Behind The Scene!

20080326

Kisah Benar, Neraca Hidup

Kuala Lumpur, March 26th, 2008 (Wed) -- Percaya atau tidak, kalau saya katakan kepada anda bulan ini saya dipaksa bekerja 29 hari, berbanding 31 hari total dalam bulan Mac ini.
Bagi yang bijak matematik pasti mudah mengira berapa hari sebenarnya hari rehat saya untuk bulan ini. Ya betul! DUA hari sahaja, itupun setelah saya paksa mereka memberikan dua hari tersebut bagi membolehkan saya menghadiri majlis perkahwinan seseorang di Temerloh, Pahang. Kalau tidak, mahu juga saya dipaksa bekerja 31 hari.
Kalau kalendar masihi ada 35 hari, mungkin juga saya kena bekerja 35 hari :)
Tapi saya redha.
Kan pernah saya kata dulu, bekerjalah dalam bidang yang kita minat, nescaya bekerja lebih masa atau bekerja di luar masa -- itu bukan halangan. Moga-moga kita beroleh kejayaan. Amin!

4 comments:

Anonymous said...

tapi cuba kita pikir..kadang-kadang dalam 29 hari kita keje tu mungkin ada sehari dua yg kita ngular? haha

Kifli Bujang said...

Ngular tak pe yang penting, deadline siap! Siaran TV jalan macam biasa.:)

Anonymous said...

kesiannya dia .... :(

liza

amat albab said...

alah chek zul..kesian aku dengar..jom layan movie?