEAN.



p/s: Sambil menyelam kita minum air, gluk-gluk-gluk, burp aarrrr!