Behind The Scene!

20071107

Putra Perdana Yang Sama

Putrajaya, November 1st, 2007 (Thu) -- Barangkali lebih setahun saya tidak menjejakkan kaki ke dalam pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tersergam di sini.



Semalam, ketika kunjungan Perdana Menteri Korea Utara, Kim Yong Il ke Putra Perdana, saya ditugaskan membuat liputan pertemua dua pemimpin itu.


Memandangkan sudah agak lama tidak memasuki bangunan itu, saya terpinga-pinga sejenak dan mencari-cari di mana lobi tempat Perdana Menteri biasanya menyambut tetamu negara.


Kalaulah rakaman CCTV di bangunan itu mengekori gerak-geri saya, tentu boleh menimbulkan syak kerana saya keluar masuk lif, dari tingkat satu ke tingkat empat, tercari-cari lobi yang dimaksudkan, hinggalah akhir sekali saya keluar di 'rooftop' -- sudah macam cerita-cerita risikan di televisyenlah pulak.



Berjalan dari hujung bangunan ke hujung bangunan, dari pejabat Perdana Menteri hingga pejabat peon saya jengah, nasib baik tidak kena tangkap.

Akhirnya, penyelamat keadaan saya bertembung dengan seorang wartawan Channel News Asia, Singapura. Dia tanya saya;

"Kenapa tak masuk? you tak nak masuk?"

"Oh kejap lagi, saya tengah cari kawan saya," haha ayat 'coverline' yang mampu saya berikan.

Padahal, tempat saya berdiri itu bersebelahan dengan lobi yang dimaksudkan, hanya memasuki satu pintu saja, itulah bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan, kan dah sesat dalam pejabat Pak Lah.

Memasuki lobi Putra Perdana, tempat biasanya Perdana Menteri menyambut tetamu negara sama seperti ia mula-mula diduduki oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Rekaletaknya masih sama, lukisan-lukisan di dinding juga masih di situ. Paling saya minat, tetap pada lukisan gadis-gadis kampung ini.


9 comments:

Xis said...

Kifli
that makes me wonder.. how about teruna2 kampung..? where are they? Why are they not in the potrait??

anne said...

i like the last picture, the size of the painting against the lounge chair and the gentleman... nampak kecik sgt....

عيديد said...

Kifli, gambar yg last tu you nak focus kat painting tu ke or pakcik duduk atas kerusi tu?

Kifli Bujang said...

Salam all,
To Xis,
Teruna kampung semua sudah berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan sbb tu teruna kampung semua tunggu kat perhentian bas kalau2 ada jejaka idaman pulang heheh.

To Anne,
Nanti kita pergi Bali kita cari painting yang mcm tu eh? ops! KITA? oh kita dalam konteks orang Johor ialah saya heheh!

To Aidid,
Sebenarnya I memang nak amek painting tu tapi pakcik tu tak bangun-bangun, sikit punya lama dia duduk situ... and he was there just want to be seen by Paklah tu jek.

EoNe said...

I like the paintings too..nice :)

pmm said...

lagi salah bahasa... "Teruna kampung semua sudah berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan sbb tu DARA kampung semua tunggu kat perhentian bas kalau2 ada jejaka idaman pulang heheh." kalau teruna tunggu teruna kat perhentian bas buat apa??? Hmmm mana si pak itam tu tak baca ke?? hehehe

MNR said...

Haha, terer sungguh mengcover line bila dh sesat. Boleh digolong sebagai terrer-rist nih. :) Btw, I like both paintings,but i must say,i like the first one more. It depicts the multiracial community in the kampung. Nice...

Kifli Bujang said...

To Eone,
Welcome to Behind the Scene!
for your information lukisan tu dilukis oleh seorang berbangsa Cina.

To PMM,
you lagi terrer, bab2 meng-spot kesilapan i memang pandai.

To MNR,
Ada banyak lagi lukisa-lukisa menarik kat dalam tu cuma sejak I ada blog dan ada kamera sendiri ni I belum berkesempatan untuk menjelajah ke banyak ruang lagi di situ.

pmm said...

meng-spot... lagi??? bukan apa bahasa jiwa bangsa. saling ingat mengingati... kan bagus!