Behind The Scene!

20071207

Hadiah Ulangtahun ke-11

Klik gambar untuk berita sepenuhnya.



KUALA LUMPUR, December 7th, 2007 -- Selepas 11 tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan, setahun di radio, setahun di akhbar dan 9 tahun di televisyen, akhirnya hari ini usaha itu diiktiraf.

Meskipun bukan anugerah yang dikejar selama ini, tetapi setidak-tidaknya ia membakar semangat yang semakin hari semakin hambar.

Pernah saya terfikir beberapa tahun lalu untuk 'bersara' awal kerana tugas ini amat memenatkan, dan saya fikir prospek barangkali ada dalam bidang yang lain, tapi hari ini saya kira ia perlu terus diperjuangkan, setidak-tidaknya untuk beberapa tahun lagi.

Berbekal dengan 2 laporan khas, 'Along Mahu Tolong?' dan 'Dari Timor Leste...' saya dipilih sebagai Wartawan Audio Visual Terbaik 2006 oleh Kementerian Penerangan selepas mereka menganugerahkan saya Wartawan Harapan pada 2001.


Walaupun turut dicalonkan untuk kategori Penyampai Berita Terbaik, namun ia mungkin belum berpihak kepada saya. (Teknik pembacaan kena diperbaikilah tu!)

Terima kasih kepada organisasi sekarang, kerana memberi ruang dan peluang.

19 comments:

MNR said...

Congratulation! I'm so proud of ya bro. Aper lagi,buat la kenduri. Belanja kitorang makan. He he. Kidding.

azam said...

Hi Zul,
I still can recall our times at UiTM. Kolej Delima especially. Nope we are not in a same faculty. As what u have said kadang2 kita rasa kerja kita amat membebankan. Thats why i left practice and join corporate which suits me better. Anyhow, i'm proud with your excellent achivements and i know you can do better!

SS said...

congrats...!

i am a broadcast journalist now for a magazine show on tv...still lots to learn and to improve...

maybe u can offer me some tips...

-syaf

Kifli Bujang said...

To MNR:
Thanks alot! Boleh I hantar rempah Brahims, lepas tu masak sendiri ok!

To Azam:
Wait a second, are u Azam budak Melaka yang buat Library Sc. dulu? or which Azam are you! Anyway hi thanks alot for visiting me here. Do keep in touch dude! Good to see you here!

To Syaf:
Oh good to hear that, so where are now? we on the same field hehe.

Luaq Ezplanade said...

Congratulation bro~! Keep up ur good job & ur hard working akan memberikan lagi sinar dan harapan untuk anda berjaya di masa depan...insyallah & Amin~!

iha said...

tahniah en kifli.. :)

bobbktkiara said...

kami kat bukit kiara turut bersyukur dan gembira. tahniah bro...
razi paling gembira....lensa power

Kifli Bujang said...

To Iha:
Oh thanks alot.

To Bob:
Terima kasih! Lensa memang power sbb you all antara organisasi yang bertuah dapat khidmat I ...ahaks!

makcik said...

tahniah2...

p/s: kg tak banjir ke? kot kg tengah banjir, confirm kg melayu tenggelam!

Eliey said...

Salam..Congratulation!..tumpang gumbira la ngan kejayaan you at least apa yang u buat selama 11 tahun ni ada yang appreciate..so keep it up your good work!!!...
Nampaknya sekarang ni makan lebih bergaya lah ye..he..he..almaklumkan dah fofular..kuar tv dah selalu ..kuar magazine pun kengkadang..untunglah you...

Irwan said...

Congrates Kifli.. you are great! Keep up your good work!! Be the best..

Kifli Bujang said...

To Makcik Kg Tengah:
Laporan dari semasa ke semasa sentiasa diberi untuk memantau perkembangan banjir.

To Eliey:
Thanks alot, you mesti kena belanja I kat MenaraKL ni heheh.

To Irwan:
I'll bro, thanks alot!

عيديد said...

Hi Kifly..
How are you? Wow dapat award. Tahniah.. Tak dapat menang penyampai berita terbaik tak per, lepas ni I vote you utk Anugerah Bintang Popular 2008. Calon kan laa kategori apa pun

shai said...

hi bro,

kongratulasi atas pencapaian yang membanggakan..seluruh kampung melayu kluang turut bergumbira dengan perkhabaran ini..hehhehe

Xis said...

Kifli
wayyyy to go, bro! Insya'allah.. more to come soon.. Harap harap you boleh la rampas tahkta farid ismeth emir kat Warta Dunia.. tak pun.. Arif Omar... hehe...

古越遺民 said...

kena belanja kali ini

Kifli Bujang said...

To Aidid:
Thanks alot bro.

To Shai:
Ayoo mereka semua dah meraikan dah...you je yang tak raikan lagi hehe! Thanks alot anyway...

To Xis:
Nanti kalau I dah tua pun mungkin I kena balik semula ke RTM kot, itu pun kalau mereka masih nak, waktu sure Farid dah bersara kot!

To Whoever ( I can't read the symbol):
sure not a problem, thanks alot.

EoNe said...

Salamz..felicitation !! .keep up your good work and believe me, you deserve it ...how about aiming to be with Al Jazeera ker..CNN ker..BBC ker..Skynews ker....:)

mattkic's said...

tahniah kifli..
bangga..bangga!
keep it up a good work..
all the best