Behind The Scene!

20070820

Kuchingku Kaku!

Waterfront, (Kuching, Sarawak) 18th Ogos, 2007 -- Kali pertama dan terakhir menjejakkan kaki ke pinggir sungai Sarawak yang berliku-liku ini ialah sekitar 7 tahun lalu. Waktu itu, masa banyak dihabiskan untuk bekerja--membuat penggambaran Selamat Pagi Malaysia (RTM), tapi hari ini saya kembali ke negeri itu lebih untuk merealisasikan impian orang-orang yang belum pernah ke Kuching.


Kuching pada saya, tidak banyak berubah, selain lapangan terbangnya yang sudah dinaiktaraf dan beberapa jejantas atau by-pass merentasi bandaraya itu, saya tidak dapat melihat apa-apa mercu tanda baru lain yang boleh mengaitkan bumi kenyalang itu sedang menuju ke arah sebuah negeri maju.

Monumen kucingnya masih di situ, membatu di tengah-tengah bandaraya itu.

Waterfrontnya juga masih menjalankan aktiviti-aktiviti sama, bazar di seberang jalannya juga masih begitu menjual produk-produk kraf yang pernah saya lihat dulu.

Kalau dulu di bazar seberang jalan inilah saya beli kain puah dan kayu pemindangnya, tapi kali ini, saya tidak berminat untuk membeli sebarang jenis perhiasan -- boleh jadi, konsep rumah saya kini tidak lagi sama dengan konsep etnik seperti itu.



Dua kali saya mudik ke seberang sungai, ke perkampungan Melayu, bayaran yang dikenakan penambangnya juga masih sama, 30 sen dan 50 sen bagi menyeberang ke tempat yang lebih jauh.

Suasana kerja-kerja menaiktaraf tempat-tempat awam ketika negara sedang menyambut Tahun Melawat Malasyia 2007, bukan lagi asing, ia sering diperkata di dalam akhbar terutama di tempat-tempat tumpuan pelancong.

Di sini, perkara sama juga saya lihat. Di Muzium Kucing misalnya, walaupun ia hanya melibatkan kerja-kerja pembaikan kecil, namun ia masih mengganggu urusan pelancong yang keluar masuk ke muzium itu.

Menyentuh mengenai urusan pelancong, perkara ini amat perlu saya kemukakan, soal tanda jalan atau penunjuk arah.

Boleh saya katakan, hampir tiada tanda jalan yang jelas bagi menunjuk arah ke sesuatu destinasi. Bagi saya yang pertama kali memandu di Kuching, amat memerlukan penunjuk arah itu -- ketiadaan papan tanda yang jelas ini membuatkan saya berfikir, seolah-olah saya sedang memandu di sebuah kampung yang penduduknya sudah pasti tahu ke mana destinasi mereka. Namun ia cukup tidak adil bagi mereka yang bukan orang tempatan.

Yang jelas, sesuatu perlu dilakukan bagi sebuah negeri berstatus bandaraya ini untuk terus maju.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50!

21 comments:

p*** miang myer said...

saya bersetuju dengan pendapat encik kiff kita. mari kita sama- sama duduk pikiaq dah nak masuk 50 tahun Malaysia Merdeka, apakah perkembangan-perkembangan atau kemajuan yang telah kita capai selama ini??? sampai bila lagi ??

古越遺民 said...

hm, kesiannya sarawak. wang di bawah (petrol) dan permukaan (kayu balak) tanahnya yg bernilai beribu-ribu juta telah disalurkan ke semenanjung.

Xis said...

Kifli
the last time I was there is about 3 years ago... seems like there's nothing much I missed though.. hmm..

Anonymous said...

sebenarnye..bukan sarawak / kuching je yg takde penunjuk arah jalan/ sign board yg tepat..atau tak de lansung??..kat semenanjung ni..lg semak!namanye.bandaraya..namanye tmpt plancongan..cuba ssekali berjln d certain tmpt d perlis or N9 or kedah..& kdg2 KL pun.kalo manusia tu totally asing dgn tmpt tu, mmg perlukan sign board!plz!tp, ikut..sparuh jln dh hlg arah..atau..mmg takde signboard atau..kdg2 halanya ke lain..mcmmana la tu..dh 50 thn Merdeka!Merdeka!MErdeka!salah sape laa tu ek..

liza ;(

Kifli Bujang said...

To P*** Miang Myer,
Setuju-setuju juga tapi jangan nak hina lebih-lebih negaraku tercinta ok hehehe. Next month I cari apa yang tak betul di negara U pulak heheh.

To ####,
Walau apa pun, semenanjung atau Borneo, kita tetap Malaysia kan.

To Xis,
Yah nothing much.

To Liza,
Emm boleh buat rancangan TV nih hehhe.

p*** miang myer said...

aku bukan hina noh! aku sayang dgn negeri Malaysia... kalau rakyatnya tak cinta dan sayang dgn Negara nya sama sekali, siapa lagi???takleh la aku nak pi jalan2 merata Malaysia nanti..Malaysia Boleh tu jgn kat dimulut saja... semangat pun mesti boleh, minda mesti boleh, kemajuan juga boleh...tapi RASUAH jgn sesekali... HARAM tau.. takut takut nanti jadi HARAMSIA pulak...

Anonymous said...

hurm, tak dpt p s'wak pon takpelah...dpt tgk pic pon jadi..
wah, baguslah ada semangat mcm uall...cayok malaysia...

iha...

Anonymous said...

nak gi jalan kat luar negeri je la camni ... eh eh eksyen pulak aku ni nak gi JKT/BDO

-dona

Rush Murad said...

kalau di Sarawak ni, pembangunan ni lebih dirasai di Miri, for the last 4 years, nampak jelas pembangunan yang pesat.... penduduk juga semakin ramai dengan mendadak... lebih banyak shopping mall berbanding Kuching.... rakyat Brunei pun semakin ramai datang berkunjung....
Yup, u r quite right, pembangunan Kuching agak perlahan, setiap kali pergi ke sana, tak nampak perbezaan ketara... Waterfront yang dulu gah kini amat lesu... macam terbiar, tidak di'upgrade'... sama jugak dgn KK Waterfront - tidak bermaya. I think Danga Bay in Johor is the best Waterfront in Malaysia, what do you think?

Kifli Bujang said...

To P*** Miang (memang miang pun),
Haramsia tu ok lagi, jangan jadi Haramjadah. Kalau korupsi banyak sangat pun susah nak membangun, orang dari negara pulau mcm you pun susah nak bersiar-siar ke Malaysia(KL) betul tak?

To Iha,
Ada banyak lagi pic menarik tapi tak sempatlah nak upload semua.

To Dona,
mementanglah dia nak ke CKG/BDO...orang merdeka diraikan di negara sendiri bukan amek kesempatan hari cuti yang kerajaan bagi tu untuk berjalan ke negara orang.(nada jelous sbb tak dapat ikut...)

To Rush Murad,
Nampaknya lepas ni trip ke Miri lah kita ye...
tapi memang pun nak gak gi Miri, orang kata best, apa kata orang Johor yang dah menetap di Miri? betul ker?
Lepas ni jangan lupa bawa kengkawan yang kat Sarawak tu jenjalan di Danga Bay yang best tu ok.

Anonymous said...

TO ALL..
kt M'sia ni byk tmpt2 menarik, cantik, samada yg ada pmbangunan atau x@pbangunan very slow @sewaktu dgnnya.TP,sedarkah anda,stiap kali ada benda2 gah naik kt Mesia ni,cantiknya mula2 je..lps tu.. populariti menjunam. Paling TIDAK, ada yg tk berjaga& lesu je.SAMA2la..tune balik minda tu. hargai&sayangilah BUMI&HARTA Malaysia ni!!malaysia indah! (selain malaysia boleh!)
kiffli: heheh.. (nak buat rancangan TV la..heheh)
iha: Terengganu mmg la INDAH!! pulau&pantai ;)

liza

Kazardijam said...

saya anak jati malaysia tetapi terpaksa mengaku banyak kelemahan pentadbiran dalam semua bidang terutama pelancuran eh eh sori, pelancungan (mmg pelacuran berleluasa pun. pegi jalan-jalan jat bukit bintang tu kalau ingat saya ni memfitnah). majoriti kakitangan kerajaan malaysia MALAS MACAM @*%#. tahun melawat malaysia dah nak abis, tp byk tempat2 pelacuran eh eh sori lagi, pelancungan yang di naik taraf. tak tahu untuk siapa. kalau nak harap pelancung tempatan, toksah la pasal melancung ke luar negeri lebih seronok dan murah. SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE 50 TAPI TAK YAH NAK GAH SANGAT PASAL MINDA MASIH TERJAJAH TERUTAMA MINDA ORANG MELAYU BAIK YANG TUA MAU PUN YANG MUDA.

p*** miang myer said...

i setuju dgn pendapat rush murad...Danga Bay tu really happening..tp siapa developernya ya..??? anak jati Malaysia ke atau???...encik kiff boleh tak siasat siapakah developernya? dan satu lagi mungkin encik kiff kita gi sana semasa flu Kuching agaknya atau flu....??? eh eh takmo cakap ah nanti kena GAM.

Kifli Bujang said...

To Kazardijam,
Penjajahan minda ni terlalu subjektiflah. Dalam suasana perkampungan dunia atau globalisasi ni, mahu atau tidak kita akan tetap dipengaruhi oleh cara pemikiran barat atau orang luar, walaubagaimanapun kita tetap ada cara kita sendiri kan?

To Liza,
Yang ini memang saya setuju, kita suka bina macam-macam benda tapi bab maintainance ni kita lemah. Kita ada yang terbesar, tercanggih, terpanjang, tertinggi, dan mcm-mcm 'ter' lagi tapi bab menjaga dan mengekalkan apa yang kita dah bina tu, kita sering TERLUPA dan TERLEKA.

To P*** Miang,
Yang pasti developer untuk Danga Bay BUKAN syarikat luar atau dari negara jiran, ia dibangunkan oleh syarikat tempatan.
Flu atau tidak, bukan alasan untuk dia tidak membangun ok.

zal@doha said...

but for me... ada sesetengah tempat we'll keep it less developed...

i like Kuching... sebab rasa tenang dan lapang... and kurang pembangunan... membangun dengan perlahan pun ok apa...

here in middle east, semua pembangunan nak buat serentak... dan semua nya nak besar2... tinggi2... but then... human tak develop... mentality tak develop... tak kemana jugak... nampak je gah.. isi tak de apa2...

(apa lah aku merapu ni...)

p*** miang myer said...

you better check carefully file untuk Danga Bay.. u salah tgk file kot ntah ntah Dongak Bay. tak caya tanya MB Johor. tp dok pikiaq punyer pikiaq.. agak2 boleh ke Malaysia kita maju pada tahun 2020 ye??? atau tahun 2200 atau tahun 2222 atau hilang bontot nombor 2 tinggal tanda tanya ???? ..kita lihat saja nanti. Malaysia Oh Malaysia!

Kifli Bujang said...

To Zal,
Less development is ok, but must well maintain and in a better quality service.

Anonymous said...

abg kiff: oh, banyak lagi ek pic yang belum upload??hurm, nanti share lah ngan iha n pelawat blog 'behind the scene'..hehhe

Kak Liza: heheh...terengganu indah ker??boleh lah....


Iha.. :)

Luaq Ezplanade said...

wah~! ada org nak ajak i pegi Danga Bay laa....Mesti ditunaikan nie...betul tak kiff?hhahahaah...nak dtg miri?kedatangan sangat dihargai...*mesti bermandikan cahaya lampu, kerlipan bunga mangga dan 'green carpet' tunggu ko dtg..hahaha...dah tu pi kuching tak ajak pun....:(

Kifli Bujang said...

Kalau nak gi Danga Bay kena ajak your friend Rush hehe... boleh I ikut sekali.
I'll let you know bila nak gi Miri, you insist lah sikit-- buat acara-acara menarik minat I ke Miri tu.

Anonymous said...

hhm..fair enough for your comments...but bear in mind..Kuching is the cleanest city in Malaysia...i love my hometown and always will be...