Behind The Scene!

20071123

Bukan Curi Tulang Tapi Curi Baca


Kuala Lumpur, Nov 22nd, 2007 (Thu) -- Tugasan saya hari ini ialah menghadiri sidang media (PC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) di Jalan Hang Tuah.

Sampai di sana, saya dimaklumkan, PC yang sepatutnya berlangsung pukul 12 tengha hari di tunda ke pukul 2.30 petang, kerana Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulhasnan Najib Baharudin akan membuat kenyataan akhbar itu sendiri.

Dalam hati saya berteriak yahoo! kerana saya ada masa 2 jam setengah untuk dihabiskan.

Apa nak buat? Takkan saya nak balik ke pejabat semula dan kembali lagi ke IPK?

Saya buat keputusan untuk berfoya-foya dan berpeleseran di Berjaya Time Square (BTS) yang terletak tidak jauh dari situ.

Kalau ke BTS, destinasi utama hanyalah ke Borders -- kedai buku kegemaran saya.




Sebagai wartawan kita kena rajin membaca, dan untuk membaca tidak semestinya kita membeli. Tapi kalau mampu membeli itu adalah lebih baik, jika tidak, cukuplah sekadar meminjamnya di perpustakaan atau lebih teruk lagi mencuri-curi baca seperti yang saya lakukan hari ini.

Terus terang saya katakan yang saya suka baca, tapi kadang-kadang masa sangat tidak memihak kepada minat itu.

Saya suka baca buku yang menceritakan kisah benar, tentang kehidupan seseorang, cerita tentang kejayaan mereka dan pengalaman mereka. Pada saya dengan membaca cerita-cerita sedemikian secara tidak langsung ia memotivasikan diri sendiri.

Tapi, hari ini saya tidak baca buku biografi seperti itu (manalah sempat masa dua jam untuk baca buku tentang itu) jadi saya pilih buku astrologi -- ia antara bidang yang saya minat untuk membacanya.

Walaupun sekadar menyelak dua tiga muka surat tetapi ia tetap memberi sedikit input.

Selain membelek beberapa buah buku, masa terluang itu juga dihabiskan dengan melihat gelagat manusia. Ada yang tertidur di kerusi sambil memang buku, ada yang berbual-bual tentang janji temunya dengan seseorang (bukan niat untuk curi dengar tapi perbualan mereka sangat kuat), ada juga yang duduk di kerusi membaca secara percuma dan curi-curi mengambil gambar (sayalah itu).

Cukup masa, angkat buntut dan berlalu tanpa membeli satu pun buku -- alasan masih banyak buku di rumah yang belum habis dibaca.

Selain Biografi, Travel adalah seksyen kegemaran saya juga jika singgah di kedai buku.

29 comments:

Ghazali said...

Kefli;

You dah cuba method speed reading ker?


Seronok jugak buat speed reading ni, boleh banyak baca dalam satu sitting .....

Kifli Bujang said...

To Ghazali bin Abdul Aziz;
(nama penuh lagi)
Saya ni tak pandai lah nak speed reading ni. Kalau baca mahu bertahun duduk..very the slow I ni hehe..
Banyak buku kat rumah tu setahun baru 30 mukasurat heheh!

Anonymous said...

dahla kiff gi baca buku kursus rumahtangga sana atau bagaimana nak 'cute'kan pipi comel nie!

Kifli Bujang said...

PMM:
Datuk kata tak payah pi kursus atau baca buku apa-apa, nanti dia kursuskan.

Anonymous said...

i lagi la tak baca. Tengok gambar gambar je!

-dona dondon

Anonymous said...

tu musti skip reading jek lebih! gitu jek laahh...

ps: syiokk eh berpeleseran?tak g the gardens?

Anonymous said...

lembek jugak kawan kita nanti di "kursuskan" datuk. di "kursuskan" apa heh nanti..mandi sama2 atau mandi mayat? hehehe

Kifli Bujang said...

To PMM:
Datuk ajar mcm mana nak tunggang motor, mcm mana nak guna pistol dengan betul, Datuk banyak pengalama sesuai dengan rank dia kat Bukit Aman.

To Dona Dondon:
You nak tgk gambar orang makan dengan lahapnya? datang kenduri orang makan tak tahu malu.

To Makcik Kg Tengah:
I went the Garden tadi, nothinglah there, cari makan pun takde yang best.

Anonymous said...

hahahah!! Cimpenzi lu. mana gambar tu babe!

-dondon

Anonymous said...

alamak! ada org kena blackmail dah! makan? makan apa? kat mana?

Irwan said...

Sometimes I spend my time duduk borders reading.. sampai tak sedar waktu.. LOL. Last time masa I kerja KLIA, after work I akan spend about an hour baca buku di Satellite building. Siap tanda buku2 tu and sorok dlm timbunan buku takut org beli... LOL

Anonymous said...

Samalah kita Dona....Akak pun tengok gambar I know the whole story already. Heh..heh..heh...



Cekpakaran.

Anonymous said...

Borders indeed a nice place to do steal-reading hahahaha.. not just that, we can see those act intellectual people. hehehe.talking bout borders, maybe i'd head there later, to checkout on Cosmopolitan(US) mag

Xis said...

Kifli
ehh... you wartawan ehh?? heheh..

Anonymous said...

tgk baca tapi tak beli kira mencuri tau! tak kira wartawan dermawan hartawan atau kena sawan... sama jugak!

Anonymous said...

Masa buku Shopaholic series dulu baru keluar kan... masa dia tengah mahal ber-hardcover and pperback version lum kuar lagi, i pun curi baca buku dekat semua kedai buku yg ada. Baca 30-40 page kat satu kedai...
then esok nye gi kedai buku lain plak.. baca lagi 30-40 page. Sampai 4 kedai i belasah lepak rotate, tetau dah habis baca satu buku babe! Berjaya la i curi baca masa tuh. Lepas tu .. i buat lak kat buku2 Harry Potter, LOTR.. hmmm

-pengakuan pencuri baca buku, Dondon

Kifli Bujang said...

To Dona Dondon:
Lagi hebat makcik ni! itu dah bukan mencuri lagi namanya, merompak dan menyamun harta intelek heheh

To Xis:
Ya yah yaaahhh! (I'm the good one)heheh

To PMM:
Makan? makan apa? mana ada orang lain gi makan-makan melain si Dondon caught her red-handed.

To ChepahKARAN (sorry karan terlebih)
Kalau u nak pic(evidence) ada orang buruk lantak...sila kasi email nanti i emailkan pic tu hehehe! Kalau nak sekat i dari menyebarkan email memalukan itu si mangsa kenalah belanja I kat PH ke RC ke.

Kifli Bujang said...

To Irwan:
I rasa sekarang u dah tak de masa kot nak buat tu semua, busylah katakan heheh!
(Baca buku atas katil sampai tertido-tido katanya hehe)
p/s: Dah pandai guna software interror design jangan lupa ajar i pulak!

Kifli Bujang said...

To PMM and Don:
Alkisah ceritanya bermula begini, di satu pekan yang dikenali sebagai Kuala Lumpur, saudara kita ni sudah pergi satu tempat di pekan itu (tempat sebenar dirahsiakan bagi tujuan keselamatan) dia pun letak kereta dia di situ, sekembalinya dia di tempat letak kereta itu, dia dapati kereta buatan jepun yang di pasang di Melaka itu sudah di langgar di bahagian tepinya hingga pintu dibahagian penumpang sebelah tidak boleh dibuka, kemek lah orang melayu cakap.
Semua ini berlaku pada petang sebelum dia belayar...sekian ceriteranya.

Anonymous said...

ooo gitu kisahnya. Patut la dia berdoa, berzikir sampai keluar airmata di Tanah Suci. Bini dia (si kereta) sudah terkopak-kapik dah. So, now, sudah hantar kedai ketok kan? berapa kene? dah okey ke? (banyak nye soalan si busy bodi ni. Orang yang langgar tu memang patut dikemekkan gak nih. huh

-dondon

Anonymous said...

hmmm abg haji takdaq kat kl... habis mamak semua ngamuk minta tu apa nama.. hindraf..apa saja la si lembu2 satu lagi ni nak?

Kifli Bujang said...

To PMM:
Haris said, since Abang Aji ada darah India minta dia buat permohonan juga, sign petisyen sbb nanti boleh dapat duit heheheh..
jangan lupa pesan kat dia suruh hantar petisyen dari Mekkah ok!

Anonymous said...

ok bro walaupun sibuk tak sempat baca buku ...you baca prompter tu pun dikira membaca...boleh jadi rakan pembaca dalam program nilam ler....tahun depan boleh jadi calon ikon membaca sempena pesta buku anjuran opis aku.

*baca blog boleh dikira jugaker sebagai hobi berpaedah???????

Anonymous said...

tell haris, abg aji dah pun buat demo kat mekah tau... masuk zee tv. kalau kat malaysia dorang panggil tu apa nama.. hindraf. but kat mekah they call it bank draft..i dapat tau dari anuar yg abg aji did call samy vellu dari mekah abt this bank draft. "shd not be a problem. afterall ni keja bukan tuhan yang buat" said samy!

Kifli Bujang said...

To Bob:
Kalau baca blog yang tak berunsur menghasut, tak memfitnah, bukan berunsur hiburan semata-mata.. saya rasa berfaedah kot heheh!

To PMM:
Hang mengumpat sedara hang yang tengah berwirid di Masjidilharam ye?

Anonymous said...

nak baca posting barooo plisss... :D ada gambar2 demonstrasi bankdraf tak? takde takpe. Guys, i rindu abang. Kalau tak dapat jumpa abang, jumpa korang boleh tak?
-dona the dondon

Anonymous said...

to dondon:
gi jumpa kiff la... dia adalah abg aji nyer trustee, power of attorney, beneficiary, kuli dan tukang gaji. siapa tau terubat rindu kat abg aji. kalau tak gi jumpa dia, nanti dia gi jumpa da da datukkkk... eehhh comel nya!

Anonymous said...

lor.. ingatkan diriku jer buat mcm ni.. upa2nya zulkiflie bujung pun sama.. heheh so xsalah lah kan..

Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can bruit about that I agree with you, but you may be making allowance for other options.
to the article there is stationary a definitely as you did in the go over like a lead balloon a fall in love with publication of this solicitation www.google.com/ie?as_q=trojan hunter 4.2 pro ?
I noticed the phrase you procure not used. Or you functioning the dark methods of promotion of the resource. I have a week and do necheg