Behind The Scene!

20070530

Kes Dadah Adik Timbalan Menteri


KUALA LUMPUR, May 29th, 2007 (Tuesday) – Hangat mengenai cerita adik Timbalan Menteri yang ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah, LCCT, Kota Kinabalu.

Sudah beberapa hari saya mahupun wartawan jenayah dari organisasi media lain mahukan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah sasaran kami untuk mendapatkan bahan berita tersebut.

Namun, sudah dua hari – pertanyaan kami kepada Tan Sri Musa mengenai hal itu dijawab dengan nada serupa.

Masih lagi dalam siasatan.” Sedikit meninggi.

Itulah yang saya katakan cabaran dalam dunia kewartawanan ini. Kami sentiasa dahagakan perkembangan kes – lebih-lebih lagi yang membabitkan high-profile case. Dalam masa sama kami terpaksa akur dengan tugas polis, mereka sebenarnya bimbang bahan berita yang kami siarkan nanti menjejaskan penyiasatan mereka.

Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberi, lantas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai pula menjadi buruan kami.

Akhirnya, berjaya juga kami mendapatkan sedikit news value kepada perkembangan kes itu untuk disairkan.




Sudah saya katakan, untuk mendapatkan bahan berita kadang-kadang amat sukar, tapi anda hanya perlu membayar RM1.50 untuk membacanya atau tunggu saja depan kaca televisyen – sambil minum hot chocolate (my favorite).

3 comments:

Budi Citawan said...

love ur blog!..
banyak informasi!
keep it up!

kuin said...

aa..budi saya pun sama suke baca blogg ni.. tapi sayang.. tuan umah malas nak update.. bzlah kan.. wartawan kan bz.. ni mesti dah sampai perak ni.. ialah.. tukar parti lah.. letak jawatan lehheh eh sibuk lah kan heheh

Anonymous said...

belajar banyak