Behind The Scene!

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

20080219

Bila Nurul Izzah Bertanding

Kuala Lumpur, February 18th, 2008 (Mon) -- Saya menghadiri satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat, di Jalan Raja Laut, dekat sini.

Seperti biasa, saya akan menjadi orang terakhir tiba.

Sebaik duduk, saya terpandang kelibat seseorang memegang begitu banyak risalah di tangannya, dalam hati berkata,

"Lawa juga awek ni!"

Saya cuit dia untuk meminta sehelai dari risalah yang dipegangnya itu.

Saat dia berpaling ke arah saya, baru saya sedar dia ialah Nurul Izzah Anwar.

Tumpuan saya pada sidang media selepas itu sedikit terganggu dek memerhatikan Nurul Izzah.


Wajah yang pernah saya kenal hampir 11 tahun lalu, masih ayu dan tenang seperti dulu.

Nurul Izzah katanya akan bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 ini dan bakal bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai yang sudah tiga penggal di pegang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

20080218

Dari Meja Jenayah ke Meja Politik

Kuala Lumpur, February 18th, 2008 (Mon) -- Sejak hari penetapan tarikh pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lepas, makin hebat orang bercakap pasal politik.

Di kedai kopi jangan cerita, semua orang tiba-tiba bertukar profesion mahu jadi 'penganalisis politik'.

Tetapi bagi saya sebagai wartawan -- menjadi cukup tidak selesa apabila ditugaskan membuat liputan senario politik, sama tidak selesanya saya bila disuruh membuat liputan tentang artis.

Bagaimanapun, saya tetap akur dengan tugas saya, dan kerana itu juga untuk beberapa ketika ini saya terpaksa meninggalkan meja jenayah saya dan mengangkat kerusi beralih ke meja politik (sekadar membantu untuk seketika.)

Hari ini, saya ke Ibupejabat PAS Pusat, di Jalan Raja Laut dekat sini.

Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan bergabung tenaga menghasilkan sebuah dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia.


Ia bukanlah satu manifesto politik parti tersebut seperti yang diberitahu Ketua Pemuda PAS Pusat, Sallehuddin Ayob tetapi sekadar harapan kepada golongan muda, jika mereka berkuasa.

Antaranya memberi pendidikan percuma kepada semua golongan dari pra-sekolah hingga ke peringkat ijazah pertama.