Behind The Scene!

20080717

Short-notice!

Petaling Jaya, July 14th, 2008 (Mon) -- Antara perkara yang paling saya tidak gemar ialah 'short-notice' atau kena 'call-up', ganti tugas orang, sama ada ketika saya sedang bercuti atau sedang melakukan perkara lain.

Tapi, itu yang berlaku pada saya hari ini.

Tiba-tiba saya rasa macam saya ini anggota Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) Angkata Tentara Malaysia yang mampu bersiap untuk diatur-gerak dalam tempoh kurang sejam.

Kelam-kabut saya dibuatnya kerana ketika itu saya sedang sibuk menguruskan bermacam hal lain.

Menerima panggilan telefon dari pejabat kira-kira jam 12 tengahari, meminta saya menggantikan rakan setugas membuat lintas langsung sempena perayaan Jubli Emas, 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah di Alor Star.

Namun itu bukan arahan rasmi, arahan rasmi hanya keluar jam 3.30 petang.

Satu syarat saya berikan, saya hanya boleh pergi esok dengan pesawat.

Bukan apa, sebenarnya saya cuba tolak tugasan itu kerana kurang persediaan dan tidak menghadiri sebarang mesyuarat mengenai projek itu, harus nanti saya tercangak-cangak di sana kerana kurang informasi.

Tapi tak mengapa, demi profesionalisme terhadap tugas. Saya pergi!

1 comment:

Anonymous said...

kata reporter diraja, haruslah terima je tugas2 --su