Behind The Scene!

20071002

Baca Berita atau Baca Meter?


PETALING JAYA, September 18th, 2007 (TUE) – Seperti yang pernah saya bincangkan pada awal-awal blog ini (rujuk arkib Mei 2007) tugas sebagai wartawan sering diperhatikan, lebih-lebih lagi wartawan penyiaran yang sering muncul di kaca televisyen.

Ada yang mengimpikan tugas ini seperti Amy Mastura dalam filem Puteri Impian dan ada yang memandang rendah pada kerjaya kami seperti isteri Abdul Razak Baginda yang sering memaki-hamun wartawan.

Ada juga yang menganggap tugas ini glamor, tapi pada saya tidak ada apa yang glamornya, sama seperti kerja seorang pembaca meter elektrik.

Berjalan dari rumah ke rumah, membaca meter, mencatatnya dalam bil, membuat sedikit kira-kira dan menyerahkannya kepada penghuni rumah – bagi penghuni yang menerima bil yang rendah berasa lapang dada, tapi bagi mereka yang menerima bil melambung tinggi, tentu sekali rasa macam mahu cekik di pembaca meter itu.

Samalah dengan tugas kami, ke mana saja demi mencari berita, menulisnya semula dalam bentuk laporan berita disamping membuat sedikit semakan, dan menyiarkannya dalam akhbar atau televisyen – bagi yang sukakan laporan itu tentu sekali senyum, manakala bagi mereka yang rasa tidak senang dengan laporan berita itu, tentu rasa seperti nak bakar suratkhabar tersebut atau menampar muka si pembaca berita.

Jelas, tugas saya samalah seperti pembaca meter, tapi saya bukan pembaca meter biasa yang menyerahkan bil kepada penghuninya, sebagai pembaca meter elektronik, saya akan beritahu anda sendiri berapakah jumlah yang perlu dibayar.

Untuk mengetahui berapakah jumlah bil anda, tontonlah saluran Astro Ria, setiap hari 8.30 malam.

15 comments:

Anonymous said...

adakah ini satu promosi??

Anonymous said...

Lebih baik dari jadi PA atau Seksitery.Banyak kena cover ngan bos.Salah2 kat neraka nanti yang ramai dia orang nie termasuk la I sekali.SiDona yang paling teruk dan lama.Sampai legam kena bakar....kahkahkah

-kazardijam-

Kifli Bujang said...

To Anonymous:
Tiada niat untuk mempromosikan apa-apa atau siapa-siapa, sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggalkan dunia untuk ke bulan etc.etc

To Kazardijam:
I pun rasa mcm tu lah! Golongan PA and secretary yang u all lah yang paling ramai kat sana, sebab kerjanya asyiklah menipu, kalau orang call asyiklah cakap boss dia meetinglah, boss gi oversea lah, mcm2 alasan. Konon ada meeting konon, tup-tup ditemui sedang membongkang di rumah! caught you red handed ok.

Eliey Sahad said...

He..he..paling best mcm i lah ..jumpa banyak orang dari berbagai pangkat dan karenah..bezanya diantara wartawan atau pun pembaca berita..i think tis job lebih mencabar skit tapi tak gak kengkadang ada gak wartawan yang diam seribu bahasa tak pandai nak ...tapi maybe you tidak ..kan berdasarkan pengalaman you yang dah bertahun tu..i think u better than others..tapi camana yea kalau ada yang merahsiakan personaliti diri..mmm....

iRwan said...

Apa-apa saja kerja yg kita buat sudah pasti ada pro and contra nya.. Ada suka ada yg tak suka.. Ada org nampak glamor ada yg nampak lekeh.. Yang penting we love what we are doing and segalanya datang dari rezeki yg halal dan kita buat segala apa yg kita buat just for a living...

But pembaca berita sendiri pun ada keistemewaan yg org lain tak nampak.. May be u could reveal it in Behind The Scene.. So we know it better and appreciate people who work hard just to give information to us..

Anonymous said...

sapa yang kata aku terbakar legam tu? Mari sini.. ku bakar bontotnyaa.

Tapi nasibla I ni seketeri yang baik hati dan cun pula. Takde goda2 boss. Hanya gelak getik2 je hari2. Tu sebab seketeri2 lain cemburu dengan perut I yang TIDAK 43" ni.

Kiff baybeh, am sure you have lots of fans already duduk depan TV drooling at you yang abang razak selalu ejek bila kene mekap tu. Jelita katanya!!

-seksteri

Kifli Bujang said...

To Eliey:
Thankslah sbb sudi drop by hehe, just nak kasi u tahu, personaliti diri atau sebenarnya status diri tiada kaitan dengan profesionalisme seseorang itu ketika dia bekerja, jangan campur adukkan urusan peribadi heheh!

To Irwan:
What Im tryin to do now is to show to the whole world, yang we all ni sebenarnya lakukan apa saja untuk you all dapatkan informasi, yang u all tahu bayar RM1.50 duduk dalam starbuck minum secawan coffee, baca paper berjam-jam, tapi kami yang bersusah payah cari bahan kadang-kadang langsung tak dihargai. silap hari bulan kena saman lagi.

To SEKSteri:
Dia sebenarnya jelas sbb kalau boleh dia pun nak pakai make-up sama, tapi u better tell him kalau dah umur macam dia suruh je dia baca paper kat rumah, tak yah susah-susah nak letak make-up segala untuk dia baca berita tv.
Buat kayakan Bobbie Brown or MAC je sbb kena tepek kat muka dia setebal dua inci.
Tapi kalau dia still nak baca paper kat rumah sambil pakai make-up suruh je dia pakai bedak Cuticura-- murah sikit.

عيديد said...

Trust me, you boleh pergi jauh dalam bidang ni. You ada bakat. Bukan semua org ada peluang ni dan bakat mcm you. So keep it up dude

Rush Murad said...

pembaca meter??? aku tengah hangin dgn pembaca metr air!!!! 2 hari lepas depa silap baca, then trus cabut kepala meter tu, dah tak der air... bayangkan balik2 kerja dgn berpeluh segala, tetiba air tak der.... bila buat aduan pagi semalam... tuptup... depa tersalah cabut, silap rumah/address... hanginnnn.... dah tu, semalam bila balik kerja, ehhh... masih tak dak kepala meter.... kena telefon dulu baru depa nak sambung.... bulan posa ni kena sabarrr.... nasib baik aku cool jek... tak der nak marah2.... hangin dalam hati kejap jer...

Anonymous said...

kifli,

apa2 saja kejanya...kenala bersabar...

like me....also a seketeri yg merangkap...segala2nya dan serba serbi...bersabar sajalah....amin.........

liza :)

Kifli Bujang said...

To Aidid:
Nak pergi jauh mana lagi? sampai ke Dubai ke? hehehe, thanks anyway!

To Rush:
OMG! I've told you... heheh

To Liza:
I ok je.

Syaf said...

just curious...r u based @ Astro or Bernama?

Kifli Bujang said...

Hey Syaf, you still here? I tot you close-down your blog already? Im based at Bernama

Syaf said...

I blog (occasionally) at my best friend's blog @ http://kentheblog.blogspot.com! I'm working @ Astro now...:)

I tot ur based @ Astro ;)

rudy bluehikari said...

pernah tgk drama jepun MAJYOU NO JYOKEN? kisah ttg pembaca berita wanita di jepun. Best sgt. try cari vcd nya nanti kifli akan bangga sbg pembaca berita. :) kat sana kerja pembc berita ni elit. ada pemandu dan kenderaan sendiri. :)