Behind The Scene!

20080124

...kachee ka chooseege-ssumneekka


Would you accompany me...?

Susahnya Jadi Wartawan


SETAPAK, Kuala Lumpur, January 18th, 2008 (Fri) -- Siapa kata kerja wartawan senang? Nampak macam glamor dan mudah saja, padahal bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan bahan sesuatu berita itu.

Kita perlu naik bukit turun bukit, redah belukar, -- hujan ribut jangan ceritalah, sudah menjadi perkara biasa.

Seperti hari ini, berikutan paip utama yang meyalurkan air dari Empangan Klang Gate ke Loji Pemprosesan di Bukit Nenas pecah, kami para wartawan turun padang harung air banjir, untuk mendapatkan berita dan shot yang menarik.


Waktu itu hujan renyai dan saya terpaksa menumpang sebuah lori pick-up untuk ke lokasi sebenar tempat kejadian memandangkan kenderaan sendiri sukar ke tempat tersebut akibat selut dan lecak.


Inilah cabaran dalam bekerja, tanpa cabaran tak menariklah!

Sharlinie Lah Pulak!

PETALING JAYA, January 21st, 2008 (Tue) -- Sejak kebelakangan ini, saya banyak habiskan masa 'standby' untuk sebarang kejadian jenayah di sekitar lembah Klang (jangan tanya saya standby di mana) yang pasti saya jarang berada di pejabat.
Kes Sharlinie, 5, yang hilang itu saya serahkan kepada seorang petugas baru -- yang baru diserapkan selepas menamatkan praktikalnya di tempat saya bekerja. Nampaknya ringan sikit kerja saya. Dan saya tidak pernah ambil tahu pasal kes itu memandangkan saya sibuk menguruskan waktu standby saya :).

Tapi, hari ini saya kena take-over kes itu, memandangkan si Vinot cuti Thaipusam. Nampak gayanya saya kenalah bangun jam 5 pagi untuk mengikut operasi mencari Sharlinie dari rumah ke rumah di sekitar Petaling Jaya.

Nak dijadikan cerita, saya sudah mengenakan baju kemeja dan slack subuh-subuh itu memandangkan hari ini saya ada mesyuarat, tapi malangnya operasi mencari Sharlinie meredah ke kawasan rumah kongsi, rumah setinggan dengan melalui kawasan berlecak dan tempat pembuangan sampah.


Kasut jangan ceritalah lepas itu, berlumpur!

Operasi mencari pagi-pagi buta itu begitu meriah, selain dengan penyertaan wartawan yang sentiasa memeriahkan crime scene ia turut dimeriahkan dengan warga rumah kongsi yang ditahan selain pemantauan dari udara dengan helikopter oleh Unit Udara PDRM. Pokoknya meriahkan suasana dengan deru ejin helikopter semua.


Daripada duduk tidak ada apa nak buat, ini antara hasil gatal tangan saya bermain dengan Canon IXUS milik saya.

20080117

You Know How, but He Knows Who!


Wartawan-- di mana-manapun boleh menulis, walaupun di kedai kopi (sekadar gambar hiasan)


KUALA LUMPUR, January 16th, 2008 (Wed) -- "You know how, but you must admit he knows who!"


Itu kata-kata seorang teman yang intipatinya berbaur politik. Maklumlah teman saya seorang ini wartawan di Meja Politik -- agak senior, walaupun masih muda dan belum berkahwin, masih bergetah.


Ops bukan saya nak cerita pasal getah yang dia ada, tapi kata-kata yang diluahkan itu amat terkesan dalam minda saya. Setidak-tidaknya ia memberi kesan hingga saya memulakan langkah menaip sesuatu diblog ini.


Kami bukan berbincang mengenai dunia politik, tapi sebenarnya kami berbincang mengenai dunia kewartawanan tanahair. Industri kewartawan di Malaysia ini bukan besar mana, pusing-pusing kita akan jumpa orang yang sama.

SIMBOLIK -- Media dari organisasi manapun tetap mahu menjadi penyampai maklumat terbaik, justeru mereka menghala ke satu arah yang sama, tapi kadang-kadang ada yang menongkah arus perdana dan cuba mencari kelaian.


Kalau hari ini, dia rakan sejawatan kita dari organisasi yang sama, tapi esok belum tentu. Barangkali dia sudah bertukar ke organisasi yang lain, namun, kita tetap berjumpa dalam acara-acara tertentu.


Atau, hari ini dia mungkin sama-sama mengejar berita dengan kita, tapi esok mungkin dia sudah jadi editor yang mengarah kita mencari berita sedangkan mereka lebih junior dalam industri -- Perkara ini yang membawa kepada dialog di atas.

KERJA SAMA -- Walaupun dari organisasi berbeza kami kerja bersama dan bantu-membantu.


Itulah sepak-terajang dunia kewartawanan.


Ada beberapa kenalan wartawan yang saya temui, kerjanya asyik bertukar organisasi, sebulan di RTM, beberapa bulan kemudian sudah bertukar ke ASTRO, tidak lama di sana, berpindah lagi ke Utusan, belum pun panas buntut di Utusan, sudah beralih ke Radio.


Namun, jika dia dapat apa yang dicarinya, itu bukan halangan. Tapi, simpati kepada beberapa teman yang melompat-lompat akhirnya kecundang dan entah ke mana-mana.


Tidak kurang juga, ada di kalangan kenalan wartawan yang meninggalkan terus dunia penulisan ini dan menjawat jawatan lebih besar seperti ahli politik, ketua pegawai eksekutif, pengarah dan sebagainya, malah ramai juga yang sudah mendapat pangkat Datuk.


Semua itu bergantung kepada apa yang dicari dan peluang yang mendatang. Selama manapun sanggup jadi wartawan cabuk-(gelaran yang sering diberi masyarakat kepada wartawan yang suka sibuk ambil tahu hal mereka)?


LIPUTAN -- Semasa membuat beberapa liputan berita, gambar atas selepas sidang media bersama Ketua Polis Negara di Putrajaya. Gambar bawah, ketika membuat liputan di Karbala, Iraq.

20080110

Salam Tahun Baru Hijrah 1429

Behind The Scene! Mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram 1429 Hijrah kepada semua pembaca beragama Islam. Semoga tahun baru ini memberi kita iltizam untuk menjadi ummah yang lebih baik, amin.

20080101

Salam 2008

(updated with pictures)
KUALA LUMPUR, December 31th, 2007 (Mon) -- Hari terakhir dalam kalender 2007, melengkapkan 365 hari yang sudah dilalui.

Sesungguhnya 2007 yang berlalu ini meninggalkan terlalu banyak kisah suka dan duka bagi diri setiap manusia. Ada yang bertukar kerja, dinaikkan pangkat, berjaya memiliki rumah sendiri, memiliki kereta baru, menamatkan zaman bujang dan sebagainya.

Tidak kurang juga ada kisah-kisah duka yang tersirat seperti, putus cinta, perpisahan, kehilangan dan kesedihan, namun itu semua rencah dalam kehidupan kita.

Bagi diri saya sendiri, 2007 adalah tahun mencapai tahap keselesaan dalam kerjaya.

Malah, itu yang selalu diharapkan, namun itu juga yang ditakutkan, kerana keselesaan hanya membuat kita jumud -- tidak berkembang dan tiada lagi kemajuan.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, saya sering saja ambil cuti apabila menjelangnya malam tahun baru -- banyak alasannya, tidak mahu bersesak-sesak dijalanan, tidak mahu terjebak dalam sebarang acara keraian dan yang lebih penting tidak mahu ditugaskan ke lokasi-lokasi sambutan seperti di Dataran Merdeka atau KLCC.

Bagaimanapun, tahun ini saya tidak sempat ambil cuti, maka kenalah bekerja. Namun begitu saya tidaklah ditugaskan membuat liputan acara-acara sambutan (ramai wartawan-wartawan baru yang boleh dipecacaikan haha!).

Justeru apabila seorang teman dari Menara Kuala Lumpur (MKL) mengundang saya ke menara telekomunikasi itu saya terus setuju, sekurang-kurangnya dapat melihat suasana sambutan di sekitar KL dari tempat tinggi.




Tapi, malangnya saya terperangkap dalam kesesakan jalanraya di sekitar KL.


Tiba di MKL sudah hampir 12.20 tengah malam. Nampaknya melepas nak tengok suasana sambutan dan persembahan bunga api dari atas.



Alang-alang sudah sampai di MKL, saya tetap naik ke atas dan lihat-lihat.



Hebat juga sambutan di MKL ini -- berparti 'di udara'.