Behind The Scene!

20080228

Advertorial - BRTV 502


Kuala Lumpur, February 28th, 2008 (Thu) -- Berita Bernama yang disiarkan selama 30 minit di empat saluran utama Astro iaitu Ria, Prima, AEC dan Vaanavil ditamatkan penerbitannya bermula pagi ini.


Berita, maklumat terkini dan info semasa dialihkan siarannya di saluran baru - saluran berita sepenuhnya, Baru & Benar, Right & Now, BRTV @ Astro 502.


24 jam sehari, berita dan maklumat tanpa henti.


Introducing Bernama TV (BRTV), the latest 24-hour News Channel on Astro Channel 502 beginning 28 February 2008.

No more waiting for 8.00pm or hourly updates, you can now enjoy local news 24 hours a day with Bernama TV’s exclusive coverage. Get news bulletins in your language - Bahasa Malaysia, Chinese, Tamil and English via Berita@Bernama, Xin Wen@Bernama, Seithigal@Bernama and News@Bernama.
The current BERNAMA news bulletins on ASTRO RIA, PRIMA, AEC and Vaanavil will be relocated to BRTV on Astro (Channel 502).

20080226

Wakey-wakey, it's 4am!


Petaling Jaya, February 26th, 2008 (Tue) -- Esok pagi, hari kedua saya kena bangun 4 pagi untuk bekerja. Sudah seminggu kami memulakan 3 shif. Ini semua gara-gara saluran berita 24 jam sehari yang bakal kami lancarkan pada 28 Feb ini di saluran 502 Astro.


Sudah lama saya tidak bangun seawal itu untuk bekerja, tapi saya amat positif, ala bisa tegal biasa.


Kalau sudah kerja shif seperti ini, rasa macam pekerja kilang pun ada ;).. tak pun macam orang nak pergi menoreh getah hahah!


Oklah tak mahu tulis panjang-panjang sebab kena tidur awal, takut nanti tak jaga pula.

20080220

Angka & Fakta (Hutang)


Angka & Fakta


Jumlah hutang isi rumah di Malaysia


Sehingga September 2007 bernilai RM351 bilion

7% atau RM24.57 Non-Performing Loans (NPL)


Pecahan:


Hutang Perumahan - RM171.5 bilion

Hutang Kenderaan - RM101 bilion

Hutang Kegunaan Peribadi - RM26 bilion

Hutang Kad Kredit - RM21.6 bilion

Hutang Lain-lain - RM30.9 bilion

Angka & Fakta (AKPK)


Angka & Fakta


Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan April 2006 - Agensi di bawah Bank Negara Malaysia.


Dari April 2006 - 31 Januari 2008

36,119 orang mendapatkan bantuan AKPK.


9,993 individu berjaya diselesaikan masalahnya.


26, 126 individu sedang mendapatkan khidmat nasihat.

Angka & Fakta


Mulia sekarang, Behind The Scene! akan memperkenalkan satu slot yang dipanggil Angka & Fakta. Sebarang maklumat mengenai statistik yang diketahui atau yang baru diperolehi akan segera dimuatkan dalam slot ini.

20080219

Bila Nurul Izzah Bertanding

Kuala Lumpur, February 18th, 2008 (Mon) -- Saya menghadiri satu sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat, di Jalan Raja Laut, dekat sini.

Seperti biasa, saya akan menjadi orang terakhir tiba.

Sebaik duduk, saya terpandang kelibat seseorang memegang begitu banyak risalah di tangannya, dalam hati berkata,

"Lawa juga awek ni!"

Saya cuit dia untuk meminta sehelai dari risalah yang dipegangnya itu.

Saat dia berpaling ke arah saya, baru saya sedar dia ialah Nurul Izzah Anwar.

Tumpuan saya pada sidang media selepas itu sedikit terganggu dek memerhatikan Nurul Izzah.


Wajah yang pernah saya kenal hampir 11 tahun lalu, masih ayu dan tenang seperti dulu.

Nurul Izzah katanya akan bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-12 ini dan bakal bertanding di kawasan Parlimen Lembah Pantai yang sudah tiga penggal di pegang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

20080218

Dari Meja Jenayah ke Meja Politik

Kuala Lumpur, February 18th, 2008 (Mon) -- Sejak hari penetapan tarikh pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lepas, makin hebat orang bercakap pasal politik.

Di kedai kopi jangan cerita, semua orang tiba-tiba bertukar profesion mahu jadi 'penganalisis politik'.

Tetapi bagi saya sebagai wartawan -- menjadi cukup tidak selesa apabila ditugaskan membuat liputan senario politik, sama tidak selesanya saya bila disuruh membuat liputan tentang artis.

Bagaimanapun, saya tetap akur dengan tugas saya, dan kerana itu juga untuk beberapa ketika ini saya terpaksa meninggalkan meja jenayah saya dan mengangkat kerusi beralih ke meja politik (sekadar membantu untuk seketika.)

Hari ini, saya ke Ibupejabat PAS Pusat, di Jalan Raja Laut dekat sini.

Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeADILan bergabung tenaga menghasilkan sebuah dokumen yang dinamakan Harapan Anak Muda Malaysia.


Ia bukanlah satu manifesto politik parti tersebut seperti yang diberitahu Ketua Pemuda PAS Pusat, Sallehuddin Ayob tetapi sekadar harapan kepada golongan muda, jika mereka berkuasa.

Antaranya memberi pendidikan percuma kepada semua golongan dari pra-sekolah hingga ke peringkat ijazah pertama.