Behind The Scene!

20080327

Tak Minat Nak Tahulah!

Kuala Lumpur, March 27th, 2008 (Thu) -- Jadi wartawan, tidak semestinya semua benda kita tahu, walaupun kita belajar benda baru hampir setiap hari dan kita berjumpa dengan bermacam jenis orang.

Salah tanggapan ramai kalau mengatakan, "Kaukan wartawan, takkanlah kau tak tahu artis tu dah cerai..."

OMG! Maaf ya! saya bukan wartawan hiburan.

Wartawan hari ini, bukan macam wartawan zaman perang dulu. Tiada cerita atau berita selain perjuangan menuntut merdeka, pertempuran antara penjajah dengan rakyat tempatan, pertelagahan parti dan rakyat atau kejadian-kejadian yang bersangkut-puat dengan zaman itu.

Wartawan hari ini, ada fokus masing-masing dan ada bidang masing-masing meskipun konsep 'perlu tahu banyak perkara' itu tetap ada.

Saya sendiri kadang-kadang dihujani dengan soalan-soalan yang saya sendiri kurang minat nak tahu. Jadi apa yang boleh saya buat melainkan senyum dan senyum lagi.

20080326

Tugas Baru

Kuala Lumpur, March 26th, 2008 (Wed) -- Diam tak diam, hampir sebulan juga saya tidak menulis di blog ini. Barangkali entry sebelum ini menjawab kepada persoalan ketidakaktifan saya di arena ini.
Dengan kata lain -- (lebih mudah dilontar dan difahami) saya sibuk! Walaupun maksud perkataan 'sibuk' itu sendiri amat sukar diterjemah dan bersifat subjektif.
Sejak saluran baru ini ditubuh 28 Febuari lalu, saya mempunyai tugas baru yang merlukan saya memberi tumpuan lebih di studio berbanding kerja-kerja di lapangan, walaupun saya tahu kerja-kerja di lapangan juga masih memerlukan perhatian.
Jadi, strategi dan kecekapan mengagih-agihkan tugas perlu ada bagi memastikan semua berjalan lancar.

Kisah Benar, Neraca Hidup

Kuala Lumpur, March 26th, 2008 (Wed) -- Percaya atau tidak, kalau saya katakan kepada anda bulan ini saya dipaksa bekerja 29 hari, berbanding 31 hari total dalam bulan Mac ini.
Bagi yang bijak matematik pasti mudah mengira berapa hari sebenarnya hari rehat saya untuk bulan ini. Ya betul! DUA hari sahaja, itupun setelah saya paksa mereka memberikan dua hari tersebut bagi membolehkan saya menghadiri majlis perkahwinan seseorang di Temerloh, Pahang. Kalau tidak, mahu juga saya dipaksa bekerja 31 hari.
Kalau kalendar masihi ada 35 hari, mungkin juga saya kena bekerja 35 hari :)
Tapi saya redha.
Kan pernah saya kata dulu, bekerjalah dalam bidang yang kita minat, nescaya bekerja lebih masa atau bekerja di luar masa -- itu bukan halangan. Moga-moga kita beroleh kejayaan. Amin!