Behind The Scene!

20070830

My Merdeka Eve!

Kuala Lumpur, August 30th, 2007 (Thu) -- Merdeka eve! it's now 10pm, and yet I still in the office.

Sejak pagi kerja terlalu banyak, maklumlah anak buah semua sedang enak bercuti sempena merdeka.

Biasalah, dah namapun buat berita -- berita jenayah sukar dijangka, ada masa kejadian jenayah berlaku serentak, lebih kurang dalam waktu yang sama, ada masa-masanya pula 'kosong' sepanjang hari.

Tapi, kami perlu sentiasa dalam keadaan bersedia.

These are two press conferences held at the same time and I managed to do both coverage, how I did it, don't ask! :

1.
Intro:


Kaut untung berlipat ganda dengan jual kereta mewah lari cukai.

Cawangan Siasatan Khas Kastam merampas 28 buah kereta mewah terpakai pelbagai jenis dari sebuah permis di Jalan Tun Razak, ibu negara.

Pemilik syarikat itu selaku Pengarah Urusannya turut ditahan.

Narration:
Timbalan Ketua Pengarah Pencegahan Kastam, Datuk Mardina Alwi berkata, serbuan dilakukan Selasa lalu hasil maklumat risikan kastam antarabangsa.

Pemeriksaan mendapati semua kereta mewah yang dibawa masuk dari Jepun secara haram.



Hasil maklumat, kenderaan itu dipercayai dibawa keluar dari Zon Bebas Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang, sebelum dipamerkan untuk jualan di premis terbabit.




Pihak kastam menganggarkan semua kenderaan itu bernilai 800 ribu ringgit dan cukai terlibat 1.4 juta ringgit.

Bagaimanapun, menurut sumber, harga pasaran semua kenderaan itu dianggarkan cecah 7 juta ringgit.



Kes ini disiasat mengikut seksyen 135 kurungan satu kurungan D, Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan denda tidak kurang 10 kali ganda cukai atau penjara tidak lebih tiga tahun.

(**ends**)

2.
Intro:

Ekori kereta mangsa, langgar belakang, kemudian samun dan bawa lari kereta.

Itu Modus Operandi Geng Saravanan yang dipercaya menjalankan kegiatan itu sejak Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, sejak awal bulan ini hingga semalam, 14 anggota kumpulan itu sudah diberkas di beberapa kawasan di sekitar Selangor dan Johor serta menemukan 25 buah kereta yang dicuri.

Narration:
Semua 14 lelaki itu berusia antara 22 dan 48 tahun -- dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau, iaitu rogol dan samun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Dua Ku Chin Wah berkata, selain langgar kenderaan dari belakang, ada juga kes mangsa disamun di depan rumah ketika membuka pintu pagar dan kenderaan mereka turut dilarikan.

Selepas menyamun dan melarikan kereta mangsa, kereta itu dibawa ke Johor untuk diubahsuai dan membuat dokumen palsu sebelum menjualnya semula kepada syarikat kereta terpakai.

Dalam setiap kereta yang ditemui itu, polis turut menjumpai parang, alat pecah kereta dan rumah, topeng dan kunci gantian.

Polis kini memburu dua lagi kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Saravanan.

(**ends**)

Selepas siapakan dua berita itu, saya ke KLIA pula untuk membuat liputan anggota polis kita yang berkhidmat di bawah panji PBB, pulang dari Timor Leste.

Penatnya kerja!

12 comments:

Anonymous said...

kata mencari rezeki yang Halalan dan taiyiba...pasti penat dan pasti ada ganjaran nya...

Kifli Bujang said...

Weekend ni you kerja ke tak? Kalau i datang Spore ok ker? ive not make up my mind yet

Fizz Zaquan said...

ha? ada org nak pegi Singapore? ish nak ikut~! nak ikut~!....Selamat Hari Kemerdekaan kiff...tapi tetap bersiaran kan dlm blog jer...hahahah...apa2 pun take care and drive safely jika nak ke singapore tu brother...

Irwan said...

Hi Kiff.. My first comment on ur blog...

Sekarang ni banyak jenayah kan.. Nak beli kereta pun skang ni kena hati2... Cantik kan mini cooper tu!

Anonymous said...

aloo bro .biasa ler kena kerja malam merdeka....aku dgn razi pon kena kerja ke ambang merdeka sambung terus perarakan dan sambutan raksasa. Follow program menteri pelajaran asean. Ni baru nak rehat .

wei... sempat lagi ke seberang ....

Anonymous said...

to all malaysian...happy merdeka day!

Anonymous said...

happy merdeka...

iHa..

Kifli Bujang said...

Salam all,
To Luaq,
Next time kita aturkan rombongan 'che kiah' ke singapore ok! Bilang awal-awal. (Satu, Dua, Tiga... sampai kiamat)

To Irwan,
Welcome to my scene...(I tak ada Kingdom sendiri)
Mini Cooper tu I dah tempah, hehe kalau Kastam nak lelong...

To Bob,
Habis kerja wa cabut lagi, tunggu apa lagi...

To Iha,
Salam merdeka.

Syaf said...

Mini Cooper....

aahhh...

my dream car.....

:D

zend 2250 said...

wallah... mini coper tu my dream car to. bila la agaknya ia milikku.

Kifli Bujang said...

To Syaf and Zend:

Nanti I bagi tahu Director General Kastam supaya lelong kereta Mini Cooper tu kepada kita bertiga, since kereta tu pun ada tiga,-- I chop color silver, Shaf and Zend pilihlah sendiri nak color apa, ok!

Anonymous said...

wahhh bestnye.. Eh i pun nak Mini kuper satu. Nak gak jadi Italian Job.

message dari abang razak:
"stalker, stalker, stalker.... be careful, dia akan datang..."