Behind The Scene!

20080415

Pencarian Selepas 10 Tahun!

Kuala Lumpur, April 13th, 2008 (Sun) -- Sudah terlalu lama saya tidak berjumpa dengan sahabat baik saya yang seorang ini. Memang sudah lama sangat kami tidak duduk dan bersembang bersama.

Jadi, hari ini, masing-masing mencari peluang dan ruang untuk menghabiskan masa bersama walaupun sekadar untuk beberapa jam.
KLCC menjadi pilihan, (lokasi ini pilihan saya, dia hanya mengikut) -- Katanya mahu duduk di tempat sunyi dan tidak ramai orang, justeru kami menghabiskan waktu di Palace of Chakri.
"Aku serious nak berhenti kerja, dah bosan buat benda sama, boleh predict apa yang akan berlaku, bila raya kena cover story hari raya, raya Cina pun macam itu, keputusan SPM keluar pun kita buat coverage, cover story pilihanraya, dah 10 tahun kerja, semua kerja tu senang, dah jadi sangat senang," bebel sahabat saya yang bekerja dengan Berita Harian itu.
"Habis tu kau nak apa? kan hari-hari kita jumpa benda baru, memang kita cover story pelajar cemerlang SPM setiap tahun, tapi kan orangnya berbeza-beza, pendekatan story pun lain," jawab saya cuba tenteramkan dia.
"Semua angles dah buat, dah penatlah," katanya.
Terdiam sekejap.
Memang saya sendiripun pernah terfikir yang kerja wartawan ini memenatkan, tapi saya masih merasakan ia antara 'interesting job'.
Saya sendiri pernah mengalamai saat-saat itu -- kita merasakan sudah melalui banyak peristiwa dan melakukan bermacam perkara, tapi kita masih merasakan diri kita tidak ke mana.
Barangkali, itu yang sedang dialami sahabat saya ini.
Dalam organisasi media, kenaikan pangkat sangat perlahan, untuk menjadi wartawan senior sahaja sudah memakan masa hampir 15 tahun.
Hanya kesabaran dalam bidang yang diceburi dan gaji menyebabkan saya dan sahabat saya itu masih bertahan.

15 comments:

Anonymous said...

wow..adakah gaji yang diperolehi oleh seorang wartawan lumayan??huhu..


Pakcik Kiff: Happy Birthday!

-EyHA-

Kifli Bujang said...

To Iha:
Haha jangan percaya sangat, itu semua bergantung kepada rezeki masing-masing. Thanks atas ucapan itu, moga doa anda untuk saya diberkati Allah, ameen!

Anonymous said...

happy birthday kiff!...pmm

amat albab said...

zul,

wish u a happy birthday.

may success, health n wealth be yours bro..celebrate mana?hehehhehehe

Anonymous said...

sekurang2nya BH ada OT dan kebanyakan wartawannya mampu memakai kereta mahal...-su jb-

Anonymous said...

u r welkem en kiff... :)

Kifli Bujang said...

To PMM:
Thanks bro..(kalau ikutkan nick name PMM..tak sure lah bro ke sis) hehehe. Jangan marah nanti kena jual.

To Amat Albab:
Thanks, alah kau dah tua takde maknanya nak celebrate2 ni semua. Lagipun nak celebrate dengan siapa kan?

To Su JB:
Tulah pasal orang BH ada OT dan elaun transport je dah boleh bayar ansuran bulanan kereta mewah, :)

Anonymous said...

choy.... heppy birthday... semoga panjang umur dan murah rezki.. serta cepat temu jodoh...
Moga Allah permudahkan urusan harian.

Anonymous 2 said...

Haha, once one says that his job is tiring, and no longer fulfilling maksudnya nk tukar kerja la tu. Well, motivation is indeed important kan.
Anyway, happy birthday.
Byk dapat kad??

wasalam.

yad said...

Nampaknya tugas sebagai wartawan sangat mencabar... hmm.. saya rasa takut pula nak masuk dalam industri media ni... tapi apa pun, saya akan cuba juga... maybe tahun dpan.. skrg ni masih belajar dalam bidang kewartawanan di UiTM...

Kifli Bujang said...

To Che ANON:
Terima kasih atas doa anda untuk saya, moga Allah berkatinya.

To Che Anon2:
So many form of motiovation, such as wang ringgit/dollar dan kata-kata semangat. Semuanya diperlukan dan membantu.

To Yad:
Itulah tujuan sebenar blog ini, untuk memberi gambaran sebenar apa yang berlaku dalam kehidupan sebagai seorang wartawan sehari-hari, apa yang kita belajar kat universiti tidak akan sama dengan realiti di luar sini.
Kalau tak caya tanyalah Dr. Mariah Muda, Prof. Dr Mokhtar, Pak Su ke haha!

meenzuleyka said...

hmmm akhirnya bertemu jua kita di alam maya ni kan...

smartspender said...

hey bro!! hapi belated-belated birthday!!! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...aminnn

btw, if u need any US stuff check out my http://smartspender.blogspot.com/ kay.

DBI said...

salam kifli..bila dah expert semua dah jadi rutin..bila dah rutin..bosan lah pulak..kannnn??

lari topik sikit..lama dah nak tanya ni...

BERNAMA ni agensi kerajaan kan??..kenapa 24H bernamaTV disiarkan melalui astro..kesian rakyat yang tak aad ASTRO di rumah...bukankah sepatutnya disiarkan melalui RTM???

Kifli Bujang said...

To SmartSpender:
Hey you, how are you? diam tak diam duk kat States bisnes lah pulak ek...makin majulah! Will visit you someday and shop tak payah bayar delivery fees kan.

To DBI:
Tulah pasal DBI, tapi I tak bosan lagi sebab I ada banyak projek baru sekarang ni heheh!
Good question, actually (ini bukan kenyataan rasmi ok) apa yang I difahamkan RTM1 and RTM2 tak ada slot lagi dah, cuma Kementerian Penerangan dengar katanya nak bagi channel baru RTM Digital, but for us to operate as TV Station kat teristarial service kena apply lesen sendiri. So kami nak on-air cepat, jalan mudah guna Astro.