Behind The Scene!

20090205

Perak Lagi!

Kuala Lumpur, January 5th, 2009 (Thu) -- Kemelut politik di Perak. Khabar angin sejak beberapa minggu lalu yang bertiup kencang mengenai lompat parti dan kehilangan anggota Exco, kini menjadi isu besar dan tajuk utama akhbar.
Semalam, team outside-broadcast kami termasuk saya bergegas ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, dalam hujan kami pasang peralatan untuk siaran langsung sidang media, hari ini ketika sedang sibuk di studio, arahan terbaru memerlukan saya membuat siarang langsung keadaan semasa di Perak.
Petang ini juga saya mesti berada Ipoh.
Hari sebelumnya (Jan 3th) saya berada di Kuala Kangsar untuk lintas langsung sempena Pemerintahan 25 tahun Sultan Perak, Sultan Azlan Shah -- nampaknya kenalah ke Perak lagi, (beg hari tu pun belum unpack lagi hehe!)

7 comments:

NuRuLeRnAdEwI said...

Wahhh..pegi perak... terasa nak mkn mee udang banjir kat Kg Sepetang lps tgk Majalah 3 last week.... yummmyy....

Kifli Bujang said...

To Nurul,
Kampung Sepetang tu tang mana ek?

Anonymous said...

siaran bukan siarang... negeri perak bukan trengganu tau! siarang siarang.... biasa lah tu beg yg depa bawa sana sini!
---siapa heh???---

NuRuLeRnAdEwI said...

Kiff,
Kat Taiping... mmg lazat ler nengoknyer...udang penuh mangkuk... kena selak2 baru jumpa mee... huhu....

Kifli Bujang said...

To Siapa Eh!,
Eleh mcm biasa lah I kan suka test mata you yang dah tak berapa nak nampak tu...rupanya masih jelas lagi penglihatan u tuh heheh..

To Nurul,
OOO kat Teypen (Taiping)...hari tu makan Char Kuei Tiow kat Ipoh pun best sampai dua pinggan i makan hehe...mee nya adalah 3 sudu..tapi udang mak aiii besar besar!

NuRuLeRnAdEwI said...

Kiff,
I tak minat sgt Char Kuei Tiow.. U pi mkn tu kat Kedai Dolly erk?

Kifli Bujang said...

To Nurul,
Manalah i tahu Dolly ke tak Dolly..yang I tahu makan sedap je heheh orang bawa... makan jelah kan. Kat sebelah Dataran MBI. kiranya ramai bebudak muda lepak kat situ.