HANOI (Vietnam), Jan 7th, 2009 (Wed) -- Destinasi pertama kami ketika di sini ialah Warong Sri Belango -- milik seorang rakyat Malaysia yang menyediakan masakan halal Melayu di bawah program 'Malaysian Kitchen'.
Restoran itu terletak di Ong Ich Khiem, Dien Bien, Ba Dinh.
Perut memang sudah kenyang sebenarnya, maklumlah saya antara orang yang sukakan in-flight food, tapi bila tengok asam pedas Melaka, emmm apa lagi... terbuka selera.
Kemudian, kami ke Deawoo Hotel -- daftar masuk, dan bersiap untuk keluar makan malam pula. (Ya Allah, baru je lepas makan, nak kena makan lagi ke?)
5.30 petang sudah masuk waktu maghrib, lepas maghrib kami ke sebuah restoran milik seorang lagi rakyat Malaysia.
Ketika kami sampai ke Restoran Nisa, kami disambut mesra oleh pemiliknya Ben Taat, 62 tahun.

Saya berbual panjang dengan Uncel Ben, orangnya peramah dan tidak kedekut cerita, saya sungguh mengkagumi orang-orangnya yang berani berhijrah seperti Uncle Ben.
(One day, I will write more story bout Uncle Ben, here!)
Kari kepala ikan, sambal belacan, daging goreng bercili, itu semua antara hidangan kami malam itu.
Bukan tak mahu cuba makanan tempatan, tapi seperti yang diberitahu hanya dua restoran halal yang ada di seluruh Bandaraya Hanoi.
Ada beberapa lagi restoran turut mengakui mereka halal, tetapi sukar disahkan mengenai kaedah penyembelihan mereka.
Di luar restoran, cuaca sangat sejuk.
Lepas makan kami pakat pergi beli-belah.

Esok barulah bermula tugas secara rasminya di sini-- membuat liputan Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan ASEAN.
p/s: Sambil menyelam kita minum air, gluk-gluk-gluk, burp aarrrr!









