Tapi itu bukan isu yang nak dikongsi di sini.
Selain saya dan Shamsul, seorang lagi ialah wartawan RTM, Poknik. Kami bertiga dalam kereta merentasi Lebuhraya Guthrie.
Destinasi kami ialah, jejantas baru menghubungkan Damansara Damai dari Jalan Kepong-Sungai Buloh.
Kami dapat maklumat yang menyatakan ada orang mati di tepi landasan keretapi di situ menyebabkan kami bergegas ke sana.
Sampai di tempat kejadian, di bawah terik matahari sekujur tubuh terbaring bersebelahan landasan. Hanya ditutupi helaian surat khabar.

Kamilah kumpulan wartawan yang paling awal tiba di tempat kejadian. Sebuah kereta peronda polis juga baru sahaja tiba pada waktu itu.
Shamsul terus menjalankan tugasnya mengambil gambar mangsa.

Mangsa seorang warga emas berusia 57 tahun, berbangsa Cina. Hasil maklumat saksi di tempat kejadian, mangsa dikatakan cuba melintasi landasan tanpa menyedari yang komuter dari arah Kepong ke Sungai Buloh semakin hampir.
Selepas dilanggar mangsa tercampak beberapa meter.
Kejadian itu menarik perhatian ramai orang, hingga menyebabkan kesesakkan lalulintas.
Kalau saya jadi mereka, lebih baik saya meneruskan perjalanan daripada berpanas sekadar nak menyaksikan perkara yang tiada kaitan dengan kita. Ini disebabkan tugas maka terpaksalah saya turut berpanas di situ.
Yang peliknya ada juga pemandu yang sanggup memberhentikan kenderaannya sekadar nak menyaksikan kejadian yang pada kami sebagai wartawan, ia tidak besar manapun.
Sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan, apa yang kita hadap hari-hari tidak banyak memberi erti berbanding bagi orang yang jarang-jarang jumpa dan fitrah manusia sentiasa curios.
Lebih kelakarnya lagi, ada pula yang bertanya itu dan ini lebih dari wartawan.(11.36pm)